~ Kengkawan ~

Tuesday 26 November 2013

Semester Baru !

Bismilahirahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Fuh fuh. Akhirnya baru dapat update blog nie selepas 4 hari berada di Pilah. Dah lama tak update blog. Biasalah, cuti sem kawan2 sume dok rumah goyang kaki, kerja semua, cik atynn menghabiskan masa cuti sem dengan pergi vacation kat teluk kemang and sibuk dengan latihan Jambori Komander Kesatria di UiTM Puncak Alam siri 09/2013. Yeah, cuti sem cik atynn hanya 20 hari je. Can you imagine that?

Actually, banyak nak dikongsikan dengan rakan blogger semua percutian ke teluk kemang yang cik atynn pergi bersama dua lagi sahabat cik atynn and nak jugak update pasal jambori komander kesatria. But, dia macam takde idea bila nak mula menulis. Ke malas? haha.

Tak tahu lah bila cik atynn akan update. Maybe lambat sikit kot. But, i will try to update. Tengoklah nanti macam mana. Sangat best bila orang lain semua duduk rumah, rehat. But for me, lagi best bila join aktiviti komander semua. Haa, kita boleh merapatkan ukhuwah di kalangan kita. Ada jugak kawan pernah tanya, "Tak penat ke join aktiviti komander?" "Sikit nye cuti sem. Tak rasa macam membazir ke cuti sem yang banyak2 tu pergi aktiviti komander." Alahai korangg. Cik atynn hanya menggeleng dan jawab tak je.

For me lah, takde rasa menyesal ke, sedih ke bila dapat cuti sem yang sikit. Tak rasa membazir pun join aktiviti komander and kita dapat buat benda yang kita suka. Ingat senang nak duduk bergelak, ketawa, bersama Family Equine. Al maklumlah, lain course lain kesibukan nya. Macam hypothesis. Ihiks. So, kalau jumpa pun bila ada hal tertentu je. Waktu cuti sem lah dapat bergembira sama2. Duduk rumah pun bukan buat apa pun. Goyang kaki je. 

Hmm, sem nie cik atynn duduk kolej berjauhan dengan komander siswi equine. Sangat sedih. Depa suma duduk kat kolej sm6. Cik atynn tercampak jauh kat sm3. Tingkat 5 pulak tuu. Macam nak patah pinggang hari tu angkat barang naik sampai tingkat 5. Sabar jela. Nasib baik ada kawan tolong. Kalau tak rasanya, seminggu tak pergi class gara2 patah pinggang. MC sendirian berhad. haha

Hmm, sem nie cik atynn jadi senior lagi sebabnya, budak rumah cik atynn semua part 1. Alahaii, depa sangat banyak tanya. Naik lintang pukang la nak jawab soalan depa tu. Sampai wifi pun boleh bertukar jadi wifive. haha. But, its okay. Depa tak sombong. Depa lah yang tegur cik atynn dulu. Nak harap cik atynn tegur depa memang kelaut laa. Tatau bila akan tegur tuu. Maklumlam, diri ini kan pemalu orangnyaa >.< haha

Okaylah, ini sahaja entry untuk hari ni. Nak cukupkan syarat je update sebab dah lama tak update kan. haa. See you next time. Assalamualaikum ~ :)


Thanks for reading ^_~