Assalamualaikum ♥
Hye blogger2 di alam maya. Sihat? emm, Sekarang nie Lahad Datu, Sabah kena serang dengan penceroboh sulu kan? Kita sama2 doakan semoga mereka semua selamat. Especially buat perajurit negara. Semoga Allah swt lindungi mereka. Jika mereka pergi sewaktu pertahankan negara kita, InsyaAllah, itu akan dikira syahid. Syahid berjaga di perbatasan. :')
Well, hari nie cik atynn nak story mory sikit. Ha, korang kenal tak nyamuk? Yang suka terbang2 bunyi nyetttt nyetttttt kat telinga korang tu. And makhluk Allah yang makanannya darah. Suka hisap darah. *Apa yang aku merepek nie? -.-*
Anyway, siapa suka dekat nyamuk nie? Sila angkat kakiiii. Eh, sabar2. Jangan gelojoh nak angkat, kang jatuh kerusi pulak. Lagi sekali, sapa suka nyamuk sila angkat gigiii ~ ekh? *krik krik krik*. kalau tanya cik atynn, cik atynn sendiri pun kurang gemar dengan nyamuk nie. Lagi2 bila nak tidur tu kan dia berlegar2 kat telinga dan keluarkan bunyi nyettttttttttt panjang berjela tuh. And kalau pergi kat semak samun tu, haa, amek kau ! Sekali dia datang bawak geng lah ~ -.-!
Okay, cik atynn nak bagi satu story kat korang nie. Sapa yang baca entry nie dia bertuah coz dapat satu ilmu yang dia sendiri takkan pernah terfikir dek akal. Tak tercapai akalmu bak kata Elyana. ekekeke. So, ade satu hari tu cik atynn keluar dengan ayah dan ibu cik atynn. Waktu pagi, petang or malam? Tah, tak tau lah. Tak ingat. Rasanya waktu petang kot. Baru lepas pergi rumah nenek kat kampung rasanya. Dalam perjalanan ke UiTM nak masuk sem baru. Then, adalah 3-4 ekor nyamuk yang sesat dalam kereta cik atynn. Aihh, nie yang lemah dan cergas nie.
Cik atynn nie pantang nampak nyamuk. Kalau nampak mesti tangan nie gatal nak kejar bunuh dia. Kalau dia gigit lagi lah. Maunya mulut nie membebel2 kat nyamuk tu. Geram. Kalau tak dapat jugak tangkap kan. Haaa, cik atynn de barang power punya. Kat bilik cik atynn kat uma or kat UiTM nie mesti WAJIB ada benda nie iaituuuuuu
TADAAAAAAAAAAA~~
Ridsect dari jenama RIDSECT !! Amek ko, sampai dua sekali |
Bila ada benda nie memang kerja sembur menyembur jadi semakin bersemangat. Mana tak nya. Sekali sembur boleh tahan sampai seminggu malam NO MOSQUITO! Haa, hebat tak? hehehe
So, sambungan dalam kereta tu tadi, tengah duduk mengelamun berangan putera impian datang tunggang kuda putih tetiba nyamuk gigit. Aduhhh, spoil la. Mulalah adegan main kejar2 dengan nyamuk dalam kereta tu. Makin cik atynn kejar, makin suka dia gigit cik atynn. Aihh, kang kalau sembur pakai ridsect kang maunya mengamuk ayah cik atynn. Ceramah khas selama seminggu percuma. -.-''
Tengah cik atynn bebel2 sorang2 tu cik atynn cakap lah macam nie "Ishh, gatal lah. Kenapalah nyamuk nie suka gigit orang, pastu suka hisap darah."
Tetibe ayah cik atynn cakap "Cuba fatin fikir kenapa Allah swt jadikan nyamuk. Kita nak cari rezeki dan sesuap makan takde pun berdepan dengan maut. Nyamuk nie walaupun dia kecik, dia nak cari setitik darah je dah berdepan dengan maut. Kita nie nak cari rezeki takde pun berdepan dengan maut kan?."
Zupppp ! gluuppp.. *Tersentak seketika* Betul jugak apa yang ayah cik atynn cakap tu. Kita nak cari rezeki takde pun berdepan dengan maut. Tapi nyamuk nie, cuma nak cari setitik darah je dah berdepan dengan bahaya yang boleh membawa maut. Aih, Memang waktu tu terus tertutup mulut cik atynn.
"Kalau nyamuk gigit tak gatal tak pelah jugak. Tapi dia gigit gatal. Kalau tak gatal nak gigit amik se paket darah pun takpe." Sempat cakap dalam hati. ehehehe
So, apa KOMEN sahabat blogger saya ??
Cik atynn Suka sangat dengan lagu nie.
Dalam BI
BM
NO AEDES NO DANGUE ! lalalala~
Nota Hati : Setiap yang Allah ciptakan di muka bumi ini bersebab. Jangan kita pertikaikan kenapa Allah cipta sesuatu sedangkan benda (haiwan, tumbuhan etc) macam takde function je. Semua ciptaan Allah swt bersebab.
Thanks for reading ^_~
Bebel punye bebel nyamuk tak masuk mulut Cik Atynn ke?
ReplyDeleteMY FB SHAH SHAH RIL