~ Kengkawan ~

Thursday, 11 April 2013

Kasih Ibu Tiada Tandingannya :')

Assalamualaikum :)


Si anak memberikan sehelai kertas kpd si ibu,
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
... 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar- legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
JumlahKeseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA.
Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya.. 


p/s : sayang mak saya ♥ Hari ni balik rumah..yeayy !!



Thanks for reading ^_~

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w


Assalamualaikum 

Hari tu cik atynn ada tulis entry berkenaan Kaedah Wardina Safiyyah Mendidik Anak Solat 5 Waktu. Kali nie cik atynn nak kongsi untuk ibu2 dan juga mother-to-be kat luar sana bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasullullah s.a.w :)


1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Sumber [sini]


Thanks for Reading ^_~

Tuesday, 9 April 2013

Kaedah Wardina Safiyyah Mendidik Anak Solat 5 Waktu.


Assalamualaikum,

Hye semua. Alhamdulillah, paper cik atynn dah habis. And, maybe tomorrow cik atynn akan balik rumah. I'm coming home !! suka sukaa.. Okay, hari tu cik atynn ada gode2 FB then terjumpa tentang cara wardina safiyyah mendidik anak dia mendirikan solat sejak kecik. Walaupun cik atynn tak kahwin lagi, nie adalah 1 panduan untuk cik atynn satu hari nanti. InsyaAllah ^^, Dan ini juga boleh dijadikan panduan untuk ibu2 dan bapa2 yang nak mendidik anak mereka solat 5 waktu sejak berumur 7 tahun. Semoga bermanfaat :)


*****
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


*****
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Nota Hati : Semoga entry ini bermanfaat untuk semua ibu2 dan bakal2 ibu diluar sana. Didik lah anak solat sejak berumur 7 tahun. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. :)


Thanks for Reading ^_~

Saturday, 6 April 2013

I Will Be Back...

Assalamualaikum...

 semua readers yang dikasihi oleh Allah SWT. Sihat ? 
Dah nak dekat 2 minggu jugak cik atynn menyepikan diri dari dunia blogging kan? Dan rata2 itu juga ramai readers yang melawat blog cik atynn dengan penuh semangat, tapi entry takde perkembangan terbaru. Hari2 buka blog cik atynn (ko ingat ko retis orang nak bukak blog ko hari2?) pun tetap jugak entry Final Exam !! MAAFKAN SAYA.

Seperti yang telah diberitahu dalam entry sebelum nie, dalam beberapa minggu kebelakangan nie cik atynn menghadapi Final Exam. Kepada readers yang kadangkala, sering atau selalu mengungjungi blog cik atynn, dan tidak lupa juga kepada 'silent readers' cik atynn mengucapkan terima kasih kepada awak, awak dan awak semua sebab sudi melawat blog cik atynn yang nothing nie. Sayang korang lah. :)

Maaf juga sebab rata2 yang follow cik atynn, tapi cik atynn tak follow korang balik. Maaf, maaf. Nanti cik atynn akan follow korang yang follow cik atynn balik keyh ? Memang kadang2 cik atynn akan bukak blog untuk tengok perkembangan sapa yang follow cik atynn and juga komen pada blog cik atynn. Yang tukang komen pun cik atynn berterima kasih sangat sebab sudi komen dekat blog cik atynn nie. Makasih yaa ^^,

Owh, tak lupa juga mereka yang sudi main tekan2, click2 kat iklan cik atynn dan menyumbangkan dana mengisi tabung bantuan kemanusiaan saya. bantuan kemanusiaan?? -.- yang mana dah membebel di shout box cik atynn mengatakan korang dah click iklan cik atynn, cik atynn akan terjah blog korang balik dan tekan iklan korang pulak. Nie cik atynn tak tipu. betul !! so, sesiapa yang dah click iklan cik atynn bolehlah bagi tau cik atynn n bagi link blog korang jugak. Nanti cik atynn akan sumbangkan dana kemanusiaan kat korang puna blog korang okay? tapi jangan letak link ads korang sebab confirm cik atynn takkan bukak and cik atynn anggap tu adalah umpan. So, sape2 yang ada click iklan cik atynn tolong JUJUR keyh. Letak link blog korang dan cik atynn akan berusaha untuk menekan sebanyak mana iklan mengikut mood wifi kat sinie. maklumlah, internet pinjam kena banyak bersabar kan. tskk T_T

So, hari selasa nie 9/4/2013 is my last paper. Hope i can do the best. 

Try the best till the end. Don't ever give up before the time.- Mr. Q ♥

Nota Hati : lepas nie cik atynn akan membebel, dan ceramah kembali dekat blog nie. Entry terbaru akan menyusul after my last paper. :D


Thanks for Reading ^_~