~ Kengkawan ~

Saturday 31 August 2013

Debat Wanita Bertudung VS Tak Bertudung

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum :)


Seorang perempuan yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah membalas komen Lia tu. 



Muslimah : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Muslimah : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Muslimah : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Muslimah : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Muslimah : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Muslimah : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Muslimah : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Muslimah : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Muslimah : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Muslimah : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Muslimah : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Muslimah : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : .....................................

Muslimah : Sekadar renungan kita bersama :) 


Nota Hati : Hidayah Allah perlu dicari. Ia takkan datang dengan sendirinya. :D


Thanks for reading ^_~

Tuesday 20 August 2013

CCRIS Terhadap Peminjam PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


SATU LAGI PROJEK MENJERUT RAKYAT (20 Ogos 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai bulan ini. DPPM menganggap tindakan terbaharu kerajaan ini sebagai zalim kerana akan menggelapkan masa depan peminjam khususnya dari golongan generasi muda. Apakah ini hadiah paling berharga dan mahal bagi kerajaan terhadap rakyatnya khususnya golongan muda yang memberi undi kepada mereka dalam PRU ke 13 yang lalu?

Kerajaan bersikap tidak prihatin dan menunjukkan belas kasihan khususnya kepada golongan generasi muda. Kebanyakan anak muda pada hari ini terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan bukan semua yang bertuah mendapat kerja. Ada kalangan graduan yang tidak bekerja tetap selama bertahun-tahun lamanya atau bekerja dengan pendapatan yang rendah dan di bawah kelayakan akademik mereka. Dengan hutang PTPTN yang masih ditanggung, mereka juga mempunyai komitmen lain seperti mahu berkeluarga, rumah, kenderaan, ibu bapa dan lain-lain yang mesti diselesaikan.

Melaksanakan sistem ini bererti menyenaraikan golongan ini sebagai senarai hitam di Bank Negara dan secara automatik peminjam tidak layak membuat pinjaman dengan bank untuk apa juga urusan seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain lagi. Jika cadangan ini dilaksanakan, golongan muda akan lebih menderita untuk menampung kehidupan mereka yang baru bernafas di alam realiti setelah tamat pengajian.

Sepatutnya kerajaan menunjukkan jalan keluar dan bersimpati terhadap golongan muda yang sedang terkial-kial mencari kehidupan. Generasi muda perlu dipandu, dibimbing serta diberi peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dan kaedah terbaik membayar PTPTN secara ansuran dan mengikut kadar kemampuan mereka.

Tindakan kerajaan menggunakan CCRIS berkemungkinan melanggar akta PTPTN sendiri kerana senarai hitam (blacklist) tidak diperuntukkan di bawah Akta PTPTN. Ini berbeza dengan tindakan menyekat peminjam yang gagal melunasi PTPPTN ke luar negara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22A Akta PTPTN.

Dalam keadaan hutang syarikat gergasi yang dimiliki oleh kroni pemimpin tertentu seperti Eric Chia sebanyak RM 2 bilion, konglomerat Tajuddin Ramli sebanyak RM 580 juta, hutang Datuk Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM 250 dibayarkan atau ‘bail out’ oleh kerajaan, mengapa hutang peminjam PTPTN begitu diteliti sehingga sanggup memburu mereka dengan tindakan yang begitu agresif? Apakah kroni pemimpin negara yang jumlahnya beberapa kerat itu lebih bernilai dari jutaan rakyat yang hidup merempat di bumi mereka sendiri?

Jika beginilah dasar kerajaan, ia menunjukkan wajah sebenar pemimpin negara terhadap rakyat. Ketika rakyat dirayu, ditatang, dijulang dan di sogokkan dengan pelbagai hadiah menjelang PRU ke 13, rakyat itu pula diratah dan di dimamah sehingga menderita selepas mereka mendapat undi rakyat.

DR RAJA AHMAD AL HISS

Nota Hati : Malas nak cakap lebih2. Tak pasal2 jadi popular pulakkan. Harapnya projek nie tak jadi lah sebab kesian kat student yang pinjam PTPTN tuu. (Tak paham dengan pentadbiran sekarang nie -_-")



Thanks for reading ^_~

Tudung Labuh..??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Ambil ikhtibar sayang-sayangku semua berdasarkan entry ini :) 


SITUASI ZAMAN SEKARANG..

Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"

"Amboi, labuh benor tudung alim dah dia sekarang ye??"

" Dia tu ustazah sekolah mana erk?"

" Anak jiran kita tu belajar sekolah agama kat mana? Sekolah pondok ke?"

" Sejak bila pula si A ni pakai tudung labuh?"


 Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan?? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. ::

*Orang Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik Tetapi Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Menutup Aurat .

*Tudung Labuh itu bukan milik USTAZAH. Actually, milik MUSLIMAH. Muslimah yang solehah. Solehah itu bukan diwarisi, kita kena cari..

*Pakai tudung labuh tak wajib . . tapi melabuhkan tudung itu wajib !

~Saya Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..
Awak Kena Faham ...
Saya Nak Bagitau Umum ...

Bahawa Saya Bertudung Labuh Adalah Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..

Saya Nak Bagitau .. Bahawa Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !

Saya Nak Bagitahu .. Yang Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~

Dan Orang Seperti Saya Tak Layan Gangnam Style , Harlem Shake Dan Yang Paling Terbaru GWIYOMI
# Terlalu Terikut Dengan Budaya Luar ..

Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..

Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh

Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ... Kerana Saya Tahu ..
Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat

Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..

Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan Dosa Kerana Berpakaian Seksi .. Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..

Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???

" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''
Kenapa perlu disalahkan TUDING bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..?? 
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya.., 
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..

p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN....

Orang pakai purdah ke niqaab ke tudung labuh ke , bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang .. bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang .. bukn nak habaq kami wanita Syurga sayang ..
Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil .. Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH .. 
Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah .. Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu? Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..

Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yg SEBENAR hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?
Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami? Semua orang pun boleh sayang .. Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya .. 
Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA , memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai .. tak ada orang nak halang .. Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang .. Jangan kita susahkan .. 

-------------------------------------------------------------------------------------

PERSOALANNYA.. ADAKAH SEMUANYA BENAR??

Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?

Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan wanita yang dianggap kurang solehah?

Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?

Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan geng-geng khemah dan payung terjun sahaja (maknanya tudung labuhlah, sebab depa punya tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ?

Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.

Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.

Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang

Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)

Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh baq hangggg!
Takut aku.

So macam mana?
Muslimah please

Give your own true story

To prove to everyone including me
That
I am tootally wrong.

Will read with pleasure

Berukhuwah kerana Dia, bukan memandang pemakaian semata-mata. Lain orang, lain penceritaannya. Jangan pula memandang mereka yang baru nak berubah ni dengan pandangan tak baik. Hanya Allah yang layak menghakimi seseorang. Sebagai hambaNya, kita wajib mengajak seseorang kepada yang makruf(baik). Dakwah secara lembut itu lebih indah. Wallahu'alam.

Wanita yang betul-betul solehah, boleh masuk dengan semua jenis orang, boleh sebarkan cinta kepada semua wanita lain tanpa membuatkan orang lain rasa janggal dengan dia. Wanita yg betul-betul solehah juga akan really make effort untuk menyampaikan dakwah kepada wanita lain dan bukannya berada dalam kelompok usrah mereka sahaja tapi turun berdakwah dengan kelompok yang sangat memerlukan pengisian rohani.
Bertudung singkat ke tudung labuh. Mengikhlaskan hati dan cuba sedaya upaya utk istiqomah dalam beribadat.

Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..

Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram 
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.

Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??

Wallahu a'lam..


Thanks for reading ^_~

Wednesday 14 August 2013

Pendapat tentang Mat Luthfi masuk gereja dipagi raya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt :)

Haa, pagi raya hari tu Mat Lutfi telah mencetuskan kontroversi dengan masuk gereja dipagi raya. So, ramailah mereka2 yang mengkomen yang negative and berbentuk sarcasm. Ada juga berfikiran positive. Walauun cerita tu dah lama, tapi kita kena betulkan balik pemikiran mereka yang bersikap negative itu. betul tak? kalau tak, mereka akan tetap ditakuk lama. tak berubah dan tidak cuba untuk berubah dan tidak cuba untuk memahami keadaan yang sebenar.

 Dah baca entry ini? -----> Mat Lutfi Masuk Gereja Di Pagi Raya? So, I decided untuk tanya pendapat sahabat cik atynn, Faris. Thanks to Faris sebab sudi memberikan pendapat dia. Cik atynn pun setuju sangat dengan pendapat dia. hikhiks :)


- PENDAPAT FARIS -

Assalamu'alaikum wbt, 

Mat Lutfi masuk gereja di pagi raya? my opinion? There's nothing wrong with that. Masuk je la, aku siap pernah lihat org azan kat dalam gereja, ok je, teharu aku. masa kat dalam gereja tu, tak kisah la nak buat apapun, janji tak buat perkara yg dilarang oleh Allah swt. adab pun kenalah jaga, kerana iaanya melambangkan agama kita.

Plus, org pi masjid pada pagi raya pun sebab nak solat raya secara berjemaah, pastu dengar khutbah raya. tambhan, lagi baik kalau solat kat padang or tanah lapang kerana ianya sunnah. kita kenalah juga tahu yg solat sunat raya aidilifitri itu adalah sunat muakkad, tak nak buat pun takpe, tapi dalam islam amat digalakkan utk melakukannya berbanding sunat-sunat biasa.

So, utk kes mat ni, biarlah dia nak masuk gereja pada pagi raya ke, petang raya ke, malam raya ke pun takpe. tak kisah. Rasanya dia tak buat perkara terlarang pun kat dlm gereja tu, tambahan dia mungkin melakukan sesuatu yg baik utk diri dia, org sekeliling dia dan demi agama dia. kalau pasal isu solat sunat raya pula, boleh je dia nak solat secara berendirian kalau tak dapat nak solat berjemaah di pagi raya, senang, simple, mudah je..., kenapalah rmai org suka peningkan kepala diaorg..adoi.. '. walauapapun,, Good job to mat!haha. dapat rasa satu pengalaman yg baik.

akhir sekali, aku akan ckap, Kepada sesiapa yg suka menghukum org dengan sesuka hati tanpa tahu perkara yg sebenar...hentikanlah perbuatan tersebut, berhati-hatilah... azabnya seksa kerana memfitnah.

itu sahaja... :)

Nota hati : Cik atynn suka bertukar pendapat dengan orang lain especially sahabat cik atynn. Dengan bertukar pendapat, kita boleh mengetahui cara pemikiran seseorang :D



Thanks for reading ^_~

Tuesday 13 August 2013

Mat Lutfi Masuk Gereja Di Pagi Raya

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum...

wah wah, Gambar Mat Luthfi lawat gereja di pagi raya telah mencetus kontroversi dikalangan peminat2 Mat Luthfi nie. Tadi cik atynn tengah blogwalking terbacalah entry di sini. Dan dengan pantasnya cik atynn mencari fesbuk mat luthfi nie. First things yang akan cik atynn buat baca caption mat luthfi nie and cik atynn akan baca komen2 dibawah. Banyak komen yang positive and ada juga yang memberi komen negative dan berbentuk sarcasm. Memang typical malay suka benda kontroversi macam nie kan ??


Inilah gambarnya

Tidak beraya di masjid pagi ini kerana ada site visit di sebuah katedral milik Anglo-Katolik. Mak cik ni jemput datang Ahad nanti untuk ceramah dan muzik.

"We welcome everybody. Doesn't matter who you are."
"So does my religion." :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf zahir batin.

Ini adalah caption yang ditulis oleh mat luthfi di gambarnya. Menurut Matlufti, dia hanya melakukan site visit ke gereja tersebut untuk tugasan beliau. Selain itu dia juga dijemput untuk melakukan ceramah pada ahad nanti. Disebabkan perkara ini ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan mat nie. Dia dikatakan berbangga bergambar dalam gereja. Hello Malays. Please open your mind. Perlu ke mat luthfi nie besarkan caption dia supaya orang lain terang2 baca apa yang ditulis oleh mat nie. Or perlu tak mat luthfi nie tulis penerangan panjang2 untuk menyatakan maksud caption dia tu. You all dah besar panjang kan. Boleh paham apa yang cuba ingin disampaikan oleh mat luthfi nie. Or ada yang tidak paham apa maksud

"We welcome everybody. Doesn't matter who you are."

"So does my religion." 

mungkin juga ada yang tak paham apa maksud 'SITE VISIT'. It's normal lah kalau student architecture kena pergi tempat2 macam tu untuk tugasan mereka. Yang kita duduk di malaysia nie kenapa perlu kata yang mat luthfi nie menghina islam la, beraya di gereja salah la, murtad lah segala bagai tuu?? come on lahh, ubah diri tu dulu. Jangan jadi terlalu negative. Jangan selalu berfikiran negative. 

Mesejnya mudah. Jika kristian mengalu2 kan orang lihat agama mereka, dia mahu tunjukkan Islam juga sangat mengalu2kan orang lihat dan menganut Islam.

Cik atynn thumbs up la kat mat luthfi nie. Bukan dia saja2 nak letakkan gambar dia di gereja untuk mencetus kontroversi nie. I think dia nak tengok mentality rakyat malaysia, especially kaum melayu yang mudah melatah nie. TYPICAL MALAY. Bila lagi orang melayu yang macam katak bawah tempurung nie nak keluar dari tempurung nak explore benda2 kat luar sana ? open your mind. Malays suka membuat conclusion dengan melihat sesuatu tanpa mengkajinya terlebih dahulu. It's TRUE !

Antara komen2 di fesbuk mat luthfi ini

1) Matlamat tidak menghalalkan cara. Kesimpulannya, jangan mudah berhujjah dengan matlamat yang baik untuk menghalalkan sesuatu wasilah, kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

2) Ya Allah, manusia akhir zaman. Memilih gereja daripada masjid. Berbangga bergambar di dalam gereja. Ya allah bukakanlah pintu hati orang-orang jahil yang membandingkan satu kejahatan dengan kejahatan yang lain. Sebagai contoh, "Orang merogol kau tak kecoh ini orang merompak kau nak kecoh". Amatlah jahil orang yang berfikiran sebegini.

3) Kat FB hari ni bersepah pakwe dan makwe duk upload gambar raya bersama.puii. Tu baru menghina Islam!

4) Hahaha lawak betol yg melenting. Tp bila nampak jantan ambk gmbr dgn awex dkt fb x ttp aurat bangga pulak eak.. X melatah pulak!

5) "we welcome everybody.doesnt matter who you are" means in terms of the study / learning esp for architecture laa.bukan nk memurtadkan spa2.pihak church mengalu2kn kpd spa2 utk dtg & study architecture.buka mata & minda.pegi tmpt org,blajar budaya org janji hati & iman tu teguh.

6) ada yang tk paham kot maksud site visit.Terus melulu mengeluarkan fatwa itu dan ini.Mengelupur bila melihat seorg muslim bergambar dalam gereja lalu dengan mudah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.Tipikal melayu memang asasnya suka melihat sesuatu perkara itu dari satu sudut pandangan sahaja.Mereka enggan memikirkan apakah natijahnya berlaku sesuatu perkara itu.Hal remeh temeh dijadikan isu yang besar dan dibesar besarkan.Fikiran mereka jumud, ,beku, kaku dan kolot lagi sempit.Mereka malas berfikir di luar kotak. Kalau selamanya kita berfikiran tipikal seperti ini, nescaya hingga akhir zaman kita akan menjadi katak dibawah tempurung.

7) Dulik laa mat apa diorg sume nk kta.janji hang terus dakwah.nak dakwah semestinya kn pkai serban, pakai jubah then pegi ceramah.ape yg kita buat tp menunjukkan akhlak dan keindahan islam,itu pn dh kategori dakwah.kurang2nya esok2 kat sna bila Allah tnye adakah kau dah dakwah? Kau dh bleh jwb.xmcm org2 yg asek nk kondem tp aptb.kipidap mat! Msia needs youngster mcm hang ni laa

8) Senang ceqita kebanyakkan Umat Islam Di Malaysia tidak mesra alam, mereka mengangap semua orang bukan Islam adalah jahat. Inilah yang berlaku bila subjek Pendidikan Islam tidak dijadikan teras wajib lulus dari subjek2 lain. Senang ceqita budak2 lha pandai bab belajaq tapi bodo dari segi Agama , bagi mereka jika kita berada di church aadalh salah satu tindakan y amat berbahaya bagi umat Islam. Bertapa lemah nya Iman umat Islam di Malaysia. Semoga kita menjadi Umat Islam yang terdahulu, pandai , kuat , beragama dan sentiasa menghormati serta beradab dengan semua manusia di dunia. Salam Aildilfitri dari ceq :d


9) Cmne la islam nk brkembang n mudah dterima oleh non muslim klw hal sekecik ni pn nk jd isu...come on la... xde slh pn jejak kaki masuk gereja.. dorg pn xde slh jejak kaki masuk msjd... just jg adab msg2 je... jgn la jd sinikal n overly sensitif pd yg xperlu... pi sebok dulu pd isu org xsolat 5 waktu... isu simple tp lgsg xde org nk pndg walau sebelah mata..

10) Hoho! Nak backup Abg Mud lah. WOI! Abg Mud masuk gereja pon nak jadi hal ka? Yang hat dok masuk disko minum arak pastu pos dalam fb apa cerita? Hat tu hampa takmau bukak mulut pulak. Come on la wey, site visit kot... untuk ilmu der, ilmu. Lagipon, kalau tak solat sunat hari raya pon, apa salah dia? Solat sunat jer pon. -.- Ini ilmu, ilmu, ilmu. Berdosa kalau seseorang tu tak ada ilmu.

Nak tengok banyak lagi pergilah ke facebook pages mat luthfi. Korang boleh tengok macam2 komen kat situ -_-"

Bila jadi benda macam nie macam2 yang keluar macam2 nak di komennya. Nak cakap berdosa lah, itu lah ini lah. Mat luthfi nie dah besar dan boleh berfikir baik dan buruk. Bukan dia saja2 pergi ke gereja tu kan. Doesn't mean dia pergi ke gereja tu dia akan memburukkan agama islam. Malah, ia akan meningkatkan lagi martabat agama Islam dan mat luthfi nie boleh berdakwah memperkenalkan Islam dengan cara dia tersendiri. Tak semestinya pendakwah atau ahli ulama sahaja yang boleh berdakwah. Semua umat islam digalakkan berdakwah walaupun dia bukan seorang ustaz, ustazah.

Sebenarnya, menjejakkan kaki di gereja dan ada niat atau tujuan tertentu memang tidak salah namun jika mengikuti upacara keagamaan itu adalah salah. Apapun, memang terbaik Mat luthfi kerana dengan ayat ” We welcome Everbody. Doesn’t Matter Who You Are”. Menghormati antara agama lain adalah nilai paling penting dalam Islam.
Kita boleh memberi nasihat. Tapi sebelum itu berfikir sedalam2nya. Apa yang membuatkan perbuatan mat luthfi nie salah? adakah sebab dia pergi ke gereja? adakah sebab dia tidak pergi ke masjid untuk solat sunat aidilfitri dan pergi ke gereja untuk membuat tugasan? adakah sebab dia berbangga bergambar didalam gereja? kita tau tak sebab kenapa mat luthfi nie tak pergi solat sunat aidilfitri dan pergi ke gereja pagi raya? So, you all dah taw kan apa yang cik atynn cuba sampaikan disini ? mengetahui perkara sebenar tu penting. Kalau kita membuat conclusion tanpa mengetahui hal sebenar boleh jatuh sebagai fitnah. Wallahuaalam.

Islam itu mudah, kenapa kita perlu merumitkan ia? Dan Islam itu mudah, cuma kita yang suka merumitkan ia, merumitkan kemudahan yang Allah dah bagi. Apa2 pun Mat luthfi, Allah tahu apa yang kita buat. Allah tahu sebab kenapa kita buat macam tu. Allah tahu niat kita. Allah tahu tujuan kita. Just buat apa yang Allah suka, yang akan mendapat keredhaan Allah. Tak perlu rasanya kita membuat sesuatu perkara yang orang suka sebab manusia takkan pernah puas untuk mencari kesalahan orang lain. So, please open your mind sebelum korang judge or buat sebarang konklusi. 




Nota Hati : Manusia suka menghukum tanpa mengetahhui cerita sebenar, tanpa mengetahui hal yang sebenar. (Maaf jika entry kali ini ada kekasaran bahasa. Peace no war ^_^v)



Thanks for reading ^_~

Monday 12 August 2013

Raya Raya Raya 08.08.2013

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum

Hye semua warga blogger. Sihat ? Yup, cik atynn taw walaupun dah terlambat, cik atynn tetap nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :) Cik atynn tau memang dah terlambat sebab raya hanya sehari je kan. Kalau macam tu cik atynn ucap SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL. Haa, boleh kan ?? haha. Mukaddimah je dah mula merapu. -_-"

Sekarang nampak sangat ke blog cik atynn tak aktif macam dahulu kala? Allah, maaf sangat. Cik atynn bukan sahaja busy, tapi ada sesuatu yang tak dapat dielakkan. Memang ku akui yang blog ini senang bersawang dengan sarang labah2. Tapi nak buat macam mana. Cik atynn takde benda nak dikongsikan sangat. Nak update hari2 dengan hasil copy pasta pun tak boleh juga. Confirm orang bosan kan? "Alah, aku dah baca dah cerita nie." "cerita nie dah berabad laa. Baru nak update ke?" Biasalah, mulut tempayan memang senang ditutupkan. Plus sem ini cik atynn sangat busy. Mana tak nya, naik cuti raya nie cik atynn kerja berjalan je ke syarikat2 kat luar sana untuk menemubual diaorang. Cik atynn pun tak tau lah sejak bila cik atynn ambil bidang dalam kewartawanan nie -.-''

Okay, semua orang akan ceritakan pengalaman raya mereka. Di kesempatan ini, kebetulan esok takde class, jadi masa yang terluang ini cik atynn nak bazirkan dengan cik atynn nak ceritakan pengalaman raya cik atynn. Walaupun takdelah seronok macam awak semua, tapi adalah juga benda nak dicoretkan dalam blog ini kan. hikhiks

Tahun nie first time cik atynn sambut first raya and pepagi raya dah ada kat kampung. Oppsss, lupa pula. Tahun nie cik atynn balik kampung dekat Duyong, Semabok, Melaka. Mana satu cik atynn? duyong ke semabok? Cik atynn pun tak tau. Tengah2 kot. Haha. Anyway, cik atynn balik dengan cousin cik atynn. Mak cik atynn datang dengan group lain. Haha. So, sampai melaka mestilah nenek suka, gembira sebab cucu kesayangan dia sorang nie balik. Yelah, dah lama tak balik kampung. Umpama kacang tidak melupakan kulit. apakah ? -.-'' 




So, dipagi raya nan indah lagi syahdu, inilah kerja cik atynn. Sesi photography. Haa, kau hengat senang eden nak bergambar dikampung ? haha. Raya pertama dan kedua tak raya banyak rumah cik atynn raya. Cik atynn pun tak tau berapa buah rumah cik atynn beraya. Nampak macam banyak tapi sikit. Tapi nampak macam sikit sebenarnya banyak. Wahh, apa yang kau melalut nie mak jemahhh ?

Duit raya pulak? alah, macam biasa lah bila dah besar2 nie. Muka nie mana laku lagi nak dapat duit raya kan. Kalau ada yang bagi pun mesti dia ingat cik atynn nie budak sekolah lagi ataupun bagi sebab kasihan takde orang dah nak bagi duit raya kepada mereka yang tidak mempunyai baby face. ehh ? :p

nie adalah duit raya pertama di awal 20-an. Terharu. sobss T.T

Alhamdulillah sangat sebab raya pertama tu ada seorang sahabat cik atynn datang beraya kat kmpung cik atynn. Terima kasih kepada sahabat itu kerana sudi datang beraya di kampung cik atynn. Banyak yang kami borakkan. Sampai dia tahu kisah cik atynn waktu kecik2 dulu dan kisah lama cik atynn. Ya Allah, malu sangat waktu tu. Cousin pun punyalah tak cover line main cerita je semua. Walaupun lawak cerita lama dulu, tapi Memang rasa nak nagis je waktu tu. Malu sangat waktu tu. Awal raya dah kena buli. sobsobss T.T (Tak baik tau buli cik atynn)

Bergambar bersama My Grandmother, Mak long, Mak usu dan Cousin ^_^
With cousin Kak Arijah and Dayah :)
Ini Budak cik atynn tak tau lahh sejak bila dia membajet jadi RETISS nie. Dia ingat ada paparazi datang nak amek gambar dia agaknya. -.-" (Hidayah, cousin)
dapat tengok saat matahari terbenam depan mata walaupun dalam kereta. hikhikss =D
And last sekaliii..........


Tak menyempat2 datang kat mak mohon ampun dan maaf walaupun tempat tak strategik -_-''  LOVE YOU MOM :)  ♥♥♥

Kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN dan juga SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL ^_^v

Nota hati : Raya cuma 4 hari jee. Rasanya macam tak cukup je tempoh honeymoon kat rumah. T.T



Thanks for reading ^_^

Solat Qasar dan Jamak


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum :)

Seperti yang kita ketahui, solat bagi mereka yang bermusafir lebih dari 2 marhalah atau 90km sesuai untuk mereka mengerjakan solat qasar dan jamak. Tapi mungkin ada segelintir tidak mengetahui cara dan keliru dengan solat qasar dan jamak ini. Cik atynn nak kongsikan kepada pembaca semua maksud solat qasar dan jamak, dan cara2 mengerjakannya.


Salam bahagia kepada semua, terima kasih atas persoalan yang dikemukakan dari salah seorang pengunjung blog ini. Soalannya ialah “Berdasarkan keadaan sekarang ini terdapat banyak masjid dan surau di merata tempat,bolehkah Ustaz huraikan tentang solat jamak @ qasar yg mana pada dasar permerhatian saya sesetengah orang engan mengerjakan solat jamak @ qasar semasa bermusafir . Apakah niat, syarat dan cara mengerjakannya?” 

Jawapannya

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM. 

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir. 

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah. 

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.

Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.


Thanks for reading ^_~