~ Kengkawan ~

Wednesday 31 July 2013

Ciri-Ciri Ajaran Syiah

Bismillahirrahamnirrahim,
Assalamualaikum...

Dah lama betul rasanya cik atynn tak update blog. Rindu nak update blog macam dulu. Active macam dulu. Tapi kini semuanya telah berubah. Daku terlalu busy sehingga tak cukup tangan nak buat kerja di tambah pula nak dekat2 cuti raya nie kan. Makin seronok la lecturer nak bagi kerja melambak2. Tskk T_T Bagi test pulak hari jumaat nie. Budak class sume bising sebab nak balik. Tapi cik atynn rilek je sebab cik atynn balik hari sabtu. Muahahaha -.-''

Okay, tu bukan tajuk yang sebenarnya. Akhir-akhir nie, berita tentang syiah memang makin hari makin famous cik atynn tengok. Baik di social network FB, Twitter, sume cerita pasal syiah nie. Dengar khabar syiah nie dah sampai ke Malaysia. Cuma, ia taklah seteruk dekat luar negara sana. Betul kan ?? Cik atynn duduk uitm nie susah sikit nak tau perkembangan negara. Ihiks. Ada medium dihujung jari pun malas nak cari. Kepada sesiapa yang belum tahu tu, cik atynn nak kongsi CIRI-CIRI AJARAN SYIAH...



1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.


Sejarah Syiah

Pengasas syiah adalah Abdullah bin Saba' iaitu seorang Yahudi daripada Yaman. Beliau telah memasang niat awal bersama dengan orang2nya iaitu dia tidak akan pulang selagi tidak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Dia telah mewujudkan satu api fitnah yang besar ke seluruh dunia Islam ketika itu. Dia telah mengelilingi dunia Islam dengan memberitahu umat Islam bahawa Nabi SAW sebenarnya melantik Saidina Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah serta memburukkan usman yang menjadi khalifah ketika itu di Madinah. Ketika itu dunia Islam terbuka, umat Islam di merata tempat, sedangkan para sahabat yang tahu cerita sebenar berada di Madinah sahaja. Kekurangan dalam perhubungan, manambahkan lagi api fitnah.

Liciknya beliau dalam menipu sehingga umat Islam termakan dengan fitnah-fitnahnya. Lantas penyokongnya mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Usman kerana merampas jawatan daripada Ali. Rentetan daripada isu ini, mereka telah mengkafirkan para sahabat kerana berbaiah dan redha dengan 3 khalifah yang awal.

Syiah dan ahli sunnah tidak akan boleh bersama.


Nota Hati : Semoga Allah SWT melindungi diri kita dari terjebak dengan Ajaran syiah nie. Amin... InsyaAllah ^_^



Thanks for reading ^_~

Tuesday 23 July 2013

Keliru Makna "InsyaAllah"

Assalamualaikum,


Soalan:

Bolehkah ustaz menjelaskan makna dan fungsi sebenar kalimat insya Allahdalam Islam? Sebab saya sering menjumpai beberapa orang menggunakan kalimat ini sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji. Sehingga setiap kali mendengar seseorang berjanji sambil mengucap:  insya Allah, saya merasa tidak pasti janji itu akan ditepati.

Jawab:

Sebelum kita menyelami makna sebenar yang terkandung dalam kalimat “insya Allah”, ada baiknya kita melihat terlebih dahulu melihat sejarah penggunaan kalimat ini.

Jika kita amati ayat-ayat Al-Qur’an, ternyata kalimat insya Allah telah digunakan oleh nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad Saw. Apabila Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail, anak yang saleh ini berkata: “Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu.Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang bersabar.” (Qs Al-Saffat ayat 102).

Begitu juga ucapan Nabi Musa apabila beliau berjanji kepada Nabi Khidir untuk patuh kepada semua arahannya sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Nabi Musa berkata: “Insya Allah engkau akan mendapatiku sebagai orang yang bersabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun.” (Qs Al-Kahfi ayat 69).

Kalimat ini kemudiannya diwariskan kepada Nabi Muhammad Saw. Allah memerintahkan baginda untuk selalu mengucapkan insya Allah setiapkali berjanji akan melakukan sesuatu di masa hadapan. Allah berfirman: “Dan jangan sekali-kali engkau (Muhammad) mengatakan: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok’, kecuali (dengan menyebut): insya Allah...” (Qs Al-Kahfi ayat 23-24)

Menurut Ibn Jarir Al-Tabari, ayat ini berisi pengajaran adab untuk Nabi Saw. Beliau dilarang untuk memastikan apa yang akan terjadi di masa hadapan melainkan dengan menyandarkannya kepada kehendak Allah. Sebab segala sesuatu hanya boleh berlaku apabila dikehendaki oleh Allah Swt.

Pengajaran ini tentu sahaja bukan khas untuk Baginda Nabi seorang. Akan tetapi, adab ini juga berlaku untuk seluruh umat baginda hingga akhir zaman. Seorang mukmin yang menyadari hakikat dirinya sebagai hamba yang lemah tidak pernah berjanji melainkan dengan menyebut insya Allah.

Makna insya Allah

Jadi, kita boleh melihat bahawa kalimat insya Allah merupakan sunnah nabi-nabi terdahulu yang diwariskan kepada umat Nabi Muhammad Saw. Justeru, kalimat ini bukan perkara ringan, malah ianya mengandungi makna yang sangat penting untuk disedari. 

Secara harfiah, kalimat insya Allah bermakna “jika Allah menghendaki”. Ucapan ini melambangkan  kesadaran hamba akan hakikat dirinya yang serba kekurangan dan jahil. Sekaligus mengiktiraf kekuasaan Allah Swt yang Maha Kuasa dalam menentukan setiap yang berlaku di alam semesta ini.

Sepandai apapun seorang manusia, ia hanya boleh merancang dan berharap. Allah juga yang akan menentukan apakah rancangan dan harapan itu boleh terlaksana ataukah tidak? 

Ucapan insya Allah ini mencerminkan pengakuan atas kelemahan diri dan ketergantungan kepada belas kasih tuhannya agar selalu membantu dalam setiap keinginan dan niatannya.

Siapa yang selalu menyadari kelemahan dirinya, Allah akan selalu hadir dalam hidupnya. Dan siapa yang merasa dirinya serba cukup dan berkuasa atas segalanya, ia akan lupa diri dan berakhir seperti Firaun dan Namruz yang mengaku diri sebagai tuhan. 

Berkata Imam al-Syafi‘i: “Kelemahan adalah sifat manusia yang paling jelas. Sesiapa yang selalu menyedari sifat ini, dia akan beroleh istiqamah dalam beribadat kepada Allah.”

Kekeliruan

Jelaslah, ucapan insya Allah sama sekali bukan alat untuk melepaskan tanggung jawab atau alasan untuk tidak menepati janji. Sebagai seorang muslim, janji adalah hutang yang mesti kita tunaikan. Ucapan ini juga bukan kalimat alternatif untuk menolak secara halus permintaan pihak yang ingin kita jaga hatinya. 

Sebaliknya, insya Allah lebih sesuai difahami sebagai kata-kata jaminan bahawa janji yang telah terucap akan akan terlaksana dengan baik. Sebab siapa yang berjanji dengan niat sungguh-sungguh untuk melaksanakannya, sambil menyerahkan perkara itu kepada Allah, bantuan dari Allah akan datang untuk mewujudkan janji tersebut.

Dalam hadis Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah Saw pernah bercerita: “Nabi Sulaiman bin Dawud berkata: ‘Malam ini aku akan mendatangi 90 orang isteri-isteriku. Setiap daripada mereka pasti akan melahirkan seorang pejuang di jalan Allah.’

“Malaikat berkata kepadanya: ‘katakanlah insya Allah.’ Namun Nabi Sulaiman tidak mengucapkan kalimat ini. Akhirnya, tidak ada seorangpun daripada isteri-isterinya itu yang melahirkan anak. Hanya seorang isteri yang melahirkan, namun anak itu cacat dan tidak sempurna.”

Bersabda Nabi Saw: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, andai beliau mengucapkan: insya Allah, niscaya isteri-isterinya itu akan melahirkan anak-anak yang berjuang di jalan Allah.”

Berkata Ibn Battal Al-Maliki dalam Syarh Al-Bukhari: “Hadis ini mengandungi pengajaran bahawa sesiapa yang mengucapkan insya Allah, sambil menyadari kelemahan dirinya dan meminta bantuan dari Allah, maka besar kemungkinan ia akan memperolehi apa yang diharapkannya.”

Maka menjadi kewajiban kita merubah kekeliruan ini dengan memulainya dengan diri kita. Pastikan selalu kalimat insya Allah diucapkan setiapkali berjanji. Selepas itu berusahalah sedaya upaya untuk menepati janji itu sambil meminta bantuan daripada Allah Swt. Jika semua ini kita lakukan, maka bantuan dari Allah akan sentiasa mengalir untuk kita.

Kalau bukan kita yang merubah persepsi negatif tentang Islam dan kaum muslimin, maka siapa lagi? Wallahu a’lam.


Thanks for reading ^_^

Sunday 14 July 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum,


Alhamulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana cik atynn masih hidup dan masih bernafas dibumiNya. Dan Allah masih memberi cik atynn peluang untuk beribadah kepadaNya :) Hari nie InsyaAllah, akan masuk ramadhan yang ke-5. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan kali ini. Terima Kasih Ya Allah :')

So, masih belum terlambat rasanya untuk cik atynn mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ^_^ Harap korang memaafkan segala salah dan silap cik atynn. Dan semoga ramahan kali ini lebih bermakna dan kita dapat meningkatkan ibadah kita kepada Allah s.w.t. Rebutlah peluang kali ini. Kita sendiri tidak tahu adakah ini ramadhan terakhir kita ? Harap kita dapat berjumpa lagi ramadhan pada tahun hadapan. Allahuakbar :')

seperti yang korang lihat, blog cik atynn dah lama berhabuk tak update kan. Maafkan cik atynn. Sem nie I am very busy. Busy dengan assignment, test, quiz and sekarang cik atynn tengah nak menyiapkan blog lagi satu sebab minggu depan cik atynn dah nak kena present. So, bila dah busy dengan blog lagi satu tu, blog yang terchenta nie mula lah terabai kan. Walaupun blog lagi satu tu tak kekal lama tapi demi markah, sanggup tinggalkan sebentar blog yang terchenta nie. Nak blogwalking pun dah macam takde masa. Sobsss :'( (sastera sangat makcik atynn -.-)

Okay, tu je nak tulis sebenarnya. Nak update setiap masa pun susah idea nak keluarkan. So, cik atynn update lah sekali sekala bila cik atynn free. Anyway, selamat berpuasa. ^_^ Gandakan amalan di bulan puasa ini. Semoga ibadah kita iterima oleh Allah s.w.t. Jangan ponteng puasa taw. hikhiks :)

Nota Hati : Nak balik rumah sambut ramadhan dengan family. Tapi tak dan sebab kerja banyak sangat. Sobss :'(



Thanks for reading ^_^