~ Kengkawan ~

Friday, 21 June 2013

Powerbank PINENG dari The Faiz Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...

Eeeeee, seriously. Cik atynn tak sabar2 nak update entry yang kali nie taw.. Nak tau kenapa? korang dah baca belum entry Eh, Bungkusan Apa Nie ?. Okay, ini adalah sambungan entry yang sebelum ini. Seriously, excited tak habis lagi nie disebabkan bungkusan tu. haha. 

Gold ? What is that? 
Cepatlah bukakkk !!! *Sila abaikan gambar pada akhbar itu*
TADAAAAAAAAAA!! MY PINENG Powerbank :)
ZOOM sikit. Fuiyoo, Berkilat tuhh !! 
 Sebenarnya, ni first time cik atynn beli secara online. Sebelum nie cik atynn tak pernah beli barang secara online. Sebabnya, cik atynn banyak dengar cerita kalau beli online nie akan ada yang customer order lain, dapat barang lain, Customer kena tipu, Barang rosak, beli baju saiz S then baju tu terlampau kecik, and bla bla bla yang sama waktu dengannya. So, i decided taknak beli barang secara online. Takut makk !

But, one day, cik atynn terlihat gambar Kak Dena Bahrin dekat instagram dia tentang powerbank nie. So, first2 tu macam tak berminat jugaklah. Anyway, bukan tak berminat. Tapi tak nak ambil tahu sangat lah. Then, another day cik atynn godek2 blog Kak Irine Nadia ternampak lah entry dia tentang Powerbank Satu Keperluan. And cik atynn terbaca dari blog Yuyu Zulaikha dalam entry Kesejahteraan Handphone. OMG !! Dah tiga orang yang retis2 gitew pakai brand powerbank yang sama. Cik atynn pun macam eksaited gilaa. Nampak sangat cik atynn telah tergoda oleh mereka kan. tskkk T_T. Then tanpa membuang masa cik atynn terus google, blogwalking, faceboking, instagraming and twittering orang yang jual powerbank nie. kahkahkah. Nampak macam psyco kan?! -_- Akhirnyaa, jumpa The Faiz Ibrahim. Yeayyy !!

Sebelum cik atynn nak beli, cik atynn fikir jugaklah, "perlu ke aku beli bende nie?" "Tak membazir ke nanti?" *sighh*. Susah nak buat keputusan. Tapi bila terpandangkan handphone Samsung SIII Mini cik atynn yang sangat cepat kehabisan bateri, cik atynn pun fikir dengan sedalam2nya. Okay, cik atynn memang kaki game and my handphone penuh dengan game. Haha. And lagi satu cik atynn kalau keluar berjalan memang akan tangkap gambar banyak2 and dengar lagu. And memang sah2 lah kan bateri tu akan cepat mampus. Bila cik atynn nak ambil gambar lain je bateri akan mula berbunyi2. Seriously, spoil gilaa. -.-!

Bila dah tahap tergoda nie, cik atynn pun belek2 price dia. Cik atynn tengok price dia pun boleh tahan tau. Nak tau berapa? kenalah usyar2 sendiri. Hahaha. Tak surprise lah macam tu kan. Tapi, seriously, murah dari powerbank yang lain and this powerbank is very high quality and 100% original. colour dia sangat metalic and exclusive. Powerbank nie ada colour gold, grey, silver and blue. Semua warna cantik2. Rasa macam nak beli semua je buat koleksi. Ahh, tergoda sungguh ! O_o

So, Tadi baru cik atynn dapat post dari The Faiz Ibrahim. Cik atynn alamatkan terus ke UiTM cik atynn. Yela, dah masuk sem baru nie, memang susah sikit nak balik rumah kan. Haha. Biasalah, kalau nak amek post kat uitm nie kena pergi kat tempat sekian sekian kan untuk tuntut post tersebut. Then, abang nie pulak bagi post tu dia macam hentak sikit  kat atas meja tu. OMG. Faint sekejap. -.- "Abang oiii, dalam tu powerbank lahh. Janganlah letak macam tu. Nanti rosakk !! -.-" Hanya mampu berkata dalam hati.

Then, balik rumah bukak bungkusan perlahan2 and main snap2 gambar. Biasalah, orang eksaited -.- haha. And powerbank nie dia bungkus dengan 3 helai surat khabar yang besar tu. *Padanlah tebal semacam je* Kerisauan disebabkan oleh abang tadi terhentak sikit bungkusan tu dah hilang sikit. Fuhh. The Faiz Ibrahim sangat mementingkan kepuasan customer dia. And now, im very satisfied with the services. Jom layan gambar powerbank dibawah. Check it out :)


Cik atynn beli yang 11200mAh. See, cable2, wayar and ape tah yang ada sekali dalam kotak powerbank ini. Dengan membeli powerbank ni, semua jenis handphone dari yang lama termasuklah yang baru boleh digunakan untuk mengecas. Owh, kamera, mp3, iphone, ipad and pape je korang boleh cas dengan menggunakan powerbank PINENG ini. Owh, jangan jeles. The Faiz Ibrahim bagi saya handphone Sony Ericson Xperia percuma. huahuaha. Lepas nie mesti ramai yang berpusu2 ke page The Faiz Ibrahim untuk order Powerbank nie semata2 nak dapat phone free. haha *justkidding*. Haa, nampak tak kertas kat atas tuu? Itu adalah kertas Q&A (Question & Answer) dari The Faiz Ibrahim tentang powerbank PINENG nie. Soalan2 yang biasa customer tanya jika ada sesuatu yang pelik dengan powerbank nie. Kalau nak tau apa yang pelik kenalah beli dan baca sendiri.


 Owh, ini adalah macam free gift dari The Faiz Ibrahim. Bag untuk letak powerbank and plug 3 kaki. Nak tau kenapa dia bagi plug 3 kaki nie ? Tengok bawah.


Disebabkan produk PINENG nie dari china, so, plug yang dia bagi tu ada 2 kaki je. Dan dua kaki dia tu berbentuk pelik dan tidak pernah digunakan oleh orang malaysia. huahuahua. So, dengan kebaikan The Faiz Ibrahim untuk customernya, dia berilah benda alah plug tripodstand nie kepada customer dia.  Baikkan The Faiz Ibrahim ?? ^_^


Eh, Ada bulan lahh kat meja tuu. Bulan jatuh ke meja -.- mihmihmih. Actually, nie bukan bulan. Tapiiiiiii


Torchlight. Haa, mane ade powerbank yang ada torchlight macam nie. Bagus tau bila powerbank ada torchlight nie. Mane lah taw rumah kita blackout ke kan. Tak de la susah nak mencari lubang nak cas handphone kat powerbank nie. Cara nak on dia mudah saja. Tekan button ON selama beberapa saat sehingga powerbank on. Lepaskan Button itu. Dan tekan dua kali lagi sekali button ON. Tadaaaaaaaaa, Torchlight dah berjaya dihidupkannn :)


See, Samsung SIII Mini sedang di cas oleh PINENG powerbank. And the lastly, powerbank nie akan tertutup sendiri bila dia dah habis cas handphone korang. Ini bagi mengelakkan overcharge pada handphone. Pandai powerbank ini. *Clap clap clap*

Okay, itu saja entry kali ini. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Powerbank PINENG dari The Faiz Ibrahim or nak order powerbank nie bolehlah ke page beliau.

Website : TheFaizIbrahim.com
Facebook : The Faiz Ibrahim

Ha, apa lagi yang korang nak. Yang lain macam instagram or twitter cari sendiri. Hahaha. Lastly, *dari tadi lastly lastly, tapi tak habis2 jugak -.-* Thanks to The Faiz Ibrahim menjual produk yang sangat best ini. Dan service dia sangat TipTop. So, kalau korang takut nak beli online powerbank nie, cik atynn cadangkan beli dekat The Faiz Ibrahim nie. Korang akan berpuas hati dengan service yang diberikan. Kalau korang takut jugak, try tengok feedback dari customer yang beli powerbank nie. Semuanya berpuas hati dengan powerbank dari The Faiz Ibrahim nie. Serious, korang takkan rugi punya. Thumbs up. ^_^

Nota Hati : Lepas nie tak perlu risau nak pergi mana2 sebab gold powerbank PINENG dah ada. :) 

Panjanglah pulak entry niee -_-?!


Thanks for reading ^_~

23 comments:

  1. wah banyak entri cik fatin nie yer kalu senang2 datang la bce cerita kat blog saya www.ibrahimheajung.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. powerbank mmg satu keperluan sekarang :o

    ReplyDelete
  3. wah!, atinbiah pun beli ngan TFI..Powerbank nie memang terbaik! dah 4 bulan lebih rasanya dah guna, still elok dan ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang mengatakan brand pineng nie bagus.. and feedback customer pun sume positive2 belaka.. tu yang terbuka hati nak beli.. :)

      Delete
  4. hai atynn...boleh x nak tanya brape x atynn tggu nak dapat power bank ni after atynn bank in? yg ni..rm150 kn utk 11200mah?

    ReplyDelete
  5. berapa harga powerbank ni cik atynn?

    ReplyDelete
  6. Intan - lepas saya bank in saya inform kat TFI nie.. tak lama pun.. dalam 2-3 hari dah dapat.. ^_^

    safwan - harga dia untuk 11200mAh RM156 inluding postage.. :)

    ReplyDelete
  7. hai sis, nk tnya. bape kali blh caj hp sis guna pbank 11200mAh ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dy depends on hp jugak.. kalau macam phone sy samsung sIII mini dalam 5-6 kali cas penuh.. :)

      Delete
    2. kapasiti bateri smsung sIII mini bape mAh?

      Delete
    3. entah la.. saya pun tak pasti kapasiti batery saya berapa.. hehe.. maaf :)

      Delete
    4. emmm.. tapi ok la tu dapat caj smpai 5-6 kali.. :)
      hmmm. da bape lame atin guna pbank tu? kalu time kita caj tu kita guna hp kita xpe ke??

      Delete
    5. saya guna sejak bulan 3 ritu.. dah 8 bulan dah guna. n powerbank tu still okay. pernah sekali jatuh, but takde pape pun effect. powerbank tu working macam biasa. boleh je time kita caj tu kita main phone kita.. saya selalu buat camtu :)

      Delete
    6. oh... cmtu ea.. kalau time kita caj tu kita guna jugak still blh caj smpai 5-6kali penuh jugak ea? hihi,,
      ana ade nak beli kt TFi ni.. tp mlm td tgk kt insta dia, dia ckp stock da xde, kena tngu dia restock lagi la.. :(

      Delete
    7. aah.. TFi nie dia tak buat pre-order sbb dia taknak customer dia tunggu lama. tu yang kalau kita nak beli kita kena tunggu stok baru masuk..kena selalu jenguk fb dia suma laa tok tau perkembangan terbaru powerbank dia.. :)

      Delete
  8. proses penghantaran dia bape hari ek lepas kita bank duet apa semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita dah bg tau kita dah bayar n tunjuk bukti pembayaran tak lama pun.. nt dia akn bgtaw kat fb nama kita untuk batch berapa yang dah dipost.. so jangan risau.. puas hati kalau beli kat TFi :)

      Delete
  9. saya baru order powerbank dgb faiz ibrahim...tapi tak ada respon..duit dah bankin..call tak angkat....agak2 mana dia pergi?

    ReplyDelete
  10. www.mypineng.com juga provide bagus service dan quality pineng power bank

    ReplyDelete
  11. These are very nice power banks, the indicators on the front makes it look very nice.

    Congratulation on your purchase.

    ReplyDelete