~ Kengkawan ~

Saturday 18 January 2014

Menjelajah ke Gua Batu Maloi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Dah masuk tahun 2014. Mungkin sudah terlambat untuk cik atynn ucapkan. Tapi takpe lah. Semoga tahun yang mendatang nie akan menambahkan segala amal ibadat kita kepada Allah swt. Dan kepada sesiapa yang ada azam and wishlist 2014, harapnya semua itu akan tercapai. :)

Dah lama cik atynn tak mengarang dalam blog nie. Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan pun sebelum nie. And kebetulan balik uitm lepas cuti tahun baru tu, wifi rosak. Agak lama jugak la wifi rosak, and sekarang baru okay balik. Alhamdulillah, sekarang dah boleh buat kerja yang melambak !

Wishlist cik atynn untuk tahun 2014 nie nak buat aktiviti lasak, outdoor activities. Tak kesah la panjat gunung ke, masuk gua ke, apa ke. But awal tahun baru, wishlist cik atynn dah dapat dicapai. Alhamdulillah *Asalbahasaberbelit-belit?*

11/01/2014 (sabtu) cik atynn dan kawan2 yang lain pergi masuk gua. Gua mana? Gua batu maloi dekat jelebu kot. ke tampin? tampin kot. entah. ahaha. Kami gerak dalam pukul 8 lebih macam tu dari uitm kuala pilah. And kami masuk gua dalam pukul 12 tengahari. waktu pergi tu of course la ada guide suma kan. And ada beberapa orang lagi group. Seriously, gua nie best sangat. Pergi kering je baju masing2. Balik je semua basah lencun. haha.

Nie memang aktiviti outdoor pertama cik atynn masuk gua. Before this tak pernah pun cik atynn masuk mana2 gua. And ternyata memang best ! Nak tunggu next trip untuk ke gua lain pulak. InsyaAllah. Korang yang tak pernah masuk gua or tak pernah buat aktiviti outdoor nie kena la cuba. Memang best aktiviti outdoor nie. Banyak lagi aktiviti outdoor cik atynn yang tak tercapai macam panjat gunung semua. But insyaAllah, satu hari nanti cik atynn akan buat jugak. InsyaAllah.

Alhamdulillah, Allah swt bagi cik atynn peluang untuk join aktiviti macam nie, sebab nie minat cik atynn. Okay laa, penat dah berkata2. Jom layan gambar kami :)










Banyak lagi gambar sebenarnya. Cuma malas nak upload. Lambat -_- So, kepada sesiapa yang teringin nak masuk gua, cik atynn cadangkan pergilah ke gua batu maloi. Sangat best !

Nota hati : Salah satu wishlist 2014 dah dapat dicapai. InsyaAllah, kalau panjang umur nak buat lagi aktiviti  macam nie. :)


Thanks for reading ^_~