~ Kengkawan ~

Saturday 29 June 2013

Soalan cepumas dari adik sabghina ...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum... 

Ohoiiii. Dah lama cik atynn tak berblog. Bila tengok chatbox je cik atynn nampak lahh adik sabghina nie tag cik atynn. bukak2 je tengok ada rules segala bagai. Apa niee ? Motif ? Cik atynn pun merajinkan diri untuk baca and actually ia macam one game u know. Nak tau game apa ? Game kenakan blogger lain dengan soalan cepumas. Jom layann. Zasss ! Check it outt~~ :D

Rules : 
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question the tegger set to you
4. Create 11 new questions for those yoou want to tag
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post
6. Follow the tagger's blog
7. You are not allowed to tag back

Facts about me : 
  1. Suka dengar lagu and menyanyi.
  2. suka warna merah, hitam, pink and putih. And turqoise sekali.
  3. suka shopping or window shopping. 
  4. kalau stress suka makan banyak2.
  5. happy go lucky. ^_^
  6. Peramah tapi pemalu. Acano tu ? -_-''
  7. Suka layan cerita korea especially runningman.
  8. Buat kerja ikut mood.
  9. Saya minat Kim Jong Kook. bhahahahaha xD
  10. Sayang semua barang2 sendiri, tapi saya ganas terhadap barang2 saya. tskk T_T
  11. Seorang Muslimah. InsyaAllah :D

11 Soalan dari Adik Sabghina :
  1. Errr. Tah laa. Tak pernah jumpa. Comel kott. ^_^
  2. Blog cik atynn gabungan 2 warna. Pink and purple.
  3. Cik atynn memang suka and kuat makan. Makan apa2 je janji kenyang. hehehe.
  4. Dulu cik atynn peminat tegar heels. Tapi, sekarang nie suka pakai sneakers je. Mudah nak ke class.
  5. Pernah. Tapi bukan sebab cik atynn nakal. Tak tau motif kenapa cikgu tu rotan. Satu class pulak tuu. Pelik je. Haha
  6. Pelakon cik atynn minat...errr... sape yekk... Aaron aziz kot.. hahaha
  7. Suka and tak suka. Suka sebab sekolah best. Boleh bajet muda. Tak best sebab  kat universiti lagi best life dia :D
  8. Cik atynn tak mata duitan pun. Duit tu pinjaman semata-mata. Bukan boleh bawak masuk kubur pun. 
  9. Cik atynn suka blog yang simple, tak berat, tak serabut, warna cantik, comel, kawaii, gwiyomi... ekhh -.-
  10. Tinggi cik atynn 151 kot. Rendah je. :(
  11. Berat 39, 40, 41, or 42kg. Pilih mane korang nak. haha

11 soalan dari cik atynn
  1. Korang single ke double ke triple ?
  2. suka fashion tak ? jenis macam mana ?
  3. still belajar or dah kerja ?
  4. suka tengok cerita apa ? malay, hindustan , korea, jepun, or anime ?
  5. buah-buahan favourite korang apa?
  6. korang suka layan lagu tak ?
  7. korang suka warna apa ?
  8. Makanan kegemaran korang ?
  9. Blog korang jenis yang macam mana ?
  10. wwaktu sekolah korang minat subjek apa ?
  11. pernah ada crush tak ? :)

Mangsa di tag :
Nota Hati : Done jawab semua. Nak sambung study ^_^



Thanks for reading ^_~

Thursday 27 June 2013

Perginya Seorang Staff di UiTMNS


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...




Kuala Pilah: Seorang pegawai perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Pilah maut selain motosikalnya turut terbakar selepas berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 28.5, Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Kampung Ibol, Terachi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Abd Aziz Sabran, 35, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai menaiki motosikal Kawasaki Ninja 250cc ke tempat kerjanya di UiTM cawangan Kuala Pilah sebelum bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dari arah Kuala Pilah.

Akibat pertembungan itu, mangsa tercampak dan terseret beberapa meter, manakala motosikalnya pula terbakar akibat tangki petrol pecah dan menyebabkan mangsa melecur di pipi, dada dan paha.




Penduduk berhampiran yang juga saksi kejadian, yang enggan dikenali berusia 52 tahun berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Kampung Ibol, di sini.

“Saya terperanjat apabila terdengar dua kali dentuman yang kuat dari arah jalan raya di hadapan rumah.

“Saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring kaku di jalan raya bersama sebuah motosikal yang terbakar. Beberapa minit kemudian, anggota bomba tiba ke tempat kejadian bagi memadamkan api,” katanya.


Sementara itu, penumpang kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger itu, Rosliani Singgah, 26, berkata ayahnya Firdaus Singgah Sulim, 57, dalam perjalanan untuk menghantar dia dari Kampung Langkap, Tanjung Ipoh, di sini, ke tempat kerja di Klinik Kesihatan Terachi. “Sebelum kejadian, lorong sebelah kanan (arah Seremban ke Kuala Pilah) agak sesak sedikit. Saya melihat penunggang motosikal itu cuba memotong kenderaan yang berbaris panjang sebelum memasuki lorong kami dan bertembung.

“Ayah cuba mengelak tetapi tidak sempat sebelum kenderaan ayah mengheret motosikal lelaki terbabit dan pada masa sama, api mula menyambar motosikal,” katanya yang masih trauma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintandan Azmi Abd Rahim mengesahkan kejadian itu.


Nota Hati : Semua yang hidup pasti akan mati. Arwah adalah seorang doktor yang bekerja di Unit Kesihatan di tempat cik atynn belajar. Arwah seorang doktor yang sangat baik. Setiap kali cik atynn kena buat medical check up, Arwah yang biasanya check cik atynn. Allah, namun sekarang beliau sudah dipanggil kembali oleh pencipta Kita. Takziah kepada keluarga Arwah. Banyakkan bersabar. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Innalillahiwainnailairojiun... :'(







Thanks for reading ^_^

Sunday 23 June 2013

Malam Nisfu Sya'aban

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Nota Hati : Marhaban ya Sya'aban =D


Thanks for reading ^_^

Jerebu dan Project MGT300

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Waaa, seriously. Makin stress nak buat kerja. Dah la sekarang dekat UiTM nie pun dah mula jerebu. Kalau jalan kaki pergi fakulti dah sah2 kepanasan disebabkan haba jerebu. Berpeluh mengalahkan orang bersukan. Sekarangpun cik atynn dah start pening2, nak dekat sakit tekak, and selsema. Malam2 tidur pun terganggu sebab kegatalan hidung. tskk T_T tu disebabkan jerebu ke ?

Awal2 masuk semester nie dah dapat 1 project yang perlu disiapkan dalam tempoh 4 minggu. Okay, i know, kalau nak buat project memanglah susah sikit kan. Adalah sikit problem yang cik atynn asyik dok fikir je. Kalau macam tu cik atynn cerita sikitlah tentang project apa yang cik atynn kene buat. Manalah tau ada yang sudi nak menolong cik atynn memberikan apa2 pendapat yang berkaitan dengan project cik atynn nie kan. Hehe. Disebabkan jerebu yang makin menebal nie, tahap pemikiran pun makin lemah sebab asyik hidu asap jerebu je. Mane nak keluar idea tuu. -_-!

 For your information, project cik atynn nie untuk subjek Information Technology in Business. So, project cik atynn pun mestilah tentang business kan. Cik atynn kne buat satu business online dan menjual apa2 sahaja produk. Markah akan dikira dari segi kualiti produk, kualiti blog, kualiti syarikat, presentation and bla bla bla. Banyak sangat. Malas nak terangkan. hehe. 

So, masalahnya sekarang cik atynn tak tau nak jual apa. tskk T_T kalau nak jual baju, mesti budak perempuan dah ramai kan yang akan buat product jual baju. Tak nak ah same dengan diorang. Nanti tak special -_- Nak jadi wedding photographer, macam banyak sangat yang kena buat. Waa, seriously, cik atynn tak tau nak jual apa nie. Korang ada idea tak nak bagi kat cik atynn nak jual apa ? and sesuatu idea yang berkaitan dengan perniagaan online. Apa2 je idea yang bernas dan dirasakan munasabah.

Kalau korang baca entry nie, kalau korang ada idea, bolehlah tolong cik atynn apa yang patut. Cik atynn manalah pernah buat blog tentang perniagaan online. setakat buat blog yang sekarang nie pun tak lepas nak design dia inikan nak buat blog perniagaan online. Huuu, Sesiapa yang sudi membantu dari segi idea atau pendapat, cik atynn ucapkan ribuan terima kasih. Nanti kita belanja KFC keyh. Kita camping di tengah2 kehabaan jerebu nie. haha. *justkidding*

Nota Hati : Semoga jerebu nie cepat berakhir dan idea untuk membuat projek akan datang. Semoga Allah menurunkan pertolonganNya dan mempermudahkan segalanya. InsyaAllah. Amin... :D


Thanks for reading ^_~

Saturday 22 June 2013

Segmen Doodle Comel by Fizgraphic

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


sapa nak join click >Sinie< :)
Nickname : Fatin Nabihah
Warna doodle : pink purple ^_^

Tag :Alia Az


 Thanks for reading ^_^

Friday 21 June 2013

Powerbank PINENG dari The Faiz Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...

Eeeeee, seriously. Cik atynn tak sabar2 nak update entry yang kali nie taw.. Nak tau kenapa? korang dah baca belum entry Eh, Bungkusan Apa Nie ?. Okay, ini adalah sambungan entry yang sebelum ini. Seriously, excited tak habis lagi nie disebabkan bungkusan tu. haha. 

Gold ? What is that? 
Cepatlah bukakkk !!! *Sila abaikan gambar pada akhbar itu*
TADAAAAAAAAAA!! MY PINENG Powerbank :)
ZOOM sikit. Fuiyoo, Berkilat tuhh !! 
 Sebenarnya, ni first time cik atynn beli secara online. Sebelum nie cik atynn tak pernah beli barang secara online. Sebabnya, cik atynn banyak dengar cerita kalau beli online nie akan ada yang customer order lain, dapat barang lain, Customer kena tipu, Barang rosak, beli baju saiz S then baju tu terlampau kecik, and bla bla bla yang sama waktu dengannya. So, i decided taknak beli barang secara online. Takut makk !

But, one day, cik atynn terlihat gambar Kak Dena Bahrin dekat instagram dia tentang powerbank nie. So, first2 tu macam tak berminat jugaklah. Anyway, bukan tak berminat. Tapi tak nak ambil tahu sangat lah. Then, another day cik atynn godek2 blog Kak Irine Nadia ternampak lah entry dia tentang Powerbank Satu Keperluan. And cik atynn terbaca dari blog Yuyu Zulaikha dalam entry Kesejahteraan Handphone. OMG !! Dah tiga orang yang retis2 gitew pakai brand powerbank yang sama. Cik atynn pun macam eksaited gilaa. Nampak sangat cik atynn telah tergoda oleh mereka kan. tskkk T_T. Then tanpa membuang masa cik atynn terus google, blogwalking, faceboking, instagraming and twittering orang yang jual powerbank nie. kahkahkah. Nampak macam psyco kan?! -_- Akhirnyaa, jumpa The Faiz Ibrahim. Yeayyy !!

Sebelum cik atynn nak beli, cik atynn fikir jugaklah, "perlu ke aku beli bende nie?" "Tak membazir ke nanti?" *sighh*. Susah nak buat keputusan. Tapi bila terpandangkan handphone Samsung SIII Mini cik atynn yang sangat cepat kehabisan bateri, cik atynn pun fikir dengan sedalam2nya. Okay, cik atynn memang kaki game and my handphone penuh dengan game. Haha. And lagi satu cik atynn kalau keluar berjalan memang akan tangkap gambar banyak2 and dengar lagu. And memang sah2 lah kan bateri tu akan cepat mampus. Bila cik atynn nak ambil gambar lain je bateri akan mula berbunyi2. Seriously, spoil gilaa. -.-!

Bila dah tahap tergoda nie, cik atynn pun belek2 price dia. Cik atynn tengok price dia pun boleh tahan tau. Nak tau berapa? kenalah usyar2 sendiri. Hahaha. Tak surprise lah macam tu kan. Tapi, seriously, murah dari powerbank yang lain and this powerbank is very high quality and 100% original. colour dia sangat metalic and exclusive. Powerbank nie ada colour gold, grey, silver and blue. Semua warna cantik2. Rasa macam nak beli semua je buat koleksi. Ahh, tergoda sungguh ! O_o

So, Tadi baru cik atynn dapat post dari The Faiz Ibrahim. Cik atynn alamatkan terus ke UiTM cik atynn. Yela, dah masuk sem baru nie, memang susah sikit nak balik rumah kan. Haha. Biasalah, kalau nak amek post kat uitm nie kena pergi kat tempat sekian sekian kan untuk tuntut post tersebut. Then, abang nie pulak bagi post tu dia macam hentak sikit  kat atas meja tu. OMG. Faint sekejap. -.- "Abang oiii, dalam tu powerbank lahh. Janganlah letak macam tu. Nanti rosakk !! -.-" Hanya mampu berkata dalam hati.

Then, balik rumah bukak bungkusan perlahan2 and main snap2 gambar. Biasalah, orang eksaited -.- haha. And powerbank nie dia bungkus dengan 3 helai surat khabar yang besar tu. *Padanlah tebal semacam je* Kerisauan disebabkan oleh abang tadi terhentak sikit bungkusan tu dah hilang sikit. Fuhh. The Faiz Ibrahim sangat mementingkan kepuasan customer dia. And now, im very satisfied with the services. Jom layan gambar powerbank dibawah. Check it out :)


Cik atynn beli yang 11200mAh. See, cable2, wayar and ape tah yang ada sekali dalam kotak powerbank ini. Dengan membeli powerbank ni, semua jenis handphone dari yang lama termasuklah yang baru boleh digunakan untuk mengecas. Owh, kamera, mp3, iphone, ipad and pape je korang boleh cas dengan menggunakan powerbank PINENG ini. Owh, jangan jeles. The Faiz Ibrahim bagi saya handphone Sony Ericson Xperia percuma. huahuaha. Lepas nie mesti ramai yang berpusu2 ke page The Faiz Ibrahim untuk order Powerbank nie semata2 nak dapat phone free. haha *justkidding*. Haa, nampak tak kertas kat atas tuu? Itu adalah kertas Q&A (Question & Answer) dari The Faiz Ibrahim tentang powerbank PINENG nie. Soalan2 yang biasa customer tanya jika ada sesuatu yang pelik dengan powerbank nie. Kalau nak tau apa yang pelik kenalah beli dan baca sendiri.


 Owh, ini adalah macam free gift dari The Faiz Ibrahim. Bag untuk letak powerbank and plug 3 kaki. Nak tau kenapa dia bagi plug 3 kaki nie ? Tengok bawah.


Disebabkan produk PINENG nie dari china, so, plug yang dia bagi tu ada 2 kaki je. Dan dua kaki dia tu berbentuk pelik dan tidak pernah digunakan oleh orang malaysia. huahuahua. So, dengan kebaikan The Faiz Ibrahim untuk customernya, dia berilah benda alah plug tripodstand nie kepada customer dia.  Baikkan The Faiz Ibrahim ?? ^_^


Eh, Ada bulan lahh kat meja tuu. Bulan jatuh ke meja -.- mihmihmih. Actually, nie bukan bulan. Tapiiiiiii


Torchlight. Haa, mane ade powerbank yang ada torchlight macam nie. Bagus tau bila powerbank ada torchlight nie. Mane lah taw rumah kita blackout ke kan. Tak de la susah nak mencari lubang nak cas handphone kat powerbank nie. Cara nak on dia mudah saja. Tekan button ON selama beberapa saat sehingga powerbank on. Lepaskan Button itu. Dan tekan dua kali lagi sekali button ON. Tadaaaaaaaaa, Torchlight dah berjaya dihidupkannn :)


See, Samsung SIII Mini sedang di cas oleh PINENG powerbank. And the lastly, powerbank nie akan tertutup sendiri bila dia dah habis cas handphone korang. Ini bagi mengelakkan overcharge pada handphone. Pandai powerbank ini. *Clap clap clap*

Okay, itu saja entry kali ini. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Powerbank PINENG dari The Faiz Ibrahim or nak order powerbank nie bolehlah ke page beliau.

Website : TheFaizIbrahim.com
Facebook : The Faiz Ibrahim

Ha, apa lagi yang korang nak. Yang lain macam instagram or twitter cari sendiri. Hahaha. Lastly, *dari tadi lastly lastly, tapi tak habis2 jugak -.-* Thanks to The Faiz Ibrahim menjual produk yang sangat best ini. Dan service dia sangat TipTop. So, kalau korang takut nak beli online powerbank nie, cik atynn cadangkan beli dekat The Faiz Ibrahim nie. Korang akan berpuas hati dengan service yang diberikan. Kalau korang takut jugak, try tengok feedback dari customer yang beli powerbank nie. Semuanya berpuas hati dengan powerbank dari The Faiz Ibrahim nie. Serious, korang takkan rugi punya. Thumbs up. ^_^

Nota Hati : Lepas nie tak perlu risau nak pergi mana2 sebab gold powerbank PINENG dah ada. :) 

Panjanglah pulak entry niee -_-?!


Thanks for reading ^_~

Eh, Bungkusan Apa Ini ?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum...


 Kalau korang nak tau bungkusan apa yang cik atynn dapat, nantikan entry terbaru cik atynn. Zasss !!

Nota Hati : Happy.. Alhamdulillah ^_^


Thanks for reading ^_~

Monday 17 June 2013

Blog Saya Dah Sunyi ?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, semua blogger yang dikasihi sekalian.


Hikhikhik... okay, pembuka kata yang amat mengada2 -.- Anyway, lately nie cik atynn jarang update blog. Rasa sunyi je blog cik atynn. Korang perasan tak? Orang yang selalu stalker, silent readers etc mesti perasan kan? Eceh, Perasan bebeno hang atynn. Macam lah ade orang yang care sangat pasal blog kau atynn. mihmih.

Cik atynn sekarang dah jarang update sebab usually idea tu keluar secara tiba2. Dan apabila cik atynn berada di depan laptop, secara tiba2 itu juga idea hilang entah ke mana. Oh, pleasee pulang kembali !! -_-?

Then, kalau cik atynn tengah berfikir tetibe idea datang je untuk mengarang di blog tercinta cik atynn akan catat di mana2 kalau tajuk dia sesuai dengan 'naluri pembaca'. Ewahh !! Tapi, bila nak start menulis je mesti tak taw nak tulis apa. And the same thing happens to me. Bukan sekali. Tapi berkali2. Kalau dah karang dalam suku ayat pun mesti otak tetibe blur and tak tau nak sambung ayat apa. Sadis :'(

Okay, biasanya blogger2 yang rajin mengupdate blog mereka adalah blogger yang time dia tulis tu dia akan tulis apa yang terlintas kat otak or hati dia and bila dah habis memerah otak berfikir, mereka akan terus publish. kan kan kan? Lain blogger lain cara dia. I know.

 Tapi cik atynn dah try buat macam tu. Kalau tajuk dia pasal haiwan first and second perenggan je cakap pasal haiwan tu. Third paragraph mesti tetibe keluar cerita pasal  makanan pulak, lepas tu kenderaan, lepastu tetibe keluar pasal cinema. Bila cik atynn rasa pelik, cik atynn mulalah berfikir "Apa kena mengena haiwan dengan kenderaan and cinema? Rasanya macam takde kena mengena dengan apa yang aku nak cerita nie." Serious, ini selalu terjadi kepada cik atynn. Inilah yang berlaku kepada orang yang selalu overdose berfikir. hehehe. So, thats why la cik atynn jarang update blog sekarang. Blog nie pun sunyi je. Takkanlah bila nak update je asyik nak mengopy cat je dari blog orang lain je kan. Kang tak pasal2 kena condem !

 Cik atynn tak suka sangat buat macam tu. Cik atynn suka bila karya (ecehhh, karya) cik atynn ada orang baca walaupun entry tu tak seberapa sebab itu pun dah memberi kepuasan kepada cik atynn sebab berjaya mengharungi badai untuk memerah idea mengupdate entry baru sendiri tanpa mengopy cat dari mana2 blog. Alahaiii. Nak buat blog nie macam diary hari2 tulis pun macam awkward jugak sebab tetibe nanti jadi hot tak memasal kan. Setiap satu minit je nak update. Kucing kita tengah poop laa. Tadi lecturer marah kita laa. Nenek tu tengah ngorat jiran sebelah la. Omg ! retis iolls sangat uolls -.- 

Apa2 pun cik atynn amat berterima kasih kepada blogger2, stalker2, dan silent readers semua yang sudi jenguk, singgah, ziarah di blog  cik atynn yang tak seberapa nie (Kalau nak dibandingkan dengan blog korang yang meletop2 bak retis tuu :( .). Thanks sangat2. Nanti kita belanja makan kenny rogers roaster keyh. Hikhik ;)

Nota Hati : Okay, dah dapat beberapa idea untuk dibuat tajuk dan entry baru. Hope tak hilang idea dan semangat sewaktu menulis. And semoga entry cik atynn dapat memberi sesuatu kepada pembaca diluar sana. InsyaAllah :)


Thanks For Reading ^_~


Sunday 16 June 2013

15 Maksiat Yang Akan Diturunkan Bala

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, kepada semua blogger yang dikasihi sekalian :)



Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3) Zakat dijadikan hutang.

4) Suami memperturutkan kehendak isteri.

5) Anak derhaka terhadap ibunya,

6) Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7) Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8.) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11) Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12) Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13) Para artis-artis disanjung-sanjung.

14) Muzik banyak dimainkan.

15) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (H.R Termizi)



Thanks for reading ^_~

Wednesday 12 June 2013

Perhatikan Sejadah Anda !!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, blogger2 yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Cik atynn dapat lagi menaip blog terchenta untuk kongsikan sesuatu dengan rakan2 blogger semua. Okay, tadi cik atynn ada belek2 FB kan. Biasalah, nak pergi class tapi terlajak tidur. Dan akhirnya tak pergi. Mihmihmih -.- So, tengah cik atynn baca status orang cik atynn nampak gambar nie.


korang tau tak nie gambar apa? Nie adalah gambar sejadah yang ada corak ba alif ba ya di atas sejadah itu. Menurut orang yang menjumpai gambar yang dipostkan oleh kawannya di Instagram.........

*****
Tengah belek2 Instagram smlm, terhenti bila nampak post dari kawan saya, Ecah. Astaghfirullaha lazim.. Menurut Ecah, terganggu solat dia bila dia dapati ada gambar berbentuk kepala ba alif ba ya atas sejadah yg dia gunakan sebagai alas utk solat di masjid. Kesimpulannya, jd lah pembeli/ pengguna (secara umumnya) yg sensitif dan peka dgn keadaan sekeliling supaya kejadian sebegini tak berlaku lagi.
*****

So, kepada pembeli dan pengguna sekalian. Dan juga blogger2 sekalian. Kalau nak beli sejadah, perhatikan corak sejadah tu betul2 sebelum membeli. Perhatikan pada corak sejadah kot2 ada corak yang bersimbol pelik2 je kan. Jadilah pengguna yang bijak. Kita umat Islam memang agak mudah ditipu oleh orang yang memusuhi Islam kalau kita tak peka dengan benda yang kecik2 dan besar sebegini. Itu sahaja yang cik atynn nak share dengan korang semua.

Nota Hati : Cepat2 tengok corak sejadah kalau2 ada corak yang pelik2. Alhamdulillah takde. Semoga Allah melindungi kita. InsyaAllah :)


Thanks for reading ^_~

Tuesday 11 June 2013

Panduan Mudah Buat Pemakai Hijab

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, semua rakan2 blogger yang dikasihi sekalian.

Rasanya dah lama benar cik atynn tak update blog since cuti semester yang lalu. Yeah, tepukan gemuruh buat diri sendiri sebab menahan nafsu dari berblog dengan begitu lama. Ihik -.-  Last update pun yang pasal Komander Kesatria Endurance Challange (KKEC). Korang dah baca ke belum? Hikhikhik. Memang biasanya cik atynn akan jarang update blog ataupun takkan update langsung blog waktu cuti semester. Biasalah uolls. Rumah takde internet wireless berbayarkan. Memang macam tu. Takkan hari2 nak untungkan tauke Cybercafe tu. Sejam pun rasa macam membazir duit je kat tauke tu. Kalau dikira sedekah macam mana pulak? Okay, tu bukanlah tujuan utama cik atynn menulis blog nie.


Nie dah lama dah kejadian nie berlaku. Cik atynn ada belek2 satu majalah dan ada satu tajuk menarik. Tajuk dia sama dengan tajuk iolls kat atas tu. Hikhik -.-! So, cik atynn nak share uolls dekat rakan2 blogger kat luar sana. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Kankankan?? Dah lama sebenarnya cik atynn nak update cuma malas untuk menaip macam karangan je. So, check it out ~ ~

Ehem ! Anyway, ramai yang berpendapat mengatakan rambut lebih mudah dijaga apabila seseorang memakai tudung. Tapi, sebenarnya apabila seseorang wanita itu bertudung, kita akan lebih sukar untuk menjaga rambut. 

Cuci Rambut Setiap Hari.

Sesetengah orang berpendapat, lebih baik jika cuci rambut setiap hari sekiranya bertudung kerana peluh akan menyebabkan rambut lembap terperap lama dalam tudung boleh meninggalkan bau yang kurang enak ya ibuk ibuk sekalian. Faktor ini yang menyebabkan ramai wanita yang terdorong untuk bersyampu setiap hari.

Sebenarnya, tak salah untuk bersyampu setiap hari tapi kenalah kena dengan caranya uolls. Cuci rambut bukan hanya dengan sekadar bersyampu dan membilas sahaja. Ia lebih daripada itu. Penting bagi kita untuk  mengetahui cara yang betul kerana tinggalan sisa syampu dikulit kepala akan menyebabkan masalah kelemumur... yang teruk (penambahan) -.-

Bersyampu setiap pagi bukannya bagus. Membiarkan rambut dalam keadaan lembap dan diikat sebelum mengenakan tudung adalah tabiat yang tidak baik. Selain masalah rambut berbau, masalah rambut 'berbuah' juga akan terjadi. Penggunaan pengering rambut juga adalah tidak elok sebenarnya.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan mencuci rambut setiap tiga hari sekali. Waktu yang dicadangkan adalah pada waktu petang selepas balik dari kerja, kuliah dan sebagainya. Malahan, jika korang nak bersyampu setiap hari sekalipun, inilah masa yang sesuai. Korang boleh mengambil masa yang lama untuk mengeringkan rambut korang. Elakkan membalut rambut dengan tuala dalam tempoh yang lama. Sebaik baiknya biarkan dalam tempoh 15 minit dan kemuadian korang keringkan dengan membiarkan ia terurai dengan bebas. Sekian...

Nota Hati : Sharing is Caring uolls.


Thanks for reading ^_~