~ Kengkawan ~

Saturday, 31 August 2013

Debat Wanita Bertudung VS Tak Bertudung

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum :)


Seorang perempuan yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah membalas komen Lia tu. 



Muslimah : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Muslimah : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Muslimah : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Muslimah : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Muslimah : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Muslimah : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Muslimah : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Muslimah : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Muslimah : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Muslimah : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Muslimah : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Muslimah : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : .....................................

Muslimah : Sekadar renungan kita bersama :) 


Nota Hati : Hidayah Allah perlu dicari. Ia takkan datang dengan sendirinya. :D


Thanks for reading ^_~

Tuesday, 20 August 2013

CCRIS Terhadap Peminjam PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


SATU LAGI PROJEK MENJERUT RAKYAT (20 Ogos 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai bulan ini. DPPM menganggap tindakan terbaharu kerajaan ini sebagai zalim kerana akan menggelapkan masa depan peminjam khususnya dari golongan generasi muda. Apakah ini hadiah paling berharga dan mahal bagi kerajaan terhadap rakyatnya khususnya golongan muda yang memberi undi kepada mereka dalam PRU ke 13 yang lalu?

Kerajaan bersikap tidak prihatin dan menunjukkan belas kasihan khususnya kepada golongan generasi muda. Kebanyakan anak muda pada hari ini terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan bukan semua yang bertuah mendapat kerja. Ada kalangan graduan yang tidak bekerja tetap selama bertahun-tahun lamanya atau bekerja dengan pendapatan yang rendah dan di bawah kelayakan akademik mereka. Dengan hutang PTPTN yang masih ditanggung, mereka juga mempunyai komitmen lain seperti mahu berkeluarga, rumah, kenderaan, ibu bapa dan lain-lain yang mesti diselesaikan.

Melaksanakan sistem ini bererti menyenaraikan golongan ini sebagai senarai hitam di Bank Negara dan secara automatik peminjam tidak layak membuat pinjaman dengan bank untuk apa juga urusan seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain lagi. Jika cadangan ini dilaksanakan, golongan muda akan lebih menderita untuk menampung kehidupan mereka yang baru bernafas di alam realiti setelah tamat pengajian.

Sepatutnya kerajaan menunjukkan jalan keluar dan bersimpati terhadap golongan muda yang sedang terkial-kial mencari kehidupan. Generasi muda perlu dipandu, dibimbing serta diberi peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dan kaedah terbaik membayar PTPTN secara ansuran dan mengikut kadar kemampuan mereka.

Tindakan kerajaan menggunakan CCRIS berkemungkinan melanggar akta PTPTN sendiri kerana senarai hitam (blacklist) tidak diperuntukkan di bawah Akta PTPTN. Ini berbeza dengan tindakan menyekat peminjam yang gagal melunasi PTPPTN ke luar negara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22A Akta PTPTN.

Dalam keadaan hutang syarikat gergasi yang dimiliki oleh kroni pemimpin tertentu seperti Eric Chia sebanyak RM 2 bilion, konglomerat Tajuddin Ramli sebanyak RM 580 juta, hutang Datuk Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM 250 dibayarkan atau ‘bail out’ oleh kerajaan, mengapa hutang peminjam PTPTN begitu diteliti sehingga sanggup memburu mereka dengan tindakan yang begitu agresif? Apakah kroni pemimpin negara yang jumlahnya beberapa kerat itu lebih bernilai dari jutaan rakyat yang hidup merempat di bumi mereka sendiri?

Jika beginilah dasar kerajaan, ia menunjukkan wajah sebenar pemimpin negara terhadap rakyat. Ketika rakyat dirayu, ditatang, dijulang dan di sogokkan dengan pelbagai hadiah menjelang PRU ke 13, rakyat itu pula diratah dan di dimamah sehingga menderita selepas mereka mendapat undi rakyat.

DR RAJA AHMAD AL HISS

Nota Hati : Malas nak cakap lebih2. Tak pasal2 jadi popular pulakkan. Harapnya projek nie tak jadi lah sebab kesian kat student yang pinjam PTPTN tuu. (Tak paham dengan pentadbiran sekarang nie -_-")



Thanks for reading ^_~

Tudung Labuh..??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Ambil ikhtibar sayang-sayangku semua berdasarkan entry ini :) 


SITUASI ZAMAN SEKARANG..

Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"

"Amboi, labuh benor tudung alim dah dia sekarang ye??"

" Dia tu ustazah sekolah mana erk?"

" Anak jiran kita tu belajar sekolah agama kat mana? Sekolah pondok ke?"

" Sejak bila pula si A ni pakai tudung labuh?"


 Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan?? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. ::

*Orang Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik Tetapi Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Menutup Aurat .

*Tudung Labuh itu bukan milik USTAZAH. Actually, milik MUSLIMAH. Muslimah yang solehah. Solehah itu bukan diwarisi, kita kena cari..

*Pakai tudung labuh tak wajib . . tapi melabuhkan tudung itu wajib !

~Saya Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..
Awak Kena Faham ...
Saya Nak Bagitau Umum ...

Bahawa Saya Bertudung Labuh Adalah Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..

Saya Nak Bagitau .. Bahawa Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !

Saya Nak Bagitahu .. Yang Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~

Dan Orang Seperti Saya Tak Layan Gangnam Style , Harlem Shake Dan Yang Paling Terbaru GWIYOMI
# Terlalu Terikut Dengan Budaya Luar ..

Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..

Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh

Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ... Kerana Saya Tahu ..
Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat

Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..

Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan Dosa Kerana Berpakaian Seksi .. Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..

Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???

" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''
Kenapa perlu disalahkan TUDING bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..?? 
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya.., 
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..

p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN....

Orang pakai purdah ke niqaab ke tudung labuh ke , bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang .. bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang .. bukn nak habaq kami wanita Syurga sayang ..
Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil .. Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH .. 
Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah .. Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu? Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..

Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yg SEBENAR hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?
Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami? Semua orang pun boleh sayang .. Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya .. 
Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA , memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai .. tak ada orang nak halang .. Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang .. Jangan kita susahkan .. 

-------------------------------------------------------------------------------------

PERSOALANNYA.. ADAKAH SEMUANYA BENAR??

Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?

Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan wanita yang dianggap kurang solehah?

Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?

Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan geng-geng khemah dan payung terjun sahaja (maknanya tudung labuhlah, sebab depa punya tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ?

Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.

Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.

Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang

Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)

Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh baq hangggg!
Takut aku.

So macam mana?
Muslimah please

Give your own true story

To prove to everyone including me
That
I am tootally wrong.

Will read with pleasure

Berukhuwah kerana Dia, bukan memandang pemakaian semata-mata. Lain orang, lain penceritaannya. Jangan pula memandang mereka yang baru nak berubah ni dengan pandangan tak baik. Hanya Allah yang layak menghakimi seseorang. Sebagai hambaNya, kita wajib mengajak seseorang kepada yang makruf(baik). Dakwah secara lembut itu lebih indah. Wallahu'alam.

Wanita yang betul-betul solehah, boleh masuk dengan semua jenis orang, boleh sebarkan cinta kepada semua wanita lain tanpa membuatkan orang lain rasa janggal dengan dia. Wanita yg betul-betul solehah juga akan really make effort untuk menyampaikan dakwah kepada wanita lain dan bukannya berada dalam kelompok usrah mereka sahaja tapi turun berdakwah dengan kelompok yang sangat memerlukan pengisian rohani.
Bertudung singkat ke tudung labuh. Mengikhlaskan hati dan cuba sedaya upaya utk istiqomah dalam beribadat.

Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..

Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram 
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.

Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??

Wallahu a'lam..


Thanks for reading ^_~