~ Kengkawan ~

Saturday 29 December 2012

Seorang Gadis Itu......



Seorang gadis itu
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ... telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya ... 

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi ... kasih untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ... 

seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ... dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya ... 

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ... bijaksana ia,
menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ... 

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah 

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ... dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya


Monday 3 December 2012

I'm Back ^_^

Assalamualaikum,



Hello..Hello.. dan Hello semua readers :) I'm BACK ! hohohoho

setelah sekian lama cik atynn tak berblogging so sekarang nie adalah masa untuk membalas dendam. HAHAHA. gelak evil ! rasanya lebih dari sebulan kot  cik atynn tak update apa-apa kat blog tersayang nie. sobsob :( sorry lah readers yang telah berkunjung ke blog cik atynn tapi buka je blog cik atynn KOSONG~~ maap..maap

so, meniti hari-hari yang sepi tanpa blog sepanjang cuti semester agak membosankan ! -.- maklumlah, rumah cik atynn takde berokband. cik atynn cuba minta kat ayah suruh belikan berokband supaya senang nanti. tapi jawapan amatlah sangat unpredictable. nak tau apa jawapan ayah cik atynn? jawapannya adalah KENA CERAMAH ! dah la kena ceramah, then ayah cik atynn cakap "bole je kalau nak beli berokband, tapi yang bayar hanya sekali seumur hidup!" ada ke beroband yang macam nie? sadis betul :( HAHA. so, sekarang cik atynn amat fobia untuk minta apa-apa lagi dengan ayah cik atynn. HEHE.

so, cuti semester yang panjang ini memang tak boleh nak jumpa kawan2 yang dekat U lah kan. semua duduk jauh2. apa boleh buat. rindu pulak nak borak and bergosip2 dengan diorang. HAHA. cik atynn nak story pasal diorang yang satu rumah dengan cik atynn waktu cik atynn sem 3. tapi tak sempat pulak. InsyaAllah kalau cik atynn ada masa dan tenaga dari segi mental dan fizikal yang cukup cik atynn akan update pasal mereka. HOHO

actually banyak yang cik atynn nak cerita sepanjang cuti semester nie. banyak sangat. walaupun agak membosankan kehidupan hari-hari yang sepertinya kosong *tak tau nak buat apa sebenarnya* tapi ada juga cik atynn pergi melencong ke sabah bersama family. HUHU. cik atynn nak cerita pasal cik atynn melencong ke sabah nie. tapi gambar-gambar sabah cik atynn semua dalam phone cik atynn. cik atynn nak copy kat lappy tersayang pun tak boleh coz wayar USB cik atynn rosak. Tension betul ! 



so, my first time naik flight ke sabah amatlah SERONOK OK ! kecoh betul. naik flight je, bukan roket ataupun roket soyuz tma pun kan :p i don't care. cik atynn suka sangat waktu dia nak speed untuk terbang tu. sangat lah best. rasa macam nak terbang banyak-banyak kali jee. dulu waktu kecik cik atynn pernah bercita-cita nak jadi pramugari taw sebab nanti cik atynn boleh melancong ke seluruh pelusuk dunia. HAHA. biasalah waktu kecik-kecik dulu. fikiran tak matang lagi kan. bila kecik-kecik dulu tak matangkan. so, bila dah besar nie dah matured ke? sila abaikan soalan ini -.-

so, bila dah naik flight mestilah jumpa abang2 pramugara and kakak2 pramugari yang cantik2 dan kacak2 kan. HAHA. tak sempat pulak nak snap gambar dengan dioarang kan. HEE. Mr.Q jangan jeles yee :)

ada jugak cik atynn pergi memancing sungai dan laut dengan ayah dan ibu cik atynn. cik atynn tak suka memancing sungai sebab memang takkan dapat ikan punya. Stress betul ! ayah cik atynn kalau memancing boleh dapat dua skali ikan haruan. ikan tioman pun boleh dapat. semua ikan2 tu menjadi hiasan dalam rumah. HAHA. cik atynn mancing sungai memang tak pernah dapat. ceh ! nampak sangat LOSER kan.

 tapi cik atynn TERROR apa memancing laut. sekali memancing je boleh dapat banyak sangatttttttt TAPAK SULAIMAN -.-



apa jadahnya la cik atynn mancing dapat starfish nie. bukan sekali dua. tapi setiap kali pergi memancing laut je setiap kali tu tak pernah miss dapat si starfish nie walaupun dapat ikan kan. kadang2 bila baling boleh dapat sampai 4-5 ekor starfish kalau dikira2. so, bila ditambah, tolak, bahagi dan darab semua mencecah boleh mencecah hingga 20 ekor semuanya. memanglah cik atynn boleh bukak galeri cenderahati TAPAK SULAIMAN kann :p *suka bebenor tapak sulaiman tu dekat cik atynn. harap2 nanti ikan pari pulak suka dekat cik atynn. kan senang. sekali baling dapat seekor ikan pari. kalau 10 kali baling dapat 10 ikan pari. HAHAHA. kalau masak asam pedas SODAP tu. kenyang..kenyang ~~

so, sekarang nie cik atynn dah masuk U balik. Tahun ke-2, sem yang ke-4. cik atynn nak cerita banyak2 sangat pasal kehidupan cik atynn waktu cuti sem pun tak boleh sebab sekarang nie bila dah masuk sem nie dah mula busy sikit kan. so, agak susah nak cerita. cik atynn akan cerita di lain hari yee. InsyaAllah kalau cik atynn ada masa lapang. sekarang nie jadual cik atynn semuanya kelas waktu pagi. semuanya kelas pukul 8.00 dari hari isnin hingga jumaat. parah2 ! sekarang nie cik atynn dah jadi seorang student dan seorang komander di UiTM kuala pilah (beting). harap2 sem nie boleh berusaha lebih lagi. InsyaAllah :D Sekian.

Tuesday 16 October 2012

♥ Kelab Blogger Se'Malaysia ♥

Assalamualaikum,

hye peeps :)


Hari nie cik atynn nak promote korang semua tentang GROUP untuk para BLOGGER macam kita-kita nie :D 
GROUP FB iaitu ♥ Kelab Blogger Se'Malaysia ♥

MARI KITA PAKAT-PAKAT JOIN GROUP NIE :)
  1. Korang boleh kongsi info dekat situ.
  2. Boleh tag kawan-kawan korang yang ado BLOG jugak.
  3. Boleh berkenalan sesama blogger :)
  4. Boleh update CONTEST, SEGMEN, or GIVEAWAY.
  5. DLL. Tambah lah sendiri yee.

Siapa yang nak join boleh KLIK ---> SINI

TQ :)

Fakta Tentang Anak No. 2


Assalamualaikum,

Hye Love :)



Hari nie cik atynn nak bagitahu tentang Fakta anak no. 2 nie. Ok, siapa anak no.2 ANGKAT TANGAN?? *krik, krik, krik....* Okay, Abaikan -.- 
Siapa anak kedua dalam family meh sini baca fakta ini :p


ANAK MANJA EMAK DAN AYAH ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu or ayah. -..-

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yang betul. Dalam ramai-ramai adik beradik dia aje yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no.2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. *kasihannn :p*

BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban. :D *YEKE?*

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no.2 ni juga nampak aje keras. Tapi hati dia lembut. Satu lagi pe'el dia. Dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent. Memang betul *kot* Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

ARAHAN
Anak no.2 ni juga dia payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri. Pendek kata tak boleh kerja dengan orang. *tak jugak. bergantung jenis orang*

PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no.2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah. *BARAN !*


Ha, ini adalah perkongsian semata-mata. Tak semestinya benda nie betul. KAN? Readers nilailah sendiri okay :)

SAYA ANAK BONGSU :D
BETUL KE?? -.-
Terima Kasih kerana membaca :D

Tuesday 9 October 2012

Segmen Miz Ruha | Lesen

Assalamualaikum,

Hamboiii, cik atynn. Mentang-mentanglah tadi baru abes paper MKT, malam dah berblogging pulak yee. Abes lagi dua paper tu bila nak study? Esokkan boleh -.- HEHE.

 Kali nie cik atynn nak join segmen dari Miz Ruha. Tajuk segmen nie memang mengujakan cik atynn. Berkaitan pasal LESEN. Haa, nie yang cik atynn tak sabar-sabar nak cerita nie. Tapi sebelum tuuu, cik atynn nak promote segmen nie kat readers semua. Sape agak-agak yang ada kisah sadis, happy berkaitan dengan lesen yang ingin dikongsikan dengan blogger-blogger lain bolehlah join segmen nie.

http://bird7842.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html
comel pulak lesen tu punya gambar. Macam CIK ATYNN :p
Sapa yang nak join segmen nie bolehlah KLIK SINI
*Sorry, cik atynn tak reti linkkan link tu kat banner tu. HEE*
Kalau nak tau syarat lebih lanjut click lah link dekat atas tu yee. Kalau tak nampak boleh la comment. Nanti cik atynn kasi besaq link dia. Okay?! :p
EXPIRED DATE : 19 Oktober 2012, 5 ptg.

*****
Okay, sebelum tu cik atynn nak minta maaf jika entry nie terlampau panjang ye Miz Ruha :D Disini ceritanya bermula. Nak kata sadis memang sadis. Kelakar memang kelakar. Tak tau nak cakap macam mana. Anda readers nilai lah sendiri ye. Dan jangan lupa comment sekali. HUHU. Dan juga cerita yang cik atynn nak cerita nie adalah KEJADIAN BENAR, dan TIADA TOKOK TAMBAH dan UNSUR-UNSUR PENIPUAN. Apa yang cik atynn cerita adalah pengalaman cik atynn sendiri yang hanya tersimpan rapi. Dan sekarang cik atynn nak  kongsikan cerita lesen nie dengan readers semua. *Muka excited >.<*

Okay, lepas cik atynn abes form 5, emak cik atynn suruh ambil lesen kereta dengan motor. Yeahh, sukanyaaa ! \(^_^)/ Tapi, *ada pulak tapi tu* cik atynn sebenarnya tak reti bawak motor langsung. NORMAL LAH TU KAN PERMPUAN TAK RETI BAWAK MOTOR? Normal ke? -..- *Abaikan muka itu* So, cik atynn pun cakaplah dengan emak yang cik atynn nak ambil  lesen kereta jee. Jujur cik atynn cakap cik atynn nie bukanlah peminat TEGAR motor. Bukan tegar je. Tapi tak minat langsung. Bukan benci yee :p Tu lah salah satu sebab cik atynn paling LOSER dengan motor. *Cik atynn minat kereta je :)* Then, nak dijadikan cerita emak cik atynn tak kasi. Emak cik atynn suruh juga cik atynn ambil lesen kereta dengan motor jugak. HUH! Perang besar beb. Sampai masuk parlimen semata-mata nak selesaikan hal nie :( *Ok, cik atynn tipu. HEE* Cik atynn pun ikut je lah cakap emak cik atynn. Nak buat macam mana. Syurga kan dibawah telapak kaki ibu :D

So, alhamdulillah sesi belajar dalam CLASS untuk kereta dan motor pun berjalan lancar. Test komputer yang macam kacang tu pun senang je. Tiba di hari kejadian. First sesi pembelajaran cik atynn bawak kereta. Semuanya berjalan lancar :) Lepas 5-6 hari cik atynn kena pergi class menunggang motor. ADUH ! Nie yang cik atynn LEMAH nie. Menggigil kepala lutut den. Tapi ditabahkan juga hati walaupun masa tu memang rasa tak sedap hati -.- Waktu cik atynn nak belajar tu waktu tengah hari. Of course lah SUNBURN kan. Habis kulit I terbakor-bakor. BENCI TAU ! *tangan dibahu mata ke atas :p* Waktu nak mula sesi class menunggang tu *jadah tah nama dia -.-* yang ada kat situ yang nak ambil lesen motor cuma 7 orang. 6 lelaki dan yang paling sadis cik atynn sorang perempuan. Ditekankan, CIK ATYNN SORANG JE PEREMPUAN ! HUUU :'( Kepala lutut memang dah menggeletar waktu tu.

Then, cik atynn pun buatlah muka riak biasa walaupun dalam hati cuak. Dah la cik atynn tak pernah bawak motor. Hari tu nak kena bawak motor. MEMANG KERJA GILA ! Jadi pembonceng tu pernah lah. So, pakcik yang jaga tu arahkan ambil motor sorang satu. Cik atynn pun ikot jela cakap pakcik tadi. Budak laki yang lain dah pergi kat motor belek minyak. Cik atynn yang sememangnya BLUR pasal bende tu tengok je diorang. Then, salah sorang tu tanya cik atynn. "Kenapa tak ambil motor?". Perghhh, SOALAN MAUT NIE. Tak pe lah, nak tak nak cik atynn terpaksa jugaklah hilangkan rasa malu tu dengan cakap "Saya tak tau pasal motor nie." Malu tahap gaban waktu tu. Dah lah semua lelaki tu pandang cik atynn dengan tanda soal dikepala. -.-? Agaknya dia kata perempuan zaman apa nie tak reti bawak motor? ZAMAN NEOLITIK?

Then, dia tanya lagi "Tak reti bawak motor ke?" Hamboii, dah pandai ye bagi soalan maut. Cik atynn juz geleng kepala je. Rasa waktu tu macam nak menyorok je bawah kereta. Then, diorang tolong cekkan minyak motor untuk cik atynn. Cik atynn pulak berdiri macam tunggul nyanyi lagu negaraku dekat situ. Tak tau apa yang diorang buat. Tetiba lelaki tadi cakap "Yang nie ada minyak. Ambil motor nie." Cik atynn pun pergilah kat motor tu. Then cik atynn tanya. "Motor nie berat tak?" Aduh, Fatin. Kenapa kau tanya soalan bodoh tu? -.-' Then lelaki-lelaki tadi pandang je, dengan tersenyum manis. Oh, Salah. SENYUM SINIS :p Diorang just geleng kepala.

Nak dipendekkan cerita, cik atynn tengok budak lelaki ramai-ramai semua dah pergi dekat litar. Cik atynn yang terkial-kial baru nak ambik motor nie pun turunkanlah stand. Cik atynn pun bawak lah motor tu. Opss, jangan salah sangka. Bawak bukan naik atas motor tu. Means cik atynn kena tolak motor tu. Lepas turunkan stand tu, BAPAK AR. Berat gila motor. Aduhai, cik atynn tolak motor tu sampai dengan cik atynn sendiri nak terjatuh. Pakcik tu pulak tengok je. Ada ke patut? Then, sampai depan pakcik tu dia suruh cik atynn bawak motor. Budak lelaki lain dah masuk litar. Cik atynn cakap lah cik atynn tak tau bawak motor dan tak pernah bawak motor. Pakcik tu pun sudi ajar.

Mula-mula pakcik tu ajar double-stand. Pergh, motor berat tu pun nak bawak tadi rasa macam nak mati nie pulak nak kena double-stand. Nak kena angkat lagi? Memang tak terangkatlah citer dia. Walaupun sedaya upaya cik atynn menggunakan seluruh tenaga untuk double-stand motor tapi ianya tetap tak berhasil. Sampai pakcik tu cakap "saya tengok dari tadi motor nie tak terangakat. Awak je yang terangkat." Sabo jelah dengan pakcik nie -..- Then, dia suruh cik atynn bawak motor pulak. Dia dah ajar enjin semua. Time cik atynn bawak tu dia suruh pusing bulatan je dekat-dekat situ. Dah la motor tu berat. Bila pusing je nak jatuh. Bukan nak jatuh, tapi dah beberapa kali jatuh and you know what. Pakcik tu tak tolong pun. Bukan nak tolong angkat motor. Dia sampai cakap "nanti waktu ujian, kalau awak jatuh, awak kena angkat motor sendiri. Orang lain tak boleh tolong." Sakitnya hati waktu tu hanya Tuhan je yang taw. 

Then dia suruh cik atynn bawak jauh sikit. Means main pusing-pusing tapi dalam jarak jauh. Mungkin dia tengok cik atynn da ada peningkatan lah kot. YEKE? Cik atynn pun ikut je lah. Best jugak pusing motor jauh-jauh nie. Dan paling penting jauh dari pakcik tu. HAHA. Waktu tengah pusing-pusing, tengah syok-syok melayan perasaan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ditambah lagi berangan tentang puteri kayangan turun ke bumi dengan motor? erkk -.-? Tetiba tengah syiok-syiok bawak motor tetiba motor sangkut-sangkut. Arghhh, apasal pulak nie. Cik atynn dah la BLUR dengan motor. Tetiba tengah feeling-feeling boleh pulak motor sangkut-sangkut. Waktu motor sangkut-sangkut tu tangan dengan kaki cik atynn dah standby dekat break. SAFETY FIRST :) Dah agak makin teruk tu barulah cik atynn tekan break kaki. Break tangan cik atynn tak tekan. Tetibe pulak tepat je motor tu sangkut-sangkut yang terakhir break tangan PATAH. Huarghhh, apa nie?? Rasa macam nak nagis laju-laju kat situ. Memang waktu tu cuak gila lah ditambah dengan nak melalak nak balik waktu tu jugak. :'(

Then, cik atynn pun duduk jadi tunggul kayu dekat situ. Pondok pakcik tu pulak jauh memang tak lah cik atynn nak tolak motor tu :p Tak lama lepas tu, pakcik tu lambai tangan dengan cik atynn. Cik atynn pun buatlah muka blur -.- Agaknya pakcik tu dah bengang panggil cik atynn, cik atynn tetap macam tunggul dekat situ, pakcik tu pun datang bawak skuter dia. "Apasal nie?" Cik atynn dengan rasa cuak juz cakap "Tak tau. Tetiba motor nie sangkut-sangkut." "Habis minyak kot?" Pakcik tu cakap. "Tak tahu." Bila pakcik tu suruh turun cik atynn tunjuk break tangan yang dah patah tu. Takot lah jugak. "pakcik, nie tetiba patah. saya tak usik pun. waktu sangkut-sangkut tu dia tetiba patah." Nampak macam kenyataan tipu. Tapi tulah yang sebenar-benarnya. "Yeke? macam mana boleh patah? Awak nie tulang besi ke?" Aduh, pakcik nie. Cik atynn ingat dia nak marah sebab muka dia serius. Tapi rupanya dia gelak. Pakcik-pakcik~~

Tak lama lepas tu, ada sebuah kereta lalu berhenti betul-betul depan kita orang. Pakcik tu boleh pulak tunjuk break tangan yang dah patah tu sambil cakap "budak nie bawak motor sampai break tangan patah. Urat besi betul budak nie" Gilalah. Malu tahap gaban waktu tu. Dah la orang dalam kereta tu satu family. Anak dia sampai bukak tingkap nak tengok break tangan tu. Bukan tengok break tangan je. Dengan cik atynn pun diorang nak tengok. *cantik sangat ke aku?* Malu weyhh ! >.<

Then, cik atynn balik rumah cik atynn cakap kat mak cik atynn yang cik atynn tak nak bawak motor. Tapi ditentang keras. Dan ternyata kepala cik atynn lagi keras :O Dan disebabkan perkara itulah cik atynn jadi FOBIA nak bawak motor sampai sekarang. HUH ! Tu lah FIRST and LAST cik atynn bawak motor. Taknak lagi dah. Scaryy -.-! 

Sebenarnya cik atynn nak cerita version pasal kereta pulak. Karang satu blog nie tak cukup semata-mata nak cerita pasal lesen cik atynn aje. Nie pun lesen pasal motor nie seboleh dan sehabis daya cik atynn ringkaskan. Namun, apa daya ia tetap panjang. Maaf ye readers semua andai kisah yang cik atynn ceritakan ini membosankan. Itu saja lah cerita cik atynn mengenai lesen. TQ sebab sudi baca :D

*****

SEKIAN :D

SEGMEN : Tambah Followers by Khairunnisa

Salam,

Kali nie cik atynn nak join segmen dari Khairunnisa.

http://khairunnisa3020.blogspot.com/2012/09/segmen-tambah-followers-by-khairunnisa.html

Sesiapa yang hendak join KLIK SINI
Bukan tu saja. Malah ada hadiah yang menarik. Kalau nak taw apa hadiah dia click banner diatas.

Jumlah Followers Terkini : 207 :)
Jumlah followers yang diidamkan : 1000 orang \(^_^)/


Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menambahkan followers :D

Tarikh Tamat : 13 October 2012


Marilah ramai-ramai join segmen nie.

Monday 8 October 2012

Selawat Syifa

Assalamualaikum,

Sekarang nie cik atynn sebuk nak mengupdate entry walaupun esok EXAM. Oh, TIDAKK~~ Sempat lagi  tuh. HEHE. Readers semua sihat? Hendaknya sihatlah yee. ^_^

So, sekarang cik atynn nak kongsi dengan korang semua tentang satu selawat yang cik atynn suka baca :D SELAWAT SYIFA. Haa, sapa taw selawat syifa nie? Mestilah semua orang tau kan :) *Kecoh la cik atynn nie :p*

Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.


Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalah ertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat demi ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari Allah SWT


Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.

So, inilah bacaan selawat syifa.


Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Selawat syifa nie banyak kelebihannya. Kalau dibaca tiap-tiap hari, InsyaAllah dengan izin Allah:


  1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
  2. Diberi keselamatan di dunia dan di akhirat.
  3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
  4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
Ada satu cerita yang aku terbaca tentang selawat syifa nie. Nie pun cik atynn terbaca dekat blog seorang kawan dan cik atynn copy paste untuk awak semua :D

*****
Bermula nk exam final sem2 kt u, bru aku sedar..selawat n doa2 amalan ni byk bntu kita dlm segala mcm selepas kita berusaha..ok di pendekkan cerita..time exm tu..ms duk tggu nk msuk dwn periksa terdengar bdk sebelah bersembg..die critala,ustazah die dlu ad pesan..klu nk exm or hadapi ape2 ujian pn..jgn lupe bc selawat syifa'..sbb time ustazah tu exm ms zmn sek dlu,die ada xle jwb soaln exm n ofcoz ble dh hbis exm rs mcm ssh nk skor tp ble result kua terkejut ustazah tu..sbb die dpt A utk subjek ssh tu..


dats why dri hri tu..aku try amalkan selawat syifa',n kebetulan ad satu paper tu,susah sgt..smpai xsempat nk jwb hbis sbb xcukup ms..tp sepanjang ms jwb tu,xlekang kt mulut baca selawat syifa'..n ofcoz aku xltk harapn tinggi untuk sem tu n subjek tu..tp ALLAH tu MAHA PEMURAh..alhamdulillah aku dpt B utk paper tu..fuHH! xsgke..n yg paling bangga ofcoz parent aku..sbb sem tu aku dpt dekan list..ALHAMDULILLAH..
*****

So, sesape yang mengambil exam tu bolehlah amalkan selawat syifa nie. InsyaAllah, berkat usaha dan dengan izin Allah ia akan membantu. Bukan itu sahaja, dalam apa jua keadaan pun kita boleh membaca selawat syifa nie. Juga kita sentiasa basahkan bibir anda dengan sentiasa berzikir kepada Allah.

Semoga entry kali nie memberi manfaat yang berguna kepada readers semua. Peringatan untuk diri sendiri juga :D



SEGMEN : JOM BLOGWALKING

Assalamualaikum


Jom kita join segmen dari Adam nie. 
Kalau awak semua nak join sila klik SINI :)
Marilah kita sama-sama menambahkan trafik followers.

Tarikh tutup : 16 October 2012

Contest Blog Siapa Yang Kawaii Tu?

Salam,

Kali nie jom kita join contest dari Kawaiidyshastudio.


Sebelum tu, saya nie jenis yang suka something yang simple but nice mata memandang :) Dan blog saya nie jenis yang simple je. Dan yang paling penting blog saya ada bercirikan cartoon muslimah yang CUTE SANGAT. *Ok, dah mula nak puji blog sendiri -.-* HAHA. Tengoklah kiri dan kanan blog nie. Ada dua cartoon muslimah yang akan menjemput anda bila anda masuk ke blog nie :D

Jika dilihat blog saya nie mungkin macam menggunakan blogskin. YEKE? *Perasan je lebih :p* Oh, tidakk ~~ Saya just gunakan template je. Saya ak reti lah nak guna blogskin. Tak reti pakai, tak retiii. Apa lagi ekh? Abaikan je lah.

Jom ramai-ramai join contest nie. Hadiah dia menarik sangat dan saya harap saya salah seorang dari pemenang tu. HEEE ^_^v *Tak malu -..-*

Cik atynn akan tag:
http://jderella.blogspot.com/
http://fifiesazuki.blogspot.com/


kriteria pemilihan:

  • hadiah tempat pertama, kedua, ketiga  dan keempat berdasarkan:
  1. kreativiti dan  mempunyai identiti sendiri.
  2. dan akan diadili dengan seadilnya oleh juri professional

HADIAH-HADIAH


  •  bookmark by ccidollylicious
  • 2 set  barangan kosmetik jenama silky girl
  • 1x tony lip tiny tint
  • 1x frame (8"x10") with doodle pix 
  •  2x mini notebook
  • 4x sticker by kawaiidysha
  •  4x bookmark by kawaiidysha
  •  4xbrooch reben
  •  1x charcoal mask
  • 2x face mask by sasa
  • 1x tudung bawal duo tone (color random)
  • 1x pashmina ( color random )
  • 1x tudung bawal bercorak (random)



sponsor by dysha &cci

*HADIAH AKAN DIUPDATE DARI SEMASA KE SEMASA

1 OKTOBER 2012 HINGGA 1 NOVEMBER 2012


Sunday 7 October 2012

Segmen : Yana Ajak Blogwalking

Salam,

Hye semua, kali nie cik atynn nak sertai satu segmen dari NUYUYANA. Dah lama benar cik atynn tak join mana-mana segmen. HUHU. Busy sangat. Okay, jom ramai-ramai join segmen nie :D


Kalau awak semua nak join sila KLIK SINI :)

Kali nie cik atynn nak tag:


Saturday 6 October 2012

I'm The Lucky Person??

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, kehidupan cik atynn sekarang lebih BAIK. Mungkin lebih baik dari sebelum nie. Kenapa? Hanya cik atynn dan Allah sahaja yang mengetahui :) 

I'M THE LUCKY PERSON? Tu lah tajuk BESARRR cik atynn pada hari nie. *Besar kee -.-* Lucky ke? Tapi lucky apa? Cik atynn dapat hadiah, suprise, menang hadiah wang tunai? Bukanlah, macam mana nak mulakan story nie.


Okey, macam nie. Ada satu hari tu cik atynn naik kereta dengan ayah cik atynn pergi mana tah. Cik atynn pun dah lupa. But bukan setakat keluar je. Malah kena ceramah hebat dari ayah cik atynn. Dan of course lah kena sesi temuduga dan soal jawab waktu tu kan *Mahu mengalir air mata ini :'( * Dalam ceramah yang sadis, dan perit telinga untuk mendengar itu terselit sesuatu. Ayah cik atynn cakap cik atynn nie bertuah. Cik atynn mula tertanya dalam diri. Bertuah? Kenapa? 

Then ayah cik atynn pun terangkan yang cik atynn nie bertuah sebab cik atynn nie ada ramai orang kat sisi cik atynn. Tu satu. Of course la sebab MY FAMILY is always by my side and they always supporting me. Emak, Ayah, Ibu, Abang (abang N, abang Iz, abang Amy dan abang Fizie), Adik (Puteri, Rina and Tina). Juga tidak ketinggalan My Grandmother yang berada dikampung nun jauh di Melaka jeee. HUHU. Makcik terdekat yang pernah jaga cik atynn since kecik-kecik dulu, MAMA.

Okay, what's the point? Kalau korang perasan cik atynn ada tiga nama panggilan ibu dekat situ. Satu EMAK, IBU dan MAMA. Apa bezanya? Mama tu korang mesti tau kan yang tu makcik terdekat iaitu adik kepada EMAK cik atynn. Tapi emak dan ibu tu? *aish, nak berteka-teki pulak. bagi tahu je lah -.-* 

Sebenarnya, Emak dan Ibu tu bukan lah orang yang sama. Ibu angkat ke? Bukan. Kedua-dua tu ibu cik atynn. Panggilan emak untuk ibu kandung cik atynn. Panggilan ibu untuk ibu tiri cik atynn. How sweet :D
 Tengok, penuh kuota cik atynn dengan panggilan ibu-ibu cik atynn. Dan yang paling istimewanya, cik atynn tak nak samakan panggilan diorang. Contohnya, panggilan ibu kandung dan ibu tiri sama iaitu EMAK. Cukuplah dengan hanya satu panggilan yang berbeza. Barulah syiokkk :)

Lagi, ayah atynn cakap yang cik atynn nie bertuah sebab cik atynn boleh pergi rumah sesiapa je. Rumah cik atynn banyak tau. *tipu je :p* Bukan rumah cik atynn sebenarnya. HEHE. Sebenarnya rumah Emak, Ayah & Ibu, dan Mama. Including My Grandmother. Rumah Emak kandung cik atynn dekat KL. So, since cik atynn kecik lagi cik atynn duduk dengan emak cik atynn. Rumah kedua rumah Ayah & Ibu cik atynn dekat Johor. Mama pula tinggal dekat Selangor dan Nenek cik atynn dekat Melaka :) Sampai empat rumah tuu. Cik atynn boleh pergi kat mana-mana rumah yang cik atynn suka. Bila-bila masa. Boleh keluar masuk sesuka hati. HAHA. That's very important things :p

Pelik? Unik? Menarik? Awesome? Best? Suka? Sila LIKE yee. Unbelievable? BELIEVE IT. KEKEKE.

Emak kandung cik atynn dan puteri 
Ayah 
Ibu *mak tiri* But, dah macam mak kandung 

My Brothers. Abang-abang KU !! 
Adik Kembar 
Rumusannya dekat sini, sama ada ramai ataupun sikit orang yang dekat dengan kita especially FAMILY kita, kita haruslah mensyukuri nikmat yang Allah dah beri dekat kita. Dan Alhamdulillah sangat-sangat kerana Allah telah memberi orang-orang yang menyayangi cik atynn dan cik atynn sayang sangat sangat sangat sayang dekat diorang. Dan bila cik atynn fikirkan balik apa yang ayah cik atynn cakap ada betulnya. Cik atynn bertuah kerana Allah memberi nikmat itu kepada cik atynn. Nikmat bersama family tersayang. Cik atynn Bersyukur sangat-sangat. :')

Sebenarnya orang yang paling dekat dengan kita waktu kita susah, senang semestinya Allah. Lagi, Family tersayang dan juga sahabat sejati yang sentiasa disisi kita saat kita berduka mahupun gembira. Allah semestinya tidak pernah meninggalkan hambaNya. Family pun sama. Sahabat yang sejati adalah sahabat yang berada disisi kita saat kita sedang bersedih dan happy. Jika kita sedang berduka atau ditimpa musibah, dan sewaktu itu teman yang selalu disisi kita melarikan diri andaikan bahawa ianya ujian dari Allah untuk hambanya. Selalulah berdoa kepadaNya. 

Sekarang nie cik atynn bersyukur sangat. Cik atynn ada Allah yang sentiasa ada setiap masa, waktu, detik, hari, jam bersama cik atynn. Begitu juga dengan Family Tersayang yang sentiasa menyokong anaknya yang ...... ini *sila isi sendiri tempat kosong* Dan juga Sahabat yang tidak pernah tinggalkan cik atynn walaupun terpaksa menadah telinga mendengar bebelan cik atynn. HEHE. 

Cik atynn sayang semua ♥ :D

Semoga semua yang berlaku mendapat keredhaan Daripada Allah. Dan semua yang berlaku ada hikmahnya. 

p/s: cik atynn masih berfikir kalau cik atynn dah ada anak nanti, anak cik atynn nak panggil cik atynn apa sebab kuota panggilan untuk emak-emak dah penuh. Agak-agak kalau panggil MOM boleh tak? nak cukupkan kuota biar bagi habis ;) HEHE