~ Kengkawan ~

Monday, 25 March 2013

Final Exam !!

Assalamualaikum ~

Hye semua. hari nie cik atynn nak update blog sebelum cik atynn akan menghadapi final exam khamis nie. Wah, berdebar2 jantung ini -.-. Harap2 segalanya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah. Amin. emm, takot lah final nie. huu. Study week pun 4 hari je. rasa macam sekejap sangat. takut tak sempat nak cover semua chapter. tskk T_T. dah, tak payah nak emo kat sinie ! Okay, nie jadual cik atynn :

ECO162 - Thursday 28/3
ECO211 - Saturday 30/3
LAW299 - Monday 1/4
MGT269 - Saturday 6/4
QMT181 - Tuesday 9/4

okay, jarak exam memang dekat2 je. mungkin cik atynn akan menyepikaan diri buat masa yang lama untuk betul2 fokus exam kali nie. Wish me luck korang ^_^ XOXO.

Nota Hati : Fighting !!


Thanks for reading ^_~

Thursday, 21 March 2013

Keputusan SPM 2012 Dah Keluar

Assalamualaikum ~


Ha, kepada adik2 yang dah menduduki SPM pada tahun 2013 cik atynn (akak) ucapkan tahniah kepada adik2 semua. Apa pun keputusan yang kita dapat kita haruslah bersyukur. Kalau dapat result yang tak mencapai target janganlah kita kecewa. Usaha lagi ye.
SPM hanyalah penyenang masa hadapan dan BUKAN penentu kejayaan pada masa akan datang. Result yang awak awak dapat tu sebenarnya cerminan kepada diri sendiri atas effort yang diberi. Jangan sedih atau gembira selamanya dengan keputusan yang diterima. Cukup sekadar bersyukur ke hadrat Ilahi atas apa yang diperoleh. Remember, semua ada hikmah. just proceed with your next step of life wahai adik adik sayang. Kepada yang cemerlang, tahniah. kepada yang kurang cemerlang dan hanya biasa biasa sahaja, sila bertenang dan positif. Trust me, Allah sebaik baik perancang dan penentu. 

*Copycat dari FB my Friend, Ain BZ* 

Nota Hati : Teringat waktu amek result SPM dulu. dapat taw je result terus meloncat2 macam beruk -.- Happy sangat sebab memang tak jangka akan dapat 4A sebab bukan blajar sangat pun. Banyak cakap je lebih -.-. Alhamdulillah dan rasa bersyukur sangat waktu tu :') *tetiba rasa rindu pulak dekat skolah :(*


Thanks for reading ^_~

Wednesday, 20 March 2013

4.00 Flat UiTM = 2.00 Pointer UIA?

Assalamualaikum ~

Okay, Tajuk kat atas tu memang agak gempak la kan. 4 Flat UiTM = 2.00 Pointer UIA? What the heck !! Sekarang nie student UiTM semua tengah bengang dengan status sorang student UIA dekat twitter dia. Nie memang statement berani mati !


Hello, cakap tu baik2 yee. Masuk UiTM dulu baru taw susah senang nak dapat 3 pointer keatas. 

nie statement orang yang tak guna akal. please lahh.. tak payah nak membanding2 kan University. u semua sama je.. takde beza.. ttp tmpat untuk cari ilmu jugak.. ingat uitm nie senang ke nak dapat 3 pointer and above.. Kalau senang baik semua dak uitm xyah blaja and every sem dapat dekan.. masuk dulu uitm, tengok macam mne ko nak dpt 3 pointer and above. senang ke ssh.. cakap main sbarang cakap je. kerana mulut badan binasa!!















Dik oii, lain kali cakap jangan sebarang cakap je. Sebelum cakap fikir guna otak dulu.  Kan dah kena bash dengan student UiTM. Kalau agak2 diri tu dah BAGUS dan rasa boleh dapat 4 flat, DEKAN every sem dan agak2 awak tu dapat pakai SELEMPANG hari convo nanti, Meh le try masuk UiTM. Tengok sejauh mane awak dapat tegakkan kata2 awak tu 4 flat UiTM = 2 pointer UIA !! Ada berani ka?

UiTM Di Hatiku ♥ ♥ ♥
Nota hati : So, apa pendapat student UiTM sendiri ?


Thanks for reading ^_~

Tuesday, 19 March 2013

Jujur Kalau Nak Buat Segmen @ Contest !

Assalamualaikum ~

hye peeps :)
sekarang nie adalah masa untuk struggle gila2 untuk menghadapi final exam. Hehe. Saya memang study. Esok dan lusa cik atynn ade Test macroeconomic, business communication and statistic. Yeahh, dan kali nie cik atynn curi sedikit masa untuk mengupdate entry yang dah lama di banjiri oleh sarang labah2. Fuhh.. Fuhh :o *dibanjiri?* Okay, kali nie cik atynn nak nyatakan pendapat cik atynn dengan menip entry mungkin panjang berjela atau sekadar seperti sinopsis sahaja. Muahahaha -.- sementara ada idea untuk *menghentam* menasihati certain blogger. 


Haa, ce tengok patlimanamtujuhlapan kali tajuk diatas. ewah2 ! Tajuk kat atas tu tak boleh gempak lagi ke? Kenapa tetiba je cik atynn nak buat entry pasal nie? Haaa, mesti korang semua tertanya2 kann? Pada mulanya cik atynn tak tau pun pasal kes yang satu nie. Tetiba pulak cik atynn terbaca kat entry kat blog Fatin Diana. Adelah sorang blogger nie, umur belasan tahun buat segmen yang memang hadiah gempak habis. Nak tau hadiah dia apa? 


  • Samsung Galaxy Note II
  • Baju peplum
  • Baju superman
  • Shawl
  • Iphone 4s
  • Keychain
  • Instax mini hello kitty
  • Beg moustache
nie lah hadiah yang ditawarkan. Samsung Galaxy Note II ? Iphone 4s? Biar betul blogger nie nak bagi hadiah macam nie? Semua hadiah nie mahal2 belaka. Kalau nak beli hadiah semua nie memang makan beribu jugak nie. Takkanlah blogger belasan tahun yang tak kerja lagi nak bagi hadiah sehebat nie? Blogger femes buat segmen pun takde nak bagi hadiah gempak2 macam nie. Agak2 korang lah kan, logik tak? :-/

Cik atynn sendiri pun tak pernah buat segmen or contest *takut takde orang nak join T_T*. Apa lagi kalau nak bagi hadiah mahal2 macam nie. Silap hari bulan, cik atynn makan pasir je laa tskk T_T. Then, lepas tu ramai jugaklah yang join segmen budak nie dan ramai jugak yang condem budak nie kata dia tipu semua. *termasuk saya*. Nie mesti nak tingkatkan traffik blog dan followers je kan? Lepas ramai yang condem budak nie, budak nie terus je batalkan dan delete segmen dia tu. Lagilah ramai orang cakap dia nak cover kes penipuan dia tuu.

Persoalannya disini, kalau betul budak tu jujur nak buat segmen dengan hadiah gempak macam tu, kenapa dia tak teruskan je niat dia tu? Kenapa lepas orang komen macam2 dia nak batalkan segmen tu. Kalau betul dia dipihak yang benar, kenapa dia perlu melenting bila orang komen macam2 kat dia? bila orang cakap dia tipu dia cakap orang 'BATAK HADIAH'. Blogger nie macam biadap taw. Dia macam maksudkan yang orang yang ikut segmen tu memang 'BATAK HADIAH' dari dia. pastu ada pulak yang back up dia lepas dia cakap macam2. 

Okay, kat sinie cik atynn taw kita tak bole nak berperansangka buruk kat budak tu. Cuma, 

Satu : memang tak masuk akal budak yang masih sekolah tu nak bagi  kita hadiah Iphone dengan note bagai. Lainlah kalau dia tunjukkan "BUKTI !" dengan tangkap gambar dia dengan hadiah yang dia akan bagi dekat peserta tu. 

Kedua : bahasa dia baidap sangat pada cik atynn. Bila orang tanya elok2 dia buat muka. Contoh, "Iphone 4s?? " Budak tu "Yela, Kenapa? -.-" And yang paling tak boleh terima dia cakap orang 'BATAK HADIAH' dari dia. Bahasa tu tolong sopan sikit adik oii. Baru sekolah dah cakap macam tu kat oraang yang lebih dewasa dari awak tu. 

Ketiga : Kalau betul dia nak anjurkan segmen macam tu, dan dia betul2 jujur nak bagi hadiah hebat tu kat pemenang, kenapa dia perlu melenting dan macam cacing kepanasan bila orang cakap dia tipu? Nampak sangat kott dia macam dah kantoi kat situ.

Keempat : first dia delete segmen pertama dia lepas orang ramai kondem dia. Lepas dia delete tu lagilah ramai yang cakap dia penipu. Lepastu dia bukak balik segmen tu. Dan yang paling menarik sekali dia TUKAR HADIAH! Haa, nampak takpermainan dia disitu? kenapa dia tak kekalkan je hadiah yang first segmen tu? Sedikit pelik disini. -.-

Tak payah lah nak menipu dik oii. Tak baik tau tipu orang. Kalau nak buat segmen yang hadiah gempak2 sila snap gambar awak bersama hadiah tersebut. Janganlah tulis je tapi bukti takde. Haih, adik fikirlah baik2 keyh. 

Nak tau lebih lanjut click sinisini, sinisini

Dan juga - HERE ! dan nie dia

Jangan lupa yang terbaru !! sini, sinisinisini dan sini. ce tengok tudung dia. samakan? (jangan risau, nie bukan iklan ads saya.) 

Nota Hati : Kepada mereka yang kondem budak tu janganlah melampau sangat kalau nak komen sampai keluar perkataan L***H ! segala bagai perkataan keluar. cuba kalau orang maki kita dengan perkataan lucah? apa perasaan kita ? so beringatlah yee. Kepada adik tu, harap adik buat segmen kali nie bukan segmen tipu keyh. Sekali adik tipu orang dah takkan percaya kat kita lagi. Ingat tu ! 

Cik atynn minta maaf jika entry kali nie ada terkasar bahasa. Silakan komen dibawah. Dan jaga bahasa anda :D


Thanks for reading ^_~

Saturday, 16 March 2013

Senaman Mudah Untuk Mengempiskan Perut

Assalamualaikum ~

Ehem2. Ya, cik atynn dah kembali. hewhewhew ~ Kembali apa nye. Bukan tadi dah update blog ke? -.- Huu, Kurang lagi 2 minggu lebih je cik atynn nak menghadapi final exam. Takutlah. tskk T_T Rasa macam baru semalam je masuk U balik. Kenapa rasa macam singkat sangat? Kenapa... kenapaaaa? *memenglah, nie kan short sem -.-* hehe. So, tajuk kita hari nie adalah Senaman mudah untuk mengempiskan perut. ^^ Cik atynn tau ramai yang diantara kita especially kaum 'lelaki' takut kalau perut depa nie buncit kan. Tu yang depa rajin bersenam yang berat2 macam bola sepak, pergi gym, main badminton, etc. Tapi walaupun depa nie rajn bersenam depa nie kalau sekali makan memang nasi bergunung tingginya. Hehe, maaf kaum adam, gurau jee :) Okay, nie cik atynn nak bagi tips yang confirm korang akan kembali ramping seperti sediakala kalau korang makan banyak mane pun dan tak perlu buat senaman berat2.

 

1. Bangun pagi2

2. Buka baju.

3. Berdiri tegak. Tarik Nafas kemudian hembus. Buat sehingga 5 kali.

4. Tundukkan kepala dan pandang ke arah perut.

5. Bongkokkan badan.

6. Kemudian tampar perut berulang2 kali dan cakap "bikin malu..bikin malu..bikin maluuuu  !!"

7. Buat hingga anda merasa puas dengan kekempisan perut anda. Terima kasih ^^


Nota Hati : Cara ini juga dipanggil debagai self hipnosis. Kalau boleh buat setiap hari. Selamat mencuba :)


Thanks for reading ^_~


Friday, 15 March 2013

Psikologist Mengatakan .......

Assalamualaikum ~

Fuhhh ~ Lama betul cik atynn tak update blog. Hari tu cik atynn ada buat entry pasal Syndrome Baby Elephant ! Korang dah baca ke belum? Kalau belum jemputlah baca entry tu. Ada sesuatu yang ingin disampaikan. Dan entry kali nie takde kena mengena dengan Baby Elephant ye tuan2, puan2 adik2, kakak2 dan abang2 sekalian. Entry kali nie cik atynn nak berkongsi tentang apa yang psikologist yang katakan bila melihat perlakuan kita. Sekadar perkongsian bersama :) Check it out ~~


1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yang sangat sunyi

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia orang yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu.

Nota Hati : Hanya untuk suka-suki :)



Thanks for reading ^_~


Tuesday, 12 March 2013

Syndrome Baby Elephant !

Assalamualaikum ~

Readers semua sihat? cik atynn pun sihat jugak. So, hari sabtu dengan ahad hari tu cik atynn ada pergi Kem Bestari anjuran Faculty Business Management. Ok, banyak input yang cik atynn dapat dekat sana. Macam2 lah. Biasalah kalau pergi kem motivasi nie kan. Mesti berbakul2 motivasi yang kita akan bawak balik untuk dijadikan pembakar semangat. Betul tak? eceh ! tetiba bersemangat pulak nie kan. Haha. So, salah satu semangat yang cik atynn bawak balik dan tertarik untuk menulis di blog nie adalah semangat SYNDROME BABY ELEPHANT ! Korang pernah dengar dan taw tak syndrome baby elephant tu apa? Betul ! Ia sejenis penyakit yang paling merbahaya sekali untuk kita. Nak taw kenapa? sila baca dibawah :)


Di dalam sebuah hutan yang tebal, terdapat sekumpulan gajah yang hidup bebas berkeliaran, makan dan beranak pinak. Di dalam kumpulan gajah itu terdapat sepasang gajah yang terdiri daripada Ibu gajah & anaknya yang masih kecil. Sering bersama ibunya, menjadikan anak gajah itu berasa selamat.

Pada suatu hari anak gajah betina nie terpisah dengan mak dia. Taw2 je la anak gajah kan, mesti asyik mengekor je dengan mak dia. Then, bila dia terpisah dengan mak dia dia tak tau nak pergi mana. Dia pun berjalan2lah didalam hutan yang tebal tu sehingga dia terjumpa dengan orang sarkas. Then, bila dia terjumpa dengan orang sarkas nie, orang sarkas nie pun bawaklah dia balik ke sarkas dan ikat kaki dia dengan rantai besi yang sebesar lengan manusia dan rantai besi  itu diikat dekat tembok atau tiang yang besar. *boleh bayangkan tak?* 

Ehsan dari Mr. Google
So, bila anak gajah dah ditempat sarkas macam biasa lah kan, anak gajah nie akan diajar buat sarkas macam duduk lah,angkat benda2 yang berat, melukis dll. Anak gajah nie dah bosan hidup terkongkong dan terikat so, dia pun try untuk melepaskan diri. First, cubaan dia try rentap rantai besi sebesar lengan yang diikat pada kakinya. Tak boleh ! Anak gajah terus usaha cuba dan terus mencuba beribu2 kali. Agak2 dia berjaya tak?

|
|
|
|
|
|
|
|

Dia tak berjayaa. Sebab yelah cuba fikir. Anak gajah yang dirantai kakinya dengan rantai besi sebesar lengan manusia. Boleh ke dia rentap dan terus terlerai rantai tu? Mestilah tak boleh kan. Akhirnya anak gajah itu PERCAYA dan berkata “Selagi rantai besi ini diikat di kaki aku, pasti aku tidak akan berjaya melepaskan diri.” Then, Hari berganti hari dan tahun pun berlalu. Anak gajah diberi makan tebu dan makanan2 gajah dan akhirnya dia menjadi besar dan menjadi seekor mak gajah. Dan rutin harian dia macam biasa. Makan, tidur, buat latihan dan pertunjukan sarkas. Satu hari dengan takdir Allah jua, sarkas tu terbakar. Dan haiwan lain yang ada didalam sarkas tu semua melarikan diri. Korang agak2 lah kan anak gajah yang dah menjadi mak gajah tu akan melarikan diri ke tak ?

Jawapannya TAK !

Nak taw sebab apa? Sebab, sejak dari kecil lagi anak gajah nie dah mindset dalam kepala otak dia yang dia takkan dapat lepaskan diri selagi rantai besi tu ada kat kaki dia. Maka anak gajah tadi pun mati terbakar dalam sarkas tu. Kesian kan. :'( Kalaulah anak gajah tu ada terfikir walaupun CUMA SEKALI nak melepaskan diri dan mencuba untuk melepaskan diri dengan merentap rantai besi yang ada dikaki dia tu rasanya dia kan selamat. Sebab, dia dah jadi mak gajah dah waktu tu. Dia bukan anak gajah yang kecik molek, comel lagi. Dia dah besar ! Taw jelah tenaga seekor gajah yang besar tu macam mana kan. Kalau pokok yang besar gedabak tu pun boleh tumbang kalau gajah besar nie tolak apa lagi rantai besi yang besar mana je lah kan dimata dia bila dia dah besar. Kalau sekali je dia rentap rantai besi yang ada dikaki dia tu rasanya memang rantai besi tu akan putus dan tercabut dan anak gajah nie akan selamat.

Readers semua paham tak disebalik cerita syndrome baby elephant nie?

sebenarnya dalam kehidupan kita sendiri, kita memang ada syndrome baby elephant nie. Betul ! Awak tak percaya? okay, contohnya dalam study, kalau korang semua belajar sesuatu subjek yang susah then mesti cakap yang "owh, subjek nie susah, aku tak boleh buat lah. Dah cuba tapi still tak boleh. Tak boleh, tak boleh tak boleh tak boleh............." Tu yang korang akan cakap. Dan benda nie pun terjadi dekat cik atynn. Ini semua disebabkan MINDSET. Jika kita asyik kata tak boleh je, memang lah otak kita dah diprogramkan untuk kita tak boleh buat. Cuba kalau kita ada usaha yang berterusan dan percaya pada diri yang kita boleh buat. InsyaAllah, pasti kita boleh buat punya. Betul tak? 

Nota Hati : So, cerita diatas adalah satu nasihat kepada diri cik atynn juga dan cik atynn nak berkongsi dengan rakan blogger semua. :) So, janganlah kita mudah berputus asa selagi kita tidak mencuba sedaya upaya. Walaupun tahun berubah, masa berjalan, hari berganti kita tetap kena usaha walau apapun jenis cabaran yang datang. Cabaran mematangkan diri kita. Tak gitu ? So, marilah kita berusaha bersama2 yee :)

Janganlah kita jadi macam baby elephant, yang cepat berputus asa sebelum berjuang untuk diri sendiri. Lagipun....

 Allah swt takkan mengubah nasib seseorang hambaNya melainkan hambaNya itu mengubah nasibnya sendiri. 


Thanks for reading ^_^

Monday, 11 March 2013

Rahsia Kecantikan Mas Idayu

Assalamualaikum ~


Di Malaysia, Siapa yang tak kenal Mas Idayu kan. Mas idayu yang senang membahasakan dirinya Mami, adalah penyanyi dangdut dan dikenal sebagai 'Ratu Gelek'. Kalau tanya pada semua orang, majoritinya kenal dengan penyanyi dangdut, Mas idayu nie. Yaa, termasuklah cik atynn juga. Hehe. Lagunya juga menjadi hiburan kepada peminat2nya seperti senggol-senggolan cubit-cubitan, Robek Hatiku, Hasrat perindu dll. Mas idayu yang pernah mencipta namanya dahulu sangat terkenal dengan trade marknya iaitu dengan memegang microphone keatas yang jarang dilakukan artis lain. 

Sekarang nie cik atynn bukan nak bergosip tentang kehidupan mas idayu sebagai penyanyi. Tapi cik atynn nak cerita tentang Rahsia kecantikan Mas idayu nie sehingga cik atynn terpanggil untuk menaip di blog nie. eceh ! Walaupun ramai diluar sana menulis tentang rahsia kecantikan artis yang gah2 seperti Fazura, Fasha Sandha, Dato Siti Nurhaliza, Julia ziegler, Datin Noniswara dll, cik atynn nak cerita tentang rahsia kecantikan mas idayu pulak sebab cik atynn salah seorang peminat mas idayu. Aci takk ?? hehe

So, walaupun usia mas idayu nie dah meningkat, tapi kalau kita tengok muka dia tetap maintain muda kan. *ke cik atynn sorang je yang perasan?* Haha. Tu lah salah satu sebab musabab kenapa cik atynn beria2 nak bercerita dengan korang tentang rahsia kecantikan mas idayu nie. Cik atynn ingat lagi, dulu cik atynn tengok NONA di tv3 dan mas idayu adalah artis yang di temubual untuk berkongsi tips kecantikannya. Dan bila cik atynn tengok dan dengar cik atynn terus rasa teruja dengan rahsia kecantikan dia. 

Mas idayu nie sangat mementingkan kulit wajahnya. Seriously, kalau mas idayu tak pakai make up, kulit wajah dia cantik sangat. takde pun kedutan, cela, bintik2 hitam apatah lagi jerawat. Memang cantiklah. Tapi, kecantikan mas idayu nie bukan disebabkan produk2 kecantikan, atau suntikan botox and vitamin C. Tapi kecantikan mas idayu nie adalah disebabkan dia lebih gemar melakukan rawatan tradisional ke wajahnya. Nak tahu apa rahsianya ?

Mas idayu suka makan *ratah* tomato yang muda atau belum masak penuh. Dan juga dia akan menggunakan tomato yang betul2 masak tu dengan cara tomato itu dihancurkan, diramas dan disapu ke muka. Macam pencuci muka (scrub). Setiap pagi. Wah, padanlah kulit muka mas idayu nie cantik walaupun usianya makin meningkat. Tak begitu?? Tak payahlah kita spend duit beratus2, beribu2 semata2 nak buat rawatan kecantikan muka kan? Jimat giteww ~

Selain itu, dia juga mengajar satu senaman yang dia akan buat sebelum dia tidur. Mula2 baring dahulu dan kemudian angkat kaki kita ke bawah punggung sedalam mungkin. Then, tarik kaki kita ke bawah punggung sampai badan terangkat. Dan kena ada rasa sakit. *cik atynn pun tak taw macam mana nak cerita-.-*

So, sebelum cik atynn undur diri dari menaip nie cik atynn sediakan korang satu video. Bagi mereka yang tidak percaya tentang apa yang cik atynn cakap tentang kulit wajah mas idayu, anda boleh lihat sendiri. :p


Nota Hati : Amacam korang semua, tak teringin nak mencuba ke TOMATO dijadikan pencuci muka (scrub)?? hehehe. cik atynn pun tak pernah try lagi sebab belum sempat  tomato tu di tepek atas muka, tomato sudah berada di dalam kuali yang sedang panas dan sudah bersedia untuk makan. Ngappp. tskk T_T

Jaga2, ada mata yang memerhati *kiah propa -.-''*


Thanks for reading ^_~

Segmen: Tambah follower dengan pantas!! * tanpa blogwalking*

Assalamualaikum ~

Kali nie cik atynn nak join segmen dari Nurul Syahirah


Sapa nak join silalah click >SiNi<

Nota Hati : Baru balik dari camp terus join segmen nie. Penat tak habis lagi. huuuuuuu -.-''


Thanks for reading ^_^

Friday, 8 March 2013

#Review Korean Drama : Master Of Study

Assalamualaikum ~

Hye peeps. Disebabkan ke busy an yang melanda diri ini sejak akhir2 ini dan ternyata walaupun ke busy an melanda saya tetap terasa seperti diri saya tiada kerja. Ceitt -.- dalam seminggu nie kat UiTM K.Pilah ada buat business week *tadi baru berakhir*. Memang banyak jualan jugaklah. Baju, aksesori dan yang paling banyak konker ialah gerai makanan. Biasalah kan. Bila minggu business week nie datang je mesti duit tu akan mengalir tak henti2. Dan kenapa juga business week dibuat pada waktu student tengah nazak duit ? nak borong barang banyak2 pun tak boleh. tskk T_T sila jelaskan ?


Anyway, hari nie cik atynn nak review satu drama korea yang pada cik atynn agak best jugak lahh. :) Cerita nie tentang pelajaran dan ada juga kisah cinta. Tapi kisah cinta yang tidak kesampaian. Cerita nie lebih banyak pada tentang pelajaran dan dia juga ada bagi tips2 yang berguna untuk student. Maybe kita boleh ambil sedikit tips yang mereka berikan sebagai panduan. Kalau benda tu baik tak salah kan ambil untuk kebaikan kita :)

Dan juga hero drama nie hensem kot uolsss. HAHA. Hwang baek Hyun. Dah le comel, hensem pulak tu. Hoho. Ekh, jangan puji lebih2. Nanti dia kembang satu badan kalau dia baca post cik atynn nie. 

*dia akan baca ke entry aku nie? paham ke dia? -.- PERASAN !*

Yaa, cik atynn tau nie cerita nie drama lama. sekitar tahun 2010 kan. Tapi apakan daya, dulu k-pop takdelah se HOT sekarang kan. Ya, sangat ketinggalan akan drama korea ini. tskk T_T *emo kejap*

Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam yang ingin menyelamatkan sebuah sekolah dari dijual kepada pihak lain. *sebab sekolah tu teruk dan macam takde masa depan -.-''*

Demi ingin menyelamakan sekolah itu, peguam yang bernama Kang Seok Ho itu mempertaruhkan lima orang pelajar yang akan masuk ke universiti yang terkenal di korea iaitu Chun Ha University. Dan lima orang student itu ialah Hwang Baek Hyun, Ho Chan Do, Kil Pool Lip, Ha Dong Hoon, dan Na Han Jung. Dan juga cikgu Han Soo Jung. Maka, setelah lima pelajar tersebut ada maka tubuhlah 'Chun Ha special class' dimana lima orang pelajar tadi belajar dengan cikgu2 yang pelik. Haha, cik atynn tak tau nak describe macam mana. Berlakulah kisah suka dan duka mereka setelah masuk ke dalam special class tersebut. Thennnm, ending dia adalah......



RAHSIA. Dapat tak ke lima2 pelajar tersebut masuk ke chun Ha university? Korang kenalah tengok sendiri kan. Mana boleh cik atynn bagi tau. tak syiok lah macam tuu. :p 


So, pada cik atynn cik atynn bagi 3.5/5 je. Sebab tak puas hati dengan ending dia. Tak de lah happy ending sangat citer nie. Tapi agak best jugaklah cuma ending dia sangat tak akan tercapai dek akal korang yang tengok movie  nie. -.-''

Nota Hati : Esok pergi kem bestari dekat Port Dickson anjuran Business Management Association (BMA). Dua hari jugak takkan bukak blog. T_T


Thanks for reading ^_~

Topup GA by NAJAH

Assalamualaikum ~


Sapa yang nak join click SiNi

saya pengguna celcom :)


Thank for reading ^_~

Thursday, 7 March 2013

Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!

Assalamualaikum ~


siapa yang nak join bolehlah click Sini

Syarat penyertaan mudah sahaja :

  • Tiada had umur..
  • Rakyat Malaysia sahaja...
  • Lelaki & Perempuan sahaja...
  • Mempunyai blog...
  • Follow blog Shawal.. (suka hati anda nak follow ke tidak)
  • subscribe (follow) (suka hati anda, nak atau tidak)

  • Buat satu entry khas
  •  bertajuk 
  • Copy paste banner SIMPLE tu
  • Nak tag boleh, tak nak tak pe.. Ikut suka hati anda.. 
  •  (lagi ramai yang ditag lagi senang nak capai target 1500!!)
  • Tinggalkan link entry korang kat list dibawah.. 
  •  
  • Apa lagi??? Start blogwalikng lah!!! :D
  • Tamat? Cukup 1500 lah!! 




    Thanks for reading ^_~

    Rahsia Personality Huruf Pada Pangkal Nama


    Assalamualaikum ~


    Fuh fuhhhhh, bersawang dah blog nie dengan sarang labah2. Labah2?? Mana? Haha. Aih, makin meningkat hari makin busy pulak kita nie kan. Dengan test, quiz, assignment, final projek bagai. Alahai, lagi kurang 3 minggu je cik atynn nak final exam. tskk T_T So, Hari nie cik atynn nak kongsi sesuatu iaitu rahsia personality huruf pada pangkal nama. Ini adalah sekadar suka2 sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. 

    huruf A
    Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

    huruf B
    Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

    huruf C
    Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

    huruf D
    Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

    huruf E
    Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

    huruf F
    Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

    huruf G
    Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

    huruf H
    Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

    huruf I
    Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

    huruf J
    Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

    huruf K
    Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

    huruf L
    Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

    huruf M
    Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

    huruf N
    Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

    huruf O
    Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

    huruf P
    Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

    huruf Q
    Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

    huruf R
    Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

    huruf S
    Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

    huruf T
    Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

    huruf U
    Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

    huruf V
    Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

    huruf W
    Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

    huruf X
    Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

    huruf Y
    Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

    huruf Z
    Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
    Nota Hati : Nie adalah sekadar suka2 sahaja. Jangan percaya pada ramalan ini. Jika ianya betul terjadi pada diri anda ia cuma kebetulan sahaja. peace no war ^_^v


    Thanks for reading ^_~

    Wednesday, 6 March 2013

    Isu Lahad Datu

    Assalamualaikum~



    "Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"


    Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung,

    Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan,

    Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,

    Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..

    Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..

    Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini..

    Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."

    Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"

    Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..

    Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."

    ~ begitulah SOP nya.. kpd dalang yg suruh askar serang penceroboh secara membabi buta, beliau lah PENGKHIANAT NEGARA yg mahu anggota keselamatan dan rakyat kita lebih ramai terkorban !...

    sekadar perkongsian dengan cara berfikir tenang..tahu semangat sudah kita semua... 
    JGN SUKA TUDUH TENTERA XAMBIL TAHU.. BKN SENANG NAK KALAU NAK JADI SENANG DAN BUKAN SUSAH KALAU NAK JADI SUSAH.. GUNA OTAK N MINDA TUK BERFIKIR DGN BAIK.. 


    Nota Hati : BAGI CELIK MATA SIKIT ORANG AWAM.

    ~ Kopi pasta ~


    Thanks for reading ^_~

    Tuesday, 5 March 2013

    Cara Nak Turunkan Harga Minyak Yang Mahal

    Assalamualaikum ~


    Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas …...
    masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen…
    mula2 mmg aku tak percaya… tapi……

    1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la…
    2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
    3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la
    4. korang tekan ‘clear’ – utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
    5. then korang tekan enter – 3x
    6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
    7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi
    8. tekan butang clear – 2x
    9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
    10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang
    “woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker…!!!!”
    so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan..
    Hahahahahah , Ingat stesen minyak tu bapak korang punya ke nak murah2.. Dah3 , gi buat kerja .. Berangan je lebih! HAHAHA ~ xD
     
    Kopi dan Pasta jee ^_^
    Nota Hati : Cik atynn pun terkena tadi -.-

    Thanks for reading ^_~

    Jimmy Neutron Si Budak Comel ^_~

    Assalamualaikum ~

    Haa, korang pernah tengok tak cerita JIMMY NEUTRON? Alah, budak  bijak yang kepala dia besar tuu ! Mak minah kat kampung pun tahu tau siapa Jimmy Neutron nie. Siapa pernah tengok duduk diam diam. hehehe. Nway, nie lah cartoon kegemaran cik atynn. Dah lama cik atynn tak tengok cerita nie. Dulu sebelum masuk U selalu tengok petang2 kat TV9. Walaupun cerita tu ulang2 sampai 1000 kali pun tetap tak bosan kan. Haha

    Nak tahu kenapa cik atynn minat sangat dengan cerita Jimmy Neutron nie? 

    wekkkkkkk :p
    Anjing robot (godot ?!), Carl llama, JIMMY NEUTRON, Shine dan Cindy (buah hati jimmy -.-)

    Sebab cerita nie kan ada macam tunjukkan science technology kan kan? Sejak cik atynn sekolah rendah, sekolah menengah dan sampailah sekarang cik atynn minat sangat sangat sangat dengan subjek science. Bila kena buat experiment je cik atynn lah manusia dalam kelas tu paling berkobar-kobar nak buat. Sampai semua peralatan nak amek sendiri. Tak menang tangan. Kalau buat kerja group tu memang rasa nak buat sorang2 je experiment tu. Sampai pernah ada satu piring kaca tu pecah waktu letak atas api sebab bukak api kuat sangat. Eksited sangat kan nak buat experiment. Nasib baik bonda (cikgu) tak marah. Sweet memories ^_^ ~

    Tapi kalau suruh buat Lab report cik atynn memang akan lari dulu. Malas lah nak buat lab report. Kalau buat experiment best la sikit kan. Eksited -.- Cik atynn suka tengok cerita nie sebab tu lah. Sebab de science. Cik atynn suka bila dia cakap FIKIR..FIKIR.. FIKIRRR... haha, omey angat ! -.-'' 

    Namun, sekarang nie dah tak dapat tengok cerita tu. Tah ada lagi ke tak cerita tu dekat TV9 kan. Walaupun cerita tu macam sengal sengal selenga sikit, lagi2 kawan jimmy iaitu shine, dan carl llama tapi cerita tu tetap ada tarikannya. hehe. Jimmy Neutron is the best cartoon ever :D

    Nota Hati : Minat dekat subjek science tapi dapat course business. Rindu dekat cikgu science sekolah menengah dulu 'bonda'. tskk T_T


    Thanks for reading ^_~