~ Kengkawan ~

Thursday 28 February 2013

"Saya Islam Tapi Saya Gay"

Assalamualaikum ♥


Homoseksual iaitu hubungan seks antara lelaki dengan lelaki. Homoseksual adalah perbuatan yang menyalahi fitrah, kerana sesungguhnya Allah menjadikan berahi yang normal itu adalah berahi antara lelaki dan perempuan. Maka perbuatan homoseks adalah sungguh-sungguh suatu keingkaran yang keji terhadap fitrah manusia dan keruntuhan akhlak yang sangat rendah. Homoseksual merupakan perbuatan keji yang dimurkai Allah. Sebagaimana yang dicontoh oleh Allah di dalam Al-Quran tentang kehancuran umat nabi Luth a.s. disebabkan mengamalkan perbuatan homoseks.

 Mengenai perkara ini Allah SWT berfirman maksudnya; “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”. (Asy Syuraa ayat 165-166)

*****
Fahamilah perbualan yang korang akan baca selepas ini dan renung-renungkanlah.

Another current issue yang memang dah lama aku cuba nak ketengahkan. Tapi maklumlah, dengan orang-orang yang kononnya bijak pandai ni bukan mudah nak lawan. Kena bagi yang kaw-kaw baru kasi dia terdiam. Orang macam ni dia rasa dia menongkat langit. Rasa dialah paling cool dengan buat semua benda tak senonoh tu. Padahal pada hakikatnya, mereka belum kenal bagaimana hebatnya KUASA ALLAH SWT. Bila dah tersungkur, baru kau tahu erti penyesalan....Korang baca dan nilaikan sendiri, betapa bangsa kita memang dah hancur dan menuju kemusnahan....

"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"

Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah (dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"

Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang.

"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"

Anda keliru?

Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.

Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"

Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.

Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.

"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"

Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya.

"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"

"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"

Saya padamkan rokok yang dihisap.

"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas".

"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"

Dia terdiam seribu bahasa.

"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami".

Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.

"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".

Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.

Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar? Hampeh !!

Seriusly, aku respect 5 bintang pada Bro Adam Vai ni. Golongan ni nak kita hormat mereka sebab hak kebebasan asasi yang mereka manipulasi tu. Tapi macam mana dengan hak asasi kita? Hak asasi agama kita, bangsa kita. Cakap jelah memang nafsu kau tak dapat kawal. Tak payah nak berdolak dalih. Cukup!

*****

Bila baca cerita kat atas cik atynn teringat tentang kaum Nabi Luth a.s. Kaum mereka dilaknat oleh Allah swt disebabkan perbuatan Homoseks ini.

Allah SWT Berfirman : 

“Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu? * sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”

Daripada Ibnu Abbas.sabda Nabi s.a.w....“Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)

 Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW...“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada dijelaskan: “Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu ada yang bertanya; “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Baginda menjawab; “Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)”. (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi) 
Nota Hati : Apa nak jadi lah dengan manusia zaman sekarag nie. Cakap main sebarang cakap je. Tak pikir dulu. Mengaku islam, tapi gay ! Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah swt. sekarang bolehlah cakap tak kena balasan apa2 lagi. takkan nak tunggu balasan Allah baru nak sedar, baru nak taubat? Fikirlah guna otak, bukan guna nafsu ! (maaf jika cerita diatas ada ayat yang kurang enak dibaca)

Gadis Remaja 17 Tahun Hilang !

Assalamuualaikum 


Hilang!!! | Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. 

Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC, Tawau ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. 

Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terima kasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua - Ayuf Abd Rahman

Nota Hati : Marilah kita sama2 membantu keluarga Nadzirah ini. Walaupun tidak dapat membantu dengan kudrat dan tenaga, Bantu dengan menyebarkan berita kehilangan adik Nadzirah nie pun dah memadai. Semoga adik Nadzirah selamat dan kembali kepangkuan keluarga. Sama2 kita doakan keselamatan adik Nadzirah :)

Tuesday 26 February 2013

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Assalamualaikum ♥


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 

PERHATIAN : App Ayat Al-Quran Palsu di Telefon Pintar Anda.

Assalamualaikum ♥


Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share. Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Nota Hati : Macam2 cara sekarang  orang kafir nak keliru dan sesatkan umat Islam. Umat islam di luar sana diminta supaya lebih berhati2 apabila meng 'download' App Al-Quran di telefon bimbit pintar anda. 



Thanks for reading. Sharing is Caring ^_^v

Monday 25 February 2013

Kantung Janin Yang Masih Dilindungi

Assalamualaikum ♥


Wahai Sahabat...

"Gambar yang disertakan menunjukkan bayi yang baru saja lahir berserta kantung air ketuban yang masih dalam keadaan baik. Begitu menakjubkan ciptaan Allah S.W.T :)

Gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana Allah Azza Wa Jalla menjadikan lendiran-lendiran ini sebagai wakil (pelindung) dari seorang janin tatkala ia berada di dalam kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa-siapa melainkan Allah Azza Wa Jalla.

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kepada Allah Azza Wa Jalla, bayi tidak mampu berbuat apa-apa dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan apapun, untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tapi A
llah Azza Wa Jalla Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dikirimlah malaikat penjaganya.

Gambar yang cukup mengkagumkan dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan dan kuasa Allah Azza Wa Jalla.

Itulah kekuasaan A
llah Azza Wa Jalla. Subhanallah, Allahuakbar ^_^


“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”

(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Nota Hati : Tinggal lagi sebulan lebih je nak Final Exam. huuu T_T

Saturday 23 February 2013

Kenali PMS ??

Assalamualaikum ♥

hye peeps. Holla, holla holla ~
 New entryy ! Tak payah nak new entry sangatlah atynn oii. -.- Hari nie tetibe pulak mood gatal nak menaip cik atynn datang kan. Walaupun idea tengah kosong nie, tapi cik atynn tak peduli. Tulis je la apa yang terlintas kat hati nie kan. Ha, tu lah yang dikatakan Hasil penulisan yang ikhlas dari hati kan. haaa, giteww uollsss *tangan di bahu mata ke atas* :p

So, tajuk utama cik atynn hari nie adalah PMS. Ha, korang tau tak apa maksud PMS? Eh, bukan Pertandingan Masak Satay lah ! -.-'' Tapi Pre Menstrual Syndrome. Dalam bahasa melayunya 'Sindrom Pra Haid'. Dah lama cik atynn nak kupas mengenai  tajuk nie. Eh, ingat nie bawang ke nak main kupas2 -.-'' Tapi baru sekarang tangan mengada2 nak menaip. haha. 

Watch out !
Ha, yang perempuan mesti dah sedia maklum kan mengenai PMS nie? hehe,malu lahh itew nak ceritaa ~ *lempang muka berkali2* okay, dah baik dah. So, yang perempuan, taknak lah perempuan, nak wanita, ayu sikitkan. Hahaha, So, bagi yang wanita kebiasaannya beberapa hari sebelum kedatangan haid mesti agak sedikit pemarah kan. Asyik nak marah2 je. orang buat itu salah, buat ini salah. Adik datang mintak tolong ajar pun kena marah. ada je tak kena. Orang tu tak buat salah pun dikira salah. Sikit2 nak Marah, marah, marah! Emosi je lebih. *Ya, itu berlaku dekat saya -.-'*

Ketahuilah Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya.

Tanda2 anda PMS ialah :-

1.  Emosi tak menentu.

Korang mungkin akan jadi sangat emosi. Kejap happy, sedih, gelisah lepas tu rasa geram and nak marah orang je. Orang tu tak buat salah pun korang nak sentap tak tentu pasal. Kadang2 bende yang kecik pun boleh jadi sebesar2 isu yang boleh di debatkan. Lepas tu korang akan rasa macam nak nagis. Perkara remeh pun akan menyebabkan korang menangis. Then, tetiba happy tak memasal. kan? Haha, ingat lagi dulu someone kena dengan cik atynn time dia datang pilah nak jumpa dengan cik atynn. Kesian dia, dia tak buat salah pun and malam tu dia nak sambut bufday cik atynn and dia belikan kfc untuk cik atynn. Tapi, hari yang patutnya happy jadi macam angin lalu jee. Muka takyah cakaplah. Berkerut habis Senyum pun sekejap je. Macam tak ikhlas. Then, tetibe jadi cengeng tak tentu pasal kan. tskk T_T Esoknya terus minta maaf berkali2 kat si dia. Nasib baik si dia paham. TQ. hehe

2.  Selera makan bertambah & Mengidam !

Korang akan tetibe je berselera makan. Makanan tak sedap pun korang bedal. Apa yang ada depan mata semua ambik masuk pinggan. Sebelum nie kalau makan setengah pinggan tetiba je tambah nasi sampai 3 pinggan kan. Mak mentua lalu belakang pun tak nampak kan. Haha. Ha, yang nie memang betul pun. Tapi kalau tak disebabkan PMS pun memang selera makan cik atynn hari2 sama je. Tetap banyak kan. Hehe. Ha, yang part mengidam nie pulak dah macam orang pregnant kan. semua dia teringin nak makan. Nak makan bukan yang biasa2. Nak2 mintak 3 mangkuk lagsane, speghetti bolognese, pizza hut. Melampau betul kan. Tu okay lagi. Nak nya dia mintak paku, besi, batu semua naya je. Haa, amek kau. Tak melopong mulut tu? hehe. Mana berat badan tak bertambah. Baru je ingat nak diet kan. Korang jugak mungkin akan mengidam benda yang masam atau manis.

3.  Sakit di sesetengah tempat

Ha, yang nie orang perempuan faham lah kan. Biasanya dia akan sakit di pinggang. Lagi2 kalau first day datang. Lenguh je memanjang lagi2 time berdiri. Kalau boleh dalah seminggu tu nak baring je kat katil. Haha. Then diikuti sakit perut yang amat sangat. Senggugut dalam saintifik sainsnya adalah DYSMENORRHEA. *sejak bila budak business pakar dalam sains nie?* Bukan sesungut okay ! tu ayat cover. Ada certain yang sakit sikit dan sakit sekejap je. *macam saya* Ada certain pulak yang kena sampai menggigil2 dan tak boleh bangun. Dia kena baring dan tidur je. Tapi bagi kami wanita nie normal la bende tu.

4.  Tahap konsentrasi yang lemah. 


Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas. Nak buat tu malas nak buat nie malas. Yelah, dah takde mood kan. Nak buat apa semua malas. Sampai jadi pemalas. ekh -.-??

5.  Timbul Jerawat.

Yang nie satu problem. Kalau waktu2 macam nie lah dia sebok nak menonjolkan dirikan. Kalau diri tu kecik tak pe jugak. Nie, dah la besar kena pulak setempek dekat muka. Orang tengah Bad mood bertambah2 bad mood dengan munculnya jerawat yang tak diundang nie kan. Mau hari2 pakai sabun papaya tenyeh2 kat muka nak bagi dia kecut dan hilang. huhu. -.-

Antara tanda-tanda yang lain :-

  • Abdomen rasa penuhhhh, rasa bergas.
  • Abdomen rasa bloating
  • Breasts tenderness
  • Clumsiness
  • Sembelit atau cirit birit
  • Food cravings
  • Headache
  • Less tolerance for noises and lights
  • Confusion
  • Difficulty concentrating
  • Fatigue
  • Feelings of sadness or hopelessness (See also: Premenstrual dysphoric disorder)
  • Feelings of tension, anxiety, or edginess
  • Forgetfulness
  • Irritable, hostile, or aggressive behavior, with outbursts of anger toward self or others
  • Loss of sex drive (may be increased in some women)
  • Mood swings
  • Poor judgment
  • Poor self-image, feelings of guilt, or increased fears
  • Sleep problems (sleeping too much or too little)
  • Slow, sluggish, lethargic movement

Sebab PMS ?

  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.

So, lastly jom kita layan video Kak Maria Elena nie. Tentang Pre Menstrual Syndrome. Memang kelakar dan itulah hakikat yang terjadi kepada mereka yang bergelar wanita ^_^





Nie kenapa cik atynn tetiba story pasal PMS nie? Entry kali nie hanyalah untuk menambah pengetahuan disamping berkongsi ilmu dengan rakan2 wanita dan gadis seperti saya. *sila muntah hijau sekarang* So, sesapa yang dah baca dan nak kongsi pengalaman, amatlah dialu2kan dan dipersilakan komen anda dibawah entry ini. hehe

Nota Hati : "Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita." (Direkodkan oleh Bukhari)
Thanks for reading ^_^v

Thursday 21 February 2013

SEGMEN : FOLLOWING IS SIMPLE

Assalamualaikum ♥

Hari nie cik atynn nak join segmen dari Miss NR


Click ~SiNi~ untuk join.

Thanks for reading ^_^

#Siri 2 : Buku "BB1M"

Assalamualaikum ♥

Kalau hari tu cik atynn dah kongsikan buku apa yang cik atynn beli kan ---> click >SiNi< Sekarang cik atynn nak bagitaw buku apa lagi yang cik atynn beli sempena BB1M. 

1. Aku Terima Nikahnya

  
Ditulis oleh Hasrizal Abdul Hamid. Buku ini mengisahkan kehidupan peribadi beliau di alam rumah tangga.

Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Harga : RM20.90

2. Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik


Buku ini ditulis oleh Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Buku ini disusun berdasarkan kitab kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca.

Mungkin anda tidak pernah baca, mungkin juga anda tidak pernah dengar tapi... INI IALAH KISAH BENAR !

Harga : RM26.00

3. Amalan 24 Jam Wanita Haid


Sinopsis : Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah keatas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan IMAN. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat.

Oleh sebab persepsi yang mengelirukan ini, aktiviti mereka hanya berkisar pada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Walhal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Benarkah dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita dalam keadaan haid? Buku ini akan merungkaikan semua persoalan untuk wanita :)

"Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita." (Direkodkan oleh Bukhari)
Harga : RM6.50

4. Istikarah Cinta


Ditulis oleh Ummu Anas. Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar. Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, sehingga kadangkala terlupa, itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa. 

Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannnya, apabila dia sujud...
Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikarah...
Istikarah hati mendebungakan cinta dan menemukan jawapan...
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi.

Harga : RM12.50

5. Aku Bercerita


Dah lama cik atynn nak beli karya Ramlee Awang Murshid nie. Novel dia berunsurkan thriller dan lain daripada yang lain. Antara novel lain termasuklah Ungu Karmila, 9 Nyawa, Mikhail, Rayyan Fantasi, Sunan Musaffir, dll. Memang dah lama cik atynn nak beli buku hasil penulisan Ramlee Awang Murshid nie tapi novel cintan cintun lebih mengaburi mata dari novel nie. Haha. So, akhirnya dapat juga cik atynn beli walaupun ini adalah novel pertama Ramlee Awang Murshid yang cik atynn beli. huhu

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Harga : RM25

6. Jodoh Itu Milik Kita


Novel nie cik atynn beli sebab macam best je. Dan pakai ambik je. hehe. Berkisarkan pada sinopsis ini, dia agak menarik juga sebab Dahlia yang terpaksa menikahi abang kepada Syafiq, tunangnya yang melarikan diri pada hari pernikahan mereka. Aariz yang terkejut dengan permintaan ibunya terpaksa bersetuju dengan cadangan itu semata-mata untuk menjaga maruah semua pihak. Bermula lah kehidupan dua insan yang tidak pernah menyangka bahawa mereka akan bergelar suami isteri dalam sekelip mata. Mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai suami isteri walaupun janji telah termeterai bahawa mereka hanya bersahabat sahaja. Tanpa disedari akhirnya perasaan dan hati masing-masing telah terbiasa dengan suasana kehidupan mereka. Sedang elok mereka cuba untuk menerima kehadiran masing-masing, Syafiq kembali untuk menuntut haknya dengan menyatakan Dahlia adalah miliknya yang telah dirampas oleh Aariz. Apakah pengakhiran cerita ini?? Nantikan....

"Dahlia...dia isteriku, yang menghadirkan senyuman dan tawa riang dalam hidupku. Dia jugalah wanita yang mengajarku tentang cinta." - Aariz Danial

"Aariz Danial...dia suamiku, pemilik tulang rusukku. Juga pemilik hati dan jiwa ragaku." Dahlia

Harga : RM26

Nota Hati : Lagi RM100. Nak beli text pad dan alat tulis banyak2. hehe


Thanks for reading ^_^

Tuesday 19 February 2013

Sadis : Kes Penderaan Kanak-Kanak

Assalamualaikum ♥

Hye peeps.
hahahaha *tetiba gelak -.-* Baiklah, sekarang nie kes penderaan kanak2 makin lama makin berleluasa. Tak paham cik atynn apalah yang digeramkan sangat dengan budak2 yang belum mumayyiz dan tak tahu apa2 tu sampai nak dera mereka teruk2 tanpa sebarang belas kasihan. Tak tahu nak nilaikan samada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk nie binatang or apa. Maaf, bukan nak bersikap kasar. Cuma cik atynn tak puas hati dengan mereka2 ini sebab menjadikan kanak2 ini sebagai medium dan tempat untuk melepaskan amarah mereka. Binatang pun tahu sayangkan anak ! Ini adalah antara kes2 penderaan kanak2 yang berlaku di Malaysia.

First Case

seperti kena kapan
Cerita tentang kisah nie dah lama dah. Sekitar dalam akhir bulan disember 2011. Tapi cik atynn nak cerita jugak. Kejadian nie berlaku di sebuah taska iaitu Taska Kota Masai. Allahuakbar! Hati mana yang mampu menahan bila melihat keadaan anak-anak yang di dera dan dizalimi sebegini rupa! Ibu bapa menghantar anak-anak ke pusat taska dengan harapan agar anak-anak di jaga dengan baik sementara ibu bapa keluar mencari rezeki, namun ini rupanya yang berlaku. Ada ke patut manusia yang berhati kejam seperti ini mengikat bayi seperti ini dan menampal mulut mereka dengan plaster. Kenapa? Mereka taknak bayi itu merangkak2 dan menangis? dan mereka malas nak menjaga bayi tersebut. Kalau malas nak jaga kenapa buka taska? 

Dari senarai taska berdaftar di JKM Johor ada satu taska yang seakan-akan nama sama. Adakah ini taskanya???
TASKA Permata DuaNo. 2, Jalan Pulasan 30, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang

 Second Case


Ha, ingat lagi tak dengan cerita yang hangat habis nie?? Seorang ibu tergamak mendera dan memukul anaknya. Di tepuk2nya kuat2 kepala budak tu, dicubit-cubit badan budak tu, ditendangnya dan budak tu juga dipukul dengan bantal oleh ibunya sendiri. Aksinya dirakam oleh seorang wanita. Wanita itu cuba untuk menghalang ibu nie, Tapi gagal. Maka, dia terpaksa rekod senyap2 dan tunjukkan kepada polis. Sekarang nie anak dia orang lain yang jaga. Kesian budak yang masih kecil tu. Trauma dengan perbuatan mak dia. Sampai sekarang ada orang nak pegang pun dia menangis. Apa punya mak lah macam gini. Kalau marah sekalipun, janganlah buat anak tu macam tu. Ditampar2 nya budak tu. Budak tu nak pergi dekat dia pun dia tolak2nya budak tu. Tah angin meroyan mane yang masuk dalam badan perempuan nie gamaknya cik atynn pun tak tahu lahh. Tergamak buat anak dia macam tu. Takkan sifat kasih sayang seorang ibu takde langsung waktu buat anak dia macam tu?? -.-

Third Case


Nie cik atynn tak paham. Kejadian nie Berlaku di Taman Bukit Minyak Indah, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Disebabkan satu keluarga menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan untuk menghalau hantu, 7 ahli keluarga iaitibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia menghempap atau menindih atas badan kanak2 itu sehingga kanak2 yang bernama Chuah Wan Xuan itu mengalami sesak nafas. Okay, nie cik atynn tak berani komen lebih2 sebab cik atynn tak tahu tentang ritual2 nie semua. Pelik je sebab ritual tu je seorang kanak2 mati dan seluruh keluarga kena tahan dengan polis. 

And, Kes Terbaru, 2013


Mesti ramai dah tahu dan dah tengok video baby Mohamed Hareez yang berusia 4 bulan yang telah dilambung dan dicampak oleh pembantu rumah yang pysco tu. Dia ingat baby Hareez tu anak patung yang boleh kau lambung2 and campak sesuka hati. Kau ingat budak tu tak sakit ke? Kau nak tau macam mane budak tu sakit? Meh sini aku lambung2 kau lepas tu campak dari tingkat 21 umah aku. Ha, takut tak dengar?? Maaflah, emosi sangat nie. Sebenarnya cik atynn tak tengok lagi video tu disebabkan line wifi yang macam siput sedut nie -.- Apalah salah baby Hareez tu sampai kau kerjakan budak tu macam tu sekali? Ya Allah. tskk T_T 

Nasib baiklah CCTV tu bersambung dengan Telephone Pintar. Kalau tak...tak tau lah apa akan jadi. Mesti parents baby Mohamed Hareez trauma dengan kejadian nie. Difahamkan...baby Mohamed Hareez mengalami kecederaan dalaman selain dari bengkak dan lebam. Ya! Allah...kesiannya. Semoga Baby Mohamad Hareez cepat sembuh dan kecederaan dalaman nya tak serious. Dan semoga kembali active seperti sedia kala.

Comelnyaa :D
--> PILU… Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA

*****
Pembantu Rumah Disyaki Lambung Bayi Ditahan Reman 
KUANTAN, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA

Dan sekarang nie Amah tu dijatuhka hukuman penjara 20 tahun !
*****

Tak sanggup cik atynn nak tulis banyak2 pasal kes penderaan kanak2 yang tidak berdosa ini. Apa salah mereka sampai mereka dibuat seperti boneka tak bernyawa? Cik atynn sekarang susah nak percaya dengan segelintir orang yang menjaga kanak2 ini macam pembantu taska, orang gaji dll. Di dalam mahupun luar negara.

Nota Hati : Hati mana yang tak tersentuh melihat perbuatan kejam segelintir manusia terhadap kanak2 yang tidak tahu apa2 tentang dunia ini. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas perbuatan mereka. :'(

Thanks for reading ^_^

Buku untuk First Baucer RM50

Assalamualaikum ♥

Hello peeps.
Hari nie memang tetiba terasa rasa pulak kerajinan nak menaip satu entry. Kalau sebelum nie cik atynn manusia yang paling liat nak menaip entry yang merapu2 nie sebab ilek (takde) idea. Ha, kalau idea tu ada pun mesti akan lupa. Dia macam datang dan pergi takkan kembali. Touch n Go ! *apa kena mengena -.-?*

So, kerajinan yang membuak2 ini semua disebabkan oleh Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Jangan tersilap baca ok. Bukan BBM (Blackberry messanger). Tapi BB1M. Almaklumlah, orang tak pakai Blackberry memang macam nie kan. BB1M pun nampak macam BBM. Ha, tengok. dah melalut sampai ke paris dah nie. Lain yang cik atynn nak cerita lain pulak yang ditaip. Aishh, nakal betul tangan nie. Babap dia -.-

So, cuti CNY hari tu cik atynn tak kuar pun pergi ke MPH, Anugerah Bintang POPULAR and the last KINOKUNIYA Jepun -.- alah, memang tak keluar rumah pun. Baucer tu pun macam terbengkalai melayan hati dia sendiri sebab tuan dia nie asyik mengadap laptop tengok Setia Hujung Nyawa dengan Citer Korea  God of Study. Ehem, nak dimaklumkan saya nie bukan peminat tegar korea. Lee Min Ho, Kim Jong Kook, Jong Ki tu saya kenal la. *Mereka enchem ^_^* 

Dah masuk 3 perenggan baru nak cerita pasal buku yang kau beli ke fatin?? Haih~ sekarang nie kat UiTMN9 nie de buat pesta buku sempena BB1M.  So, cik atynn pun dengan rela dan terpaksa hati kena jugak lah keluarkan baucer tu. Nie bukan kes kena paksa. Cik atynn tak tau nak beli apa sebenarnya. haha. Hati berbelah bagi giteww uolsss. *tangan dibahu mata keatas* Kalau tahun lepas cik atynn dapat voucher g borong novel banyak2. Haha. Tapi tahun nie cik atynn ada anjakan paradigma ke atas diri sendiri. Buku yang cik atynn beli adalah buku :-

Buku pertama


Buku nie ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar. Tajuk buku nie yang membuatkan hati cik atynn tergerak untuk beli. Dan sesapa yang beli buku nie dapat menyumbangkan sedikit sumbangan untuk mengumpul dana pembangunan dan pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.

Harga : RM30

Buku ke-2


Buku nie ditulis oleh Imam Rofi'ie HN. Buku nie cik atynn selak2 pun best jugak. Tentang ramalan Rasulullah yang mula menjadi kenyataan.

Harga : RM10

Buku ke-3


Buku disusun oleh Mohd. Aiman Az Zuhairi.

Harga : RM10

Mai pakat2 guna voucher beli buku yang saya cadangkan ini. Terpulang pada readers semua nak beli buku yang mana. Ini cuma cadangan. Hehe. Jumpa dientry selanjutnya. Selamat Membaca

Nota Hati : Lagi RM200 voucher nak beli buku apa ekh? esok nak borong lagi lah. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ♥

Motivasi Pagi Untuk Seorang Pelajar :)

Assalamualaikum ♥

Hye peeps :)
 yeahh, dipagi yang indah nan syahdu dan baru saja subuh tadi hujan turun di bumi Allah swt ini menjadikan pagi ini sangat segar bugar. Terima Kasih Ya Allah. Syukur padaMu ^_^ disebabkan class cik atynn ditunda dari pukul 8 ke pukul 10, so sekarang adalah masa untuk menulis blog yang omey nie -.- Anyway, perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk para pelajar amatlah dinanti2kan oleh setiap manusia yang bergelar student. Ewah. Sejak dua menjak nie bahasa daku semakin bersastera. kekekeke. Ye, samalah macam cik atynn. Seorang pelajar haruslah mempunyai disiplin, jati diri, dan Jika kau fikirkan kau boleh. ehh?? nie bukan lagu ke? Dah lama pulak rasanya cik atynn tak melalut, merepek, meraban kat blog nie kan. So, Sebelum diri ini melalut kepada perkara2 yang pelik tapi benar korang bacalah cerpen, cerita, motivasi, Anjakan paradigma untuk pelajar2 -.-? macam 'Saya'


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

Nota Hati : Ye, cik atynn pun ada jugak akan cakap macam perkara diatas. Huuu. Memang beracun pada diri sendiri :'(

Selamat Pagi Semuaaaa ♥