~ Kengkawan ~

Wednesday, 25 September 2013

Isteri Mat Yo Maki Pengawal Keselamatan (Lupakah Dia ??)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum ~

Alhamdulillah, dapat kita bertemu kembali di ruangannn coretan hatiku. ehek ! dah lama tak blogwalking. tadi cik atynn blogwalking, ramai jugak la yang update pasal isteri Mat Yo, telah memaki seorang pakcik pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas. cik atynn pun baru tau sebenarnya pasal cerita nie. mungkin ramai yang dah tengok video ini kan.




Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun polis Penyebaran sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair. Video berkenaan dimuatnaik semalam menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Ekoran itu, Shahrul telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai. Rata-rata komen peminat tidak senang dengan tindakan tersebut dan meminta Mat Yo agar menceraikannya. Kemarahan isteri bekas penyerang Kelantan itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan menegurnya kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah.

hokay, tujuan cik atynn tulis entry kali nie bukan nak marah2 or maki2 isteri mat yo nie. tapi cuma nak cakap lah, walau apa pun darjat kita semasa hidup di dunia nie, sama ada anak raja, anak kerabat, anak menteri, anak orang kaya billionaire and so on, kita sendiri tak pasti apa darjat kita di sisi Allah. Lupakah isteri mat yo nie yang harta kekayaan yang dia ada sekarang ini adalah kepunyaan Allah SWT?? Kalau lupa meh sinie cik atynn nak ingatkan. Hidup nie tak lama. setiap yang kita buat pasti ada balasan. Hukum karma. kalau buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat. Kalau Allah nak tarik apa yang dia dah beri kepada kita, sekelip mata je kita boleh jatuh miskin tau. 

Sifat riak, bongkak, sombong sebab diri mereka lebih berharta tu rasanya tak perlulah kot ada dalam diri sebab kita sendiri pinjam harta dari Allah walau bagaimana kuat usaha kita untuk mendapatkan harta tersebut. Status "pinjam" tu memang tak boleh nak dielakkan lagi. Harta yang kita ada bukan kepunyaan kita. itu semua pinjaman daripada Allah kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasanya, perkataan yang dikeluarkan oleh isteri mat yo nie sangat biadap ! rasanya, walaupun dia kerabat diraja ke, hape ke, tak patut kot kalau kau cakap dengan orang yang lagi tua dari kau dan boleh dikatakan seperti pangkat ayah kau sendiri. tak reti hormat orang tua ke ? walaupun dia kerja pengawal keselamatan, perlu ke kau nak hina dia? cakap bodoh, dayus semua ? haa ? pangkat kau tu besar sangat ke sampai kau nak hina orang yang pangkat dia lagi rendah dari kau ? hello, pakcik tu cuma menjalankan tugas jelah. bukan susah pun kalau kau call suami kau cakap nak alih kereta tuu. susah sangat ke ? berat sangat ke badan tu ?

yang cik atynn tak paham tu, si mat yo nie pun boleh join sekaki sekali dengan bini dia tuu. bukan nak tegur, or hentikan perlakuan bini dia tuu. even kalau sayang bini sekalipun, kalau bini tu tindakannya salah, kau sebagai suami perlu betulkan. bukannya isteri kau dah buat salah, then maki2 orang tua, kau pun join sekaki sekali. actually, walau pun kau tak maki pakcik tu, tapi perlakuan kau yang menolak pakcik tu lepas bini kau sepak pakcik tu memang sangat kuangajoooo. seriously, sangat biadap ! 

i think both of you need to learn about how to respect people especially older than you !!! 

ingatlah, tak payah kau nak mengagungkan sangat harta, pangkat dan darjat yang kau dapat kat dunia nie. tak ke mana pun kalau kau dok agung2kan benda tu sampai kau jadi lupa siapa yang empunya semua benda di dunia ini. even, kalau kau mati pun, harta benda kau semua takkan masuk kubur sekali dengan kau. yang kau akan bawa hanyalah amalan kau sewaktu di dunia. Astaghfirullah ~ 

Nota Hati : What you give, you will get back ! Allah itu Maha Adil. 



Thanks for reading ^_~

Sunday, 15 September 2013

Sifat Anak Sulung

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga cik atynn meluangkan masa sekejap untuk update blog walaupun depan cik atynn ada buku law. AHAHA. Dah lama cik atynn tak update blog disebabkan kekangan masa dan yang paling penting banyak sangat kerja yang lecturer bagi bila nak dekat2 final nie. cik atynn adalah juga pergi ke event2 tertentu macam perkhemahan kesatria negara (HBU 121) *jadi komander yang jaga budak2 tu* dengan orientering kat UiTM Segamat. Tapi tak sempat and  takda masa nak update. Dan yang paling penting rasa malas pulak. HEHE. Maaf Maaf ~ Okay, pape pun cik atynn nak kongsikan sifat anak sulung dalam blog cik atynn nie. Bila cik atynn baca je, tetiba terfikir sama pulak sifat dengan abang sulung cik atynn. HAHA. 


1) ANAK MANJA EMAK
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.


2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.


3) TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no.1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.


4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.


5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.


6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.


7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.


8) 
ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.


10) PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas.


Nota Hati : Setiap manusia yang dicipta oleh Allah mempunyai watak yang berbeza. Dan perbezaan itu yang membuat kita istimewa. Bersyukurlah pada Allah. Wallahualam ~ =D



Thanks for reading ^_~

Friday, 6 September 2013

Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je tudung tapi akhlak tak bagus. Mengumpat orang sana sini, mengalahkan wanita yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah atau sedang mencuba untuk tutup aurat. Mari kita ikuti perbualan gadis liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang ustaz.
 (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT, WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Nota Hati : Bertudung itu tak wajib, tetapi menutup aurat itu WAJIB.. :D



Thanks for reading ^_~