~ Kengkawan ~

Sunday 9 September 2012

Maafkan Jika Aku Tak Sempurna !!

Salam,

*buat readers kaki novel* (macam gua !)

Maafkan jika aku tak sempurna :(
wahh, agak gah jugak kan tajuk entry cik atynn kali nie...haha... cik atynn bukan apa...cik atynn juz nak berkongsi dengan korang semua espesially yang KAKI NOVEL *Gila Novel*...kalau Kaki Novel nie pergi MPH, Kinokuniya, Popular mesti rambang mata kan tengok novel yang ada kat sana...bukan sikit tapi berpuluh2 novel...boleh pengsan kalau dah obses gila bila tengok novel yang banyak macam tu...silap2 boleh pulak bentang tilam yang empuk dekat kedai buku tu kan...tidur bersebelahkan buku novel... *sila imagine  seperti benda nie betul2 real ok*...kekekekeke

cik atynn dah mula merepek nieee...haha... tapi siyus taw... cik atynn nie pun penggemar novel...kalau ada duit je, tengok novel yang best2 mesti beli...tapi koleksi novel cik atynn takde lah yang macam penggemar novel yang dah ber rak-rak buku novel...dalam 1 rak cik atynn yang besar tu baru rak yang atas jee yang penuh...haha...so, maknanya tak lah banyak sangat kan novel cik atynn... *ayat sadis* uhuk !...tapi sekarang nie cik atynn dah jarang beli lah...coz nak save duit untuk belanja makan kat UiTMNS nie...ahak !

okay, sekarang nie cik atynn nak promote korang yang kaki novel semua tentang novel Maafkan Jika Aku Tak Sempurna by Acik Lana...


okay, siapa yang pernah baca novel nie mesti tau kan novel nie best ke tak...tapi siyus...bagi cik atynn novel nie BEST GILA !!! ..jatuh cinta cik atynn dengan penulis dia...huuu o.O
*ada pulak orang yang jeles kang... ahak !* gurau jee...
maksudnya, cik atynn dah suka dengan penulis novel nie lah...udah gemar lee katekan...haha....
korang yang belum beli lagi novel nie sila2 lah beli...siyus korang takkan rugi kalau beli novel nie punya...silap2 korang pun akan jatuh cinta dengan penulis nie...hohoho

so, jom kita layan sinopsis dia duluu...


*****

Di saat itu...

Luqman : "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dengan awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la...."

Melina : Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh dengan tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke pintu syurga?


Di saat ini...


Luqman : "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."


Melina : "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."



*****

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


*****

p/s : sesiapa yang dah beli novel SWEET nie or bakal beli novel  nie silalah komen yeee :)
sekarang cik atynn tengah mencari buku WANITA YANG DIRINDUI SYURGA...tapi tak dapat lagi :(


sesiapa yang ada cadangan buku2 dan novel2 yang best boleh lah bagi tau cik atynn yee...cik atynn nie rajin dan suka membaca... ^_^

wassalam...

2 comments:

  1. Sama mcm wife saya....peminat tegar novel2 ni...

    ReplyDelete
  2. @Hanif Idrus ...saya mmg suka baca buku and novel nie...boleh tambah ilmu ^_^

    ReplyDelete