~ Kengkawan ~

Monday 24 September 2012

Jika Engkau Bertemu .....?

Assalamualaikum,


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih dari darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku." 



Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."



Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak, dia tentu lebih baik dariku."  


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk (Na'uzubillah min zaalik)."

Friday 21 September 2012

Sore Eyes 5 Days Of MC Versi Baby ?

salam,

hye peeps...
korang mesti pernah dengarkan tentang sore eyes?
alah, yang budak perempuan Singapore Nur Feetri buat video pasal mata dia sakit dapat MC 5 hari tuu??


video nie lah dapat sambutan yang begitu hangat....haha
hangat sebab banyak yang kutuk budak Feetri nie...haha
antara LIKE and DISLIKE 
cik atynn tak cakap pun ramai yang tau lebih banyak DISLIKE daripada LIKE... kan??

haha...tapi cube kalau yang buat macam tu versi Baby pulak...
agak2 macam mane yee??


haaa, comel gila kan??
atoto ^_^

p/s : sekarang nie roomate cik atynn dah gila bergambar dengan kawan diaa....nasib baiklah cik atynn hari nie tak jadi photographer tak berbayar diorang sebab cik atynn de test esok...huhu...

thanks for reading :)

Thursday 20 September 2012

Study Week + Final Exam....

Assalamualaikum,

hye peeps...
lama betul  cik atynn membiarkan blog ini terbengkalai...hai, blog nie pun dah jadi macam "melukut di tepi gantang"...erkkk, apa kena mengena? =,=!

aisehh...cik atynn dah lame tak update blog and tak blogwalking sangat blog2 yang lain disebabkan kekangan masa...penat weyhhh...nie pun curi2 kejap update entry untuk readers semua kan...yelah, ada yang BW kat blog cik atynn tapiiii hangpa semua kecewaaaa sebab takde entry terbaru punn...atototoooo, ciannyee ~~ so now this entry for my blogger...*krik krik, krik krik, krik krik.... -,-*

actually, cik atynn baru jee melepasi tahap pertama zone kritikal... uish, busy bebenor cik atynn 1 week before study week nie... test, project marketing, quiz, hafazan, and so on...macam2 lagi lah...hari2 kena baca buku...

pusing kiri, pusing kanan pening kepala...bila asyik pusing je otak pening, mata dah juling >.< apa lagi kan...TIDUR LAH...hahaha...ehh, jangan salah sangka okay...cik atynn kadang2 tak tidur malam a.k.a overnight... =,=!...eh, bukan lahh...STAY UP !... baru betul....haha...cik atynn tak tidoq sebab nak study punya pasal...mana tak nya...hari nie test,esok test, lusa test, tulat quiz..quiz test...test quiz...dah macam2 dok sumbat dalam kepala otak nie...naik juling biji mate nie asyik dok bace buku jee...fakta, huraian statistik bercampur dengan account  bercampur dengan human mind plus2 pulak dengan economy dan marketing memang rojak habis...

tengah2 dok pikir jawapan boleh pulak keluar jawapan yang merepek2 disebabkan percampuran antara semua subjek...=,=!...nasib baik tak tulis kat kertas, jawapan yang merepek2, bercampur2 tuhh...segala-galanya bercampur baur bagai nasi ambeng...tetiba pulak perut rasa lapar malam2 camnie...hahaha...pantang cakap pasal makanan mulalah perut nie berkeriuk-keriuk...hua3

tu bukan lah topik utama kita ya tuan2 dan puan2...haritu semua subjek memang cari gaduh betullah dengan cik atynn...uishh...nie baru tahap pertama zone kritikal...belum lagi tahap kemuncak zone sangat2 kritikal...alahaiii...dapat rehat kejap jelah nie sebelum semua buku dan especially final exam datang menyerangggggggg !!! huarghhhhhhh..... cabut lariiiii !!!

SILA lari dengan penuh GAYA & SEMANGAT WAJA yee encik2, mis2, tuan2 dan puan2 sekalian....begitu caranya :p
lagi seminggu lebih dari sekarang final exam menjelang...huaaaa...baru ingat nak rilek2 goyang kaki, tangan, kepala ...*dah macam pop yeah yeah jee* *terencat pun ia jugak*... tak dapat pulak kann...adoiiii...takpe2...lagipongggg kejap jeee final exam...3 minggu jewww ponggg !...nanti dah habis final bolehlah cik atynn dok beristirehat, berehat dan berehat2 dirumah bersama family tersayang...atototo... :p

so, nie lah JADUAL EXAM cik atynn..sila2lah tengok yee...jangan malu dan segan ye kawan2...

1/OCT - BEL311 (9.00-12.00)
2/OCT - ECO162 (2.15-5.15)
4/OCT - CTU241 (2.15-4-15)
9/OCT - MKT243 (9.00-12.00)
16/OCT - QMT181 (9.00-12.00)
17/OCT - ACC116 (9.00-12.00)
*cik atynn malas betul nak buat timetable berkotak2 tuu...*

haaaa, amacam...ada gentar tak? waaaa, banyak subjek yang exam pagi...cik atynn berdebar betul...rasa seram sejuk jee...tak lama lagi parkinson lah tu kan...haha...apa2 pun wish me luck ok !



Thursday 13 September 2012

Home Remedies: Cara Nak Hilangkan Bintik Hitam...

salam,

hello peeps, 
cik atynn tau ramai yang mengalami masalah bintik hitam nie kan...haha...cik atynn sendiri pun mengalaminya...dan cik atynn taw yang masalah bintik hitam nie memang sukar nak di hilangkan...betul tak?


so, sekarang cik atynn nak berkongsi dengan awak semua tentang cara nak hilangkan bintik hitam dimuka menggunakan home remedies sahaja...tak susah pun...bahan dia pun senang nak cari dan sangat mudah..huhu..

kita hanya perlukan :-

Mr. Google
putih telur dan kapas sahaja...

ambil putih telur dari 2 biji telur...(kalau rasa membazir satu biji pun dah cukup)...mula2 rendamkan sehelai kapas ke dalam putih telur dan tampal pada bahagian muka yang ditumbuhi bintik2 hitam...biarkan hingga ia kering kemudia tanggalkan...Cuci muka hingga bersih dengan pencuci muka. Amalkan 2 kali seminggu...

*kalau nak tunggu dia kering biasanyalah dalam 1 malam*..pendapat cik atynn, kalau nak buat ini mestilah waktu malam...sebab boleh tidur sementara nak tunggu dia betul2 kering...lagipun sejuk je muka malam2 tu...haha...putih telur nie juga bagus untuk kecantikan kulit muka sebab dia mengandungi protein...

so, jangan lah risau...siapa yang agak2 tak boleh tahan dengan bau telur cik atynn sarankan banyak2lah bersabar jika nak lakukan seperti kaedah yang cik atynn syorkan ini...tapi cik atynn rasa bau telur tu takdelah kuat mana sebab kuning telur tu dah di asingkan...jadi jangan risau... :)

serius, betul2 berkesan...cik atynn sendiri pernah cuba dekat rumah...hasilnya amat menggembirakan... ^_^...anda cubalah sendiri yee kalau nak tau keberkesanannya...

SELAMAT MENCUBA !!

Wasalam...

Sunday 9 September 2012

Maafkan Jika Aku Tak Sempurna !!

Salam,

*buat readers kaki novel* (macam gua !)

Maafkan jika aku tak sempurna :(
wahh, agak gah jugak kan tajuk entry cik atynn kali nie...haha... cik atynn bukan apa...cik atynn juz nak berkongsi dengan korang semua espesially yang KAKI NOVEL *Gila Novel*...kalau Kaki Novel nie pergi MPH, Kinokuniya, Popular mesti rambang mata kan tengok novel yang ada kat sana...bukan sikit tapi berpuluh2 novel...boleh pengsan kalau dah obses gila bila tengok novel yang banyak macam tu...silap2 boleh pulak bentang tilam yang empuk dekat kedai buku tu kan...tidur bersebelahkan buku novel... *sila imagine  seperti benda nie betul2 real ok*...kekekekeke

cik atynn dah mula merepek nieee...haha... tapi siyus taw... cik atynn nie pun penggemar novel...kalau ada duit je, tengok novel yang best2 mesti beli...tapi koleksi novel cik atynn takde lah yang macam penggemar novel yang dah ber rak-rak buku novel...dalam 1 rak cik atynn yang besar tu baru rak yang atas jee yang penuh...haha...so, maknanya tak lah banyak sangat kan novel cik atynn... *ayat sadis* uhuk !...tapi sekarang nie cik atynn dah jarang beli lah...coz nak save duit untuk belanja makan kat UiTMNS nie...ahak !

okay, sekarang nie cik atynn nak promote korang yang kaki novel semua tentang novel Maafkan Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana...


okay, siapa yang pernah baca novel nie mesti tau kan novel nie best ke tak...tapi siyus...bagi cik atynn novel nie BEST GILA !!! ..jatuh cinta cik atynn dengan penulis dia...huuu o.O
*ada pulak orang yang jeles kang... ahak !* gurau jee...
maksudnya, cik atynn dah suka dengan penulis novel nie lah...udah gemar lee katekan...haha....
korang yang belum beli lagi novel nie sila2 lah beli...siyus korang takkan rugi kalau beli novel nie punya...silap2 korang pun akan jatuh cinta dengan penulis nie...hohoho

so, jom kita layan sinopsis dia duluu...


*****

Di saat itu...

Luqman : "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dengan awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la...."

Melina : Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh dengan tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga?


Di saat ini...


Luqman : "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."


Melina : "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."



*****

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


*****

p/s : sesiapa yang dah beli novel SWEET nie or bakal beli novel  nie silalah komen yeee :)
sekarang cik atynn tengah mencari buku WANITA YANG DIRINDUI SYURGA...tapi tak dapat lagi :(


sesiapa yang ada cadangan buku2 dan novel2 yang best boleh lah bagi tau cik atynn yee...cik atynn nie rajin dan suka membaca... ^_^

wassalam...

Thursday 6 September 2012

Cuti Raya Seminggu... ^_^

Assalamualaikum,

hye peeps.. sihat?
dah lama cik atynn tak update blog... awkward gila rasa...bukan cik atynn taknak update blog..just agak busy sikit bila dah masuk Uitm nie balik and kesihatan cik atynn tak berapa baik sejak cuti raya hari tu sampai sekarang...demam + selsema + batuk...huuu...:(... actually cik atynn nak kongsilah dengan korang semua apa yang cik atynn buat cuti raya selama seminggu nie...huhu...

oh, sebelum tu cik atynn nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55... Alhamdulillah, negara kita still aman dan damai ^_^

ok, first... 5 days before Aidilfitri... cik atynn balik KL...jenguk mak cik atynn...huhu...nak tau dia sihat ke tak? rindu cik atynn ke tak? ewahhh,, ngade2 pulak cik atynn nie...haha... but i very2 miss my mom... ALWAYS !...ahak :D

so, cik atynn nak bagi tau uolss yang cik atynn dapat kad raya comel dari ccicutedollylicious...baru 1 hari dok rumah peminat dah hantar kad raya kat cik atynn...haha..*perasannn !!*
nak tengok kad raya dia??
nie la kad raya yang comel tuu ^_^
i love this card... very2 cutee...^_^... serious, comel gila kad dia...thanks to ccicutedollylicious... 

so, sehari sebelum raya cik atynn balik JAYBEE..haha...(geli betul eja macam tuu :p)...cik atynn balik Johor Bahru...balik rumah ayah cik atynn and beraya dekat sana...haha... 

disini ceritanya BERMULA.....
cik atynn punya raya tak lah semeriah macam awak, awak dan awak... raya cik atynn very, very, very simple...and i don't believe it raya cik atynn kat johor se simple macam tuu...haha.. mesti korang pelik kan kenapa cik atynn cakap macam tu... sebab, nie first time cik atynn raya kat johor, rumah ayah... selalunya cik atynn just raya dekat kampung mak, kat Melaka... raya tahun nie first time raya rumah ayah...agak awkward jugak lah... whott whott~~

owhh, before that... cik atynn nak bagi tau yang cik atynn dah jadi MAKCIK...huuuu...sedihnyaaa... rasanya cik atynn dah tua dengan gelaran MAKCIK tuu...gila lahh...anyway, abang cik atynn no.2 baru tahun nie dapat anak...25.6.2012 haritu... comel sangat anak buah cik atynn tu... (macam makcik dia...haha :p)

shaking, pakai kamera phone jee...


dhea malu2 pulak..haha
nie lah anak buah cik atynn..nama dia sedap gilaaa...DHEA AFRIENA...haha...first time cik atynn dapat tau nama dia, cik atynn rasa nama tu macam glamour jee...kekekeke...so, bila dia da besar dhea kena lah panggil cik atynn MAK USU...waa, serious...rasa tua gilaaa...panggil MAK SU sudah...haha...nak panggil AUNTY pun rasa macam tua jee... eee, geli laa... dhea dah merubah segalanya...cik atynn hanya redha dan pasrah sahaja..haha...

owhh, mesti korang tertanya2 mana gambar raya cik atynn...gambar bersama family... actually, cik atynn takde pun gambar raya bersama family... dan cik atynn sendiri takde gambar raya...lupa nak ambil...sedih gilaaa...huuu :( nie je lah yang sempat diambil...

bersama abang no.3
hari raya pertama, cik atynn beraya dua buah rumah sahaja...rumah nenek belah ibu kat segamat dan rumah nenek belah ayah kat kg. baru, johor... tu jee...haha... then, raya kedua cik atynn tak pergi beraya pun...juz duduk rumah and malam tuu makcik iaitu adik beradik ayah datang rumah...meriah lah jugakk...haha...raya ke-3 pun duduk rumah jee.. mesti korang pelikkan kenapa cik atynn tak pergi beraya rumah orang...sebab, ayah cik atin cakap raya hanya sehari...iaitu raya pertama...dan raya bukan sebulan....yang sebulan tu bulan syawal...dan hari lain kalau kita pergi rumah orang itu dikira ziarah...bukan beraya... huhu...

raya ke-6 baru cik atynn keluar rumah...itu pun keluar pergi ziarah 1 rumah jee... rumah moyang cik atynn belah atok lelaki...belah ayah...huhu...*buat2 paham jela*...kekeke...

but yang menariknya, malam or sehari sebelum bufday cik atynn 25.8... cik atynn, ayah and ibu pergi jerat burung wak wak...untuk apa? untuk makan lahh...haha...kitaorang pergi jerat dekat rumah nenek belah ayah kat kg. baru...
korang taw tak burung wakwak nie burung apa?



haa, bagi mereka yang tak tau burung wak wak tu apa, nie lah burung wak wak tu... burung nie burung liar...so, agak susah nak tangkap dia...huhu...

nak tangkap burung nie pun ada taktik dia...iaitu kena tangkap waktu malam...waktu bulan tengah gelap..tak boleh tangkap waktu bulan tengah cerah...kalau tak burung tu nampak kita then dia lari...sia2 je tunggu... pastu, kena buat bunyi dia...ayah cik atynn ada kaset dia, but malam tu kitaorang lupa nak bawak...so, ayah juz pakai 1 alat macam seruling *mende tah nama dia -,-* untuk buat bunyi dia...cik atynn pun tak reti sangat nak guna bende tu...baik guna kaset je...senang...bak kata ayah cik atynn.."burung wakwak tu datang serah diri"...kita juz sediakan guni jee...haha...

then ke esokkan harinya, kiteorang pergi pasar...then cik atynn nampak lah ada orang jual kerang besar2...cik atynn tunjuk kat ayah cik atynn dengan penuh teruja...haha...then ayah cik atynn terus beli sebanyak 4kg..haha...


kerang nie lah ayahcik atynn beli smpai 4kg tu..huhu...apa, banyak? haha... rasanya 4kg tu macam banyak but sebenarnya sikit jee disebabkan saiz kerang yang besar nie...huhu... so, bila sampai rumah aktiviti memasak pun jalannn...haha...cik atynn dan ibu masak kari kapitan burung wakwak, kerang bakar dan sambal kerang...sedap...burung wakwak nie rasa dia lebih sedap dari ayam...walaupun kecik tp memang delicious...kata ayah cik atynn kalau makan telinga pun tak nampak...haha =,=!... kerang tu pulak isi dia dah tentulah besar2...agak liat2 sikitlah...part yang paling best waktu bakar kerang nie..cik atynn duduk dengan ibu cik atynn borak2 sambil tunggu kerang masak...bila dah masak apa lagi, belum sempat masak sambal kerang, cik atynn dah ngap dulu dalam mulut...hahaha...

then, keesokan harinya 26.8 cik atynn balik pilah...waa, memang rasa tak nak balik jee kat uitm nie...tapi nak buat macam mana kan...final exam dah nak dekat...kena balik untuk study jugak lah...huhu...

so, cik atynn nak berterima kasih kepada ayah, ibu dan kawan2 yang wishes my birthday... ^_^... dan cik atynn amat menghargai semua wishes from my family and kawan2 semua..

sampai sini sahaja coretan cik atynn buat readers semua...
ADIOS AMIGOS~~

Saturday 1 September 2012

Cuti Raya Seminggu...

salam,



apa yang cik atynn buat cuti raya selama seminggu??

nantikan sambungannyaaaa ........

teaser...

tungguuuuu ... (^_~)v