~ Kengkawan ~

Friday, 29 June 2012

DAJJAL


Salam,

baru2 nie aku ada dengar ceramah kat kolej aku nie...biasalah, kalau kat u nie macam2 aktiviti yang diadakan...terutama ceramah...so, aku dengan bersemangatnya pergilah ceramah tuu... (nak dapat kupon aktiviti senanye -,-)
waktu ceramah tu adalah sikit info yang dapat aku salin untuk berkongsi dengan anda semua..hehehe...


APAKAH ITU DAJJAL?
  • Beriman kepada kewujudan dajjal termasuk dalam KEPERCAYAAN PADA HARI AKHIRAT...
  • Tertulis perkataan KA, FA, RA di dahinya (كافر)...
  • Lahir 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s...
  • Yahudi Zionis (Ash Kenazi)
  • Beragama kabala (Agama Kuno Yahudi)
  • TENTERA DAJJAL adalah ORANG YAHUDI...
  • BUTA MATA KIRINYA... "sesungguhnya Dajjal itu terhapus matanya yang sebelah kiri"...
  • MATA SEBELAH KANANNYA TIMBUL... "Bermata celik disebelah kanan seolah-olah ia adalah sebiji anggur yang terapung"...
  • Tubuh badannya sesuai dengan manusia zaman ia dilahirkan iaitu 3500 tahun yang lampau...


ALAMATUL QUBRA
  • Hijaunya bumi ARAFAH...
  • Lahirnya anak2 hasil ZINA...
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar DABBATUL ARDHI...
  • Keluar asap tebal dibumi HIJJAZ... (MEKAH & MADINAH)...
  • Munculnya NABI2 PALSU yang KE-40...
  • Berlaku perang besar di kawasan KAUKASUS...
  • Runtuhnya KAABAH akibat diserang oleh ORANG HABAYAH...
  • 3 kali GEMPA BUMI...
  • Bermulalah KEKUASAAN DAJJAL...
  • Munculnya IMAM MAHADI...
  • Turunnya NABI ISA A.S dan MEMBUNUH DAJJAL...
  • Keluarnya SUKU YAAJUJ & MAAJUJ...
  • Diangkat Al-QURAN & ILMU2 AGAMA (ad-Din) dari Manusia...
  • MATAHARI terbit dari UFUK BARAT...
  • Mendengar tiupan SANGKAKALA...


  • Ramai orang sebenarnya jahil dan memandang rendah kepada dajjal tetapi mereka sebenarnya tidak tahu tentang bahayanya dajjal...
  • Pengikut dajjal memuja dan menyembah syaitan...
  • objektif dajjal adalah untuk menyesatkan pengikut Nabi Muhammad s.a.w...
  • Syaitan boleh menyerupai sesiapa sahaja dengan kehendak Allah s.w.t. kecuali Rasulullah s.a.w.
  • Bahaya dajjal terletak pada tipu dayanya.. (musibah & Fitnah)...
  • Ajaran dajjal seolah-olah satu bid'ah (penambahan) dan pelengkap sehingga manusia merasa rugi jika tidak mempelajarinya..

DOA UNTUK MENGELAK DARI FITNAH DAJJAL

اُللّهٌمَّ إِنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَ الْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الْدَّجَّالِ


Maksud: Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, seksa neraka Jahannam, fitnah kehidupan dan setelah mati serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.



p/s : sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya dari diri saya sendiri.. Berdoalah kita kepada Allah s.w.t. semoga kita dapat mengelakkan diri dari fitnah dan tipu daya dajjal diakhir zaman nanti...kalau ada kekuranggan atau pembetulan silalah komen... :D







No comments:

Post a Comment