~ Kengkawan ~

Monday 2 December 2013

Destinasi Bajet - Teluk Kemang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Entry kali nie cik atynn nak update pasal vacation 3hari 2malam cik atynn ke teluk kemang bersama dua lagi sahabat cik atynn. Kak izni dan juga adam. Cerita nie dah basi sebenarnya. Boo cik atynn booooo ~~ But, cik atynn nak cerita jugak pengalaman pertama cik atynn vacation bersama sahabat cik atynn. Sharing is caring kann :)

Lepas je habis final exam, kami tak balik rumah. Sebabnya kami nak tunggu sehingga latihan Jambori komander kesatria. So, kami berkampung di uitmns. Dan juga kami menyambut raya aidiladha di uitmns. Sangat sedih waktu tu. *Kedengaran lagu dendang perantau - P.Ramlee* :'(

Sebenarnya, percutian nie kami dah lama rancang before final exam lagi. Nie adalah rancangan cik atynn sebab ingatkan nak pergi vacation sensorang. Then, sahabat cik atynn nie bising sebab perempuan nak pergi vacation sensorang. Tu yang jadi pergi bertiga tu. Kebetulan kak izni yang duduk terengganu tu tak balik jugak. So ajakla dia sekali.

Lepas sehari hari raya , kami bertolak dari kampus uitmns seawal 7 pagi. Naik teksi dari uitmns sampai pekan pilah RM12, and dari pekan pilah kami naik bus ke seremban RM4.50 (Seorang). Sampai di Seremban dalam pukul 9 lebih macam tu la. Tak hengat pukul berapa. Haha.

Kemudian, dari seremban nak pergi port dickson naik bus dalam RM4 (seorang). Tak jauh pun dari seremban ke PD. Dalam 1 jam perjalanan je. Sampai di station kami naik teksi ke hotel mesra dalam RM12. Sampai je dihotel mesra dalam jam 10 pagi camtu. Tak ingat pulak pukul berapa. Haha. Tapi memang dalam pukul 10 lebih la.

Before this, kami dah booking hotel mesra nie melalui phone. And tempah 2 bilik dalam RM200+. But sampai sana kakak tu cakap kena bayar RM340. What, terkejut jugak waktu tu. But terpaksa bayar jugak sebab dah booking kan. Malas nak bertekak kat situ. Tapi still okay la sebab kami pilih 2 bilik RM340 kan untuk 3 hari 2 malam.

Sampai je kat bilik semua terbongkang. Kepenatan sangat. So, kami decide nak pergi laut lepas asar dalam kol 5 camtu. Sebabnya waktu tu cuaca agak panas. Lama lah jugak duduk terperap kat dalam bilik tu. Lepas asar, tu kami bertolak pergi laut. Oleh kerana kami nie pergi vacation takda transportation, so, pergi laut kena jalan kaki 5 minit. Seriously, macam advanture vacation waktu tu.

Petang tu kami tak mandi pun. Juz tengok2 je laut. Lagipun, air tengah pasang time tu, so laut macam kotor sikit. Dalam pukul 6 lebih kami bertolak balik hotel. Lepas asar kami turun makan malam di kedai bersebelahan dengan hotel. Still not bad.

Keesokan harinya, dalam pukul 10 lebih kami pergi ke laut untuk mandi manda. Yeay, air tengah surut waktu tu. Seriously, sangat cantik alam ciptaan Allah swt. Subhanallah :) sangat heaven dapat mandi laut time tu. Waktu tu kami dah tak fikir sunburn. Yang penting dapat enjoy and release tension after final exam.

Kami berkampung kat situ, berkelah sampai pukul 3.30 petang. Beli makanan semua dekat situ. Walaupun cuaca panas, tapi tetap tak dapat mematahkan semangat nak mandi laut tu. Dah lama Dah lama tak jadi macam budak2 kan. Haha. Waktu tu macam2 keletah kami.

Pukul 3.30 kami balik hotel. Rehat sampai malam after isyak and keluar makan. Keesokkan harinya, dalam pukul 10 kami dah check out dari hotel. Terasa waktu percutian agak singkat waktu tu. But its okay, sebab masih dapat melihat alam ciptaan Allah swt. Mengagumi ciptaanNya. Subhanallah. :')

with kak izni :D



Adam Poyos. Hahaha :p
Tenang dan cantik. Subhanallah :)
captured by Adam...
Syukur dengan ciptaan Allah yang sangat cantik. Subhanallah :)
Kenangan di Teluk Kemang ^_^

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat sampai kembali di uitmns. Walaupun ada sedikit masalah, tapi itu tidak dapat menghalang perjalanan kami. 

Thanks kak izni dan adam. Menjadikan vacation tu lebih seronok dan bermakna buat kita. Semoga ukhuwah persahabatan yang dibina, tidak berakhir disitu sahaja. Semoga ukhuwah persahabatan yang terjalin sehingga ke jannah Allah swt. InsyaAllah. Segala kenangan akan terpahat di hati ini. InsyaAllah :)



Thanks for reading ^_~