~ Kengkawan ~

Wednesday, 19 February 2014

Hiking di Gunung Datuk

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sekali lagi cik atynn muncul untuk menulis blog yang dah lama terbengkalai. Lama ke? Okay, sekarang nie cik atynn memang tengah sibuk dengan macam2. Sekarang nie uitmns tengah ada buat Karnival Keusahawanan Siri ke-7. Penat woo kena handle karnival nie.

Dan kali nie kami uitmns jemput rosyam nor datang untuk bagi talk tentang "keusahawanan dan kerjaya". Dia tengah bagi talk la tu. Cik atynn dikenakan perintah berkurung dibilik kaca. Takde la berkurung sangat, tapi kena jaga bilik urusetia. So memang tak dapat tengok talk rosyam nor. Tskk T_T

Okay nie memang dah lari dari tajuk sebenar. 9 februari 2014 ritu cik atynn naik gunung datuk dekat tampin negeri sembilan. Cik atynn ikot dak kesatria kembara part 1 naik gunung datuk. Sesaja je ikot. Biasa la, komander kan. Hahaha. Wuhuuu. best sangat. :)

Jalan untuk sampai ke puncak gunung datuk tu sume macam bertangga. Sangat penat. Dah macam nak mendaki gunung everest penatnya. Sampai di puncak kami perlu naik tangga untuk sampai lagi atas puncak. Macam mana tu? Susah nak explain. Kihkih

But bila dah penat2 semua ditambah dengan naik tangga yg menggayatkann semata2 untuk sampai ke puncak amatlah berbaloi-baloi kak ngah oii. Cantik sangat pemandangan dari atas gunung datuk. Sejuk je. Subhanallah. :)

Then lepas tu kami masak untuk makan tengahari dan dalam pukul 2.30 petang kami turun untuk balik. waktu turun balik, pertengahan jalan hujan rahmat turun. Kelam kabut kami turun dari gunung tu sebab takut jalan akan licin nanti. Dan Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di bawah. Cuma ada kawan cik atynn yang cedera sebab tergelincir dalam perjalanan turun dari gunung datuk. Kepala lutut dia terhentak kat batu dan dia dibawa ke hospital. Tapi Alhamdulillah, dia takde apa2. :)

Tengoklah gambar yang tidak seberapa ini......

Masak di puncak ! 

Sebelum naik gunung datuk. Equine Family :)




Kesatria Kembara Part 1


Subhanallah, pemandangan dari puncak gunung datuk. cantik sangat :)

And last sekali....


Haruslah letak gambar tuan tanah yang berada di puncak gunung datuk kan. Haha

Alhamdulillah, wishlist 2014 yang kedua dah tercapai. First dulu cik atynn menjelajah gua batu maloi. Pastu naik gunung datuk pulak. Lepas nie apa lagi? Nantikan entry cik atynn akan datang. Tunggu... 

Sampai sini sahajalah coretan cik atynn untuk pembaca semua. :)

Thanks for reading ^_~

Wednesday, 12 February 2014

Bahaya Membunuh Lipas !

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.


Apabila anda melihat serangga seperti lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm. Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Nota Hati : Kalau cik atynn ridsect lebih elok kot. Geli gila dengan lipas nie -_-

Thanks for reading ^_~

Wednesday, 5 February 2014

'Boting Gags' - Viral video

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, kerana diri ini masih lagi diberi peluang bernafas dibumi Allah swt ini. Anda anda dan anda semua sihat? Cik atynn sihat2 sahaja. Dah lama cik atynn tak update. Al-maklumlah, busy sangat. hikhik.

So, perkembangan terbaru cik atynn. Baru2 nie cik atynn ada buat viral video untuk subjek creative and critical thinking (CCT). Dikira macam projek la untuk budak business. Tajuk dia 'Boting Gags'. Korang boleh search kat youtube. hehehe. DiJemput kakak2, abang2, makcik2 pakcik2, adik2 semua untuk tengok video yang group kami iaitu group Shock Shout buat. Pasti anda semua akan terhibur dan gelak tanpa henti :)


Video nie dibuat bukan nak melihat kepada kesenian budak business. Tapi ia dilihat dari sudut bagaimana business student nak mempromotekan video nie dan juga mengajar kami tentang cara berfikir semua. Susah nak terangkan sebenarnya. Sapa yang business student maybe diorang akan paham. 

I hope u will enjoy watch our viral video. 
Do support our video. and boleh share skali kat kawan2 korang yang lain :) Thanks for watching :)


Thanks for reading ^_~