Assalamualaikum ~
hye peeps :)
sekarang nie adalah masa untuk struggle gila2 untuk menghadapi final exam. Hehe. Saya memang study. Esok dan lusa cik atynn ade Test macroeconomic, business communication and statistic. Yeahh, dan kali nie cik atynn curi sedikit masa untuk mengupdate entry yang dah lama di banjiri oleh sarang labah2. Fuhh.. Fuhh :o *dibanjiri?* Okay, kali nie cik atynn nak nyatakan pendapat cik atynn dengan menip entry mungkin panjang berjela atau sekadar seperti sinopsis sahaja. Muahahaha -.- sementara ada idea untuk *menghentam* menasihati certain blogger.
Haa, ce tengok patlimanamtujuhlapan kali tajuk diatas. ewah2 ! Tajuk kat atas tu tak boleh gempak lagi ke? Kenapa tetiba je cik atynn nak buat entry pasal nie? Haaa, mesti korang semua tertanya2 kann? Pada mulanya cik atynn tak tau pun pasal kes yang satu nie. Tetiba pulak cik atynn terbaca kat entry kat blog Fatin Diana. Adelah sorang blogger nie, umur belasan tahun buat segmen yang memang hadiah gempak habis. Nak tau hadiah dia apa?
- Samsung Galaxy Note II
- Baju peplum
- Baju superman
- Shawl
- Iphone 4s
- Keychain
- Instax mini hello kitty
- Beg moustache
nie lah hadiah yang ditawarkan. Samsung Galaxy Note II ? Iphone 4s? Biar betul blogger nie nak bagi hadiah macam nie? Semua hadiah nie mahal2 belaka. Kalau nak beli hadiah semua nie memang makan beribu jugak nie. Takkanlah blogger belasan tahun yang tak kerja lagi nak bagi hadiah sehebat nie? Blogger femes buat segmen pun takde nak bagi hadiah gempak2 macam nie. Agak2 korang lah kan, logik tak? :-/
Cik atynn sendiri pun tak pernah buat segmen or contest *takut takde orang nak join T_T*. Apa lagi kalau nak bagi hadiah mahal2 macam nie. Silap hari bulan, cik atynn makan pasir je laa tskk T_T. Then, lepas tu ramai jugaklah yang join segmen budak nie dan ramai jugak yang condem budak nie kata dia tipu semua. *termasuk saya*. Nie mesti nak tingkatkan traffik blog dan followers je kan? Lepas ramai yang condem budak nie, budak nie terus je batalkan dan delete segmen dia tu. Lagilah ramai orang cakap dia nak cover kes penipuan dia tuu.
Persoalannya disini, kalau betul budak tu jujur nak buat segmen dengan hadiah gempak macam tu, kenapa dia tak teruskan je niat dia tu? Kenapa lepas orang komen macam2 dia nak batalkan segmen tu. Kalau betul dia dipihak yang benar, kenapa dia perlu melenting bila orang komen macam2 kat dia? bila orang cakap dia tipu dia cakap orang 'BATAK HADIAH'. Blogger nie macam biadap taw. Dia macam maksudkan yang orang yang ikut segmen tu memang 'BATAK HADIAH' dari dia. pastu ada pulak yang back up dia lepas dia cakap macam2.
Okay, kat sinie cik atynn taw kita tak bole nak berperansangka buruk kat budak tu. Cuma,
Satu : memang tak masuk akal budak yang masih sekolah tu nak bagi kita hadiah Iphone dengan note bagai. Lainlah kalau dia tunjukkan "BUKTI !" dengan tangkap gambar dia dengan hadiah yang dia akan bagi dekat peserta tu.
Kedua : bahasa dia baidap sangat pada cik atynn. Bila orang tanya elok2 dia buat muka. Contoh, "Iphone 4s?? " Budak tu "Yela, Kenapa? -.-" And yang paling tak boleh terima dia cakap orang 'BATAK HADIAH' dari dia. Bahasa tu tolong sopan sikit adik oii. Baru sekolah dah cakap macam tu kat oraang yang lebih dewasa dari awak tu.
Ketiga : Kalau betul dia nak anjurkan segmen macam tu, dan dia betul2 jujur nak bagi hadiah hebat tu kat pemenang, kenapa dia perlu melenting dan macam cacing kepanasan bila orang cakap dia tipu? Nampak sangat kott dia macam dah kantoi kat situ.
Keempat : first dia delete segmen pertama dia lepas orang ramai kondem dia. Lepas dia delete tu lagilah ramai yang cakap dia penipu. Lepastu dia bukak balik segmen tu. Dan yang paling menarik sekali dia TUKAR HADIAH! Haa, nampak takpermainan dia disitu? kenapa dia tak kekalkan je hadiah yang first segmen tu? Sedikit pelik disini. -.-
Tak payah lah nak menipu dik oii. Tak baik tau tipu orang. Kalau nak buat segmen yang hadiah gempak2 sila snap gambar awak bersama hadiah tersebut. Janganlah tulis je tapi bukti takde. Haih, adik fikirlah baik2 keyh.
Dan juga - HERE ! dan nie dia
Jangan lupa yang terbaru !! sini, sini, sini, sini dan sini. ce tengok tudung dia. samakan? (jangan risau, nie bukan iklan ads saya.)
Jangan lupa yang terbaru !! sini, sini, sini, sini dan sini. ce tengok tudung dia. samakan? (jangan risau, nie bukan iklan ads saya.)
Nota Hati : Kepada mereka yang kondem budak tu janganlah melampau sangat kalau nak komen sampai keluar perkataan L***H ! segala bagai perkataan keluar. cuba kalau orang maki kita dengan perkataan lucah? apa perasaan kita ? so beringatlah yee. Kepada adik tu, harap adik buat segmen kali nie bukan segmen tipu keyh. Sekali adik tipu orang dah takkan percaya kat kita lagi. Ingat tu !
Cik atynn minta maaf jika entry kali nie ada terkasar bahasa. Silakan komen dibawah. Dan jaga bahasa anda :D
Thanks for reading ^_~
No comments:
Post a Comment