Assalamualaikum ~
MANILA 3 Mac - Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, hari ini berkata, pertempuran di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 14 pengikutnya yang menceroboh Sabah tidak akan mematahkan semangatnya untuk berjuang bagi menuntut haknya.
Beliau berikrar untuk terus berjuang menuntut haknya ke atas Sabah, meskipun Manila terus mendesak supaya pengikutnya berundur tanpa syarat dari bumi Sabah.
Mereka bersedia untuk mengorbankan nyawa dalam menghadapi serangan pasukan keselamatan Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.
Kumpulan penceroboh itu diketuai oleh adik Jamalul Kiram.
Jamalul Kiram berkata, beliau bimbang keganasan di Sabah akan merebak kerana ramai rakyat Filipina, terutama pengikutnya di selatan Filipina sedih atas kematian keluarga mereka dalam serangan di Lahad Datu.
Anak perempuannya, Puteri Jacel, pula menyeru rakyat Filipina supaya bertenang dan menegaskan bahawa Kesultanan Sulu tidak akan berundur dan akan meneruskan perjuangan untuk menuntut Sabah.
“Ia melibatkan maruah kami," katanya kepada pemberita.
“Kami tidak akan berundur begitu sahaja, kerana kami berjuang kerana hak kami dan perjuangan ini adalah demi hak kami dan demi kebenaran." katanya kepada wartawan Associated Press, Jim Gomez di Manila.
Nota Hati : Maruah apa nie? Hak apa? Mohon kesultanan sulu kaji balik sejarah ! Makin berbelit2 dengan nie semua -.-
Thanks for reading ^_~
sultan la sgt.. rumah kata pergi kubur kata mari ada hati nak jadi pemerintah.. cit.. tembak je mangkuk ni.. sbb dia ramai terkorban.
ReplyDeletementeri mlaysia pon sama mangkuk.. berunding apa ngan manusia mcm ni..
emo n sedih tgok anak2 kecil yg kehlngan ayah tersayang