~ Kengkawan ~

Tuesday, 9 October 2012

Segmen Miz Ruha | Lesen

Assalamualaikum,

Hamboiii, cik atynn. Mentang-mentanglah tadi baru abes paper MKT, malam dah berblogging pulak yee. Abes lagi dua paper tu bila nak study? Esokkan boleh -.- HEHE.

 Kali nie cik atynn nak join segmen dari Miz Ruha. Tajuk segmen nie memang mengujakan cik atynn. Berkaitan pasal LESEN. Haa, nie yang cik atynn tak sabar-sabar nak cerita nie. Tapi sebelum tuuu, cik atynn nak promote segmen nie kat readers semua. Sape agak-agak yang ada kisah sadis, happy berkaitan dengan lesen yang ingin dikongsikan dengan blogger-blogger lain bolehlah join segmen nie.

http://bird7842.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html
comel pulak lesen tu punya gambar. Macam CIK ATYNN :p
Sapa yang nak join segmen nie bolehlah KLIK SINI
*Sorry, cik atynn tak reti linkkan link tu kat banner tu. HEE*
Kalau nak tau syarat lebih lanjut click lah link dekat atas tu yee. Kalau tak nampak boleh la comment. Nanti cik atynn kasi besaq link dia. Okay?! :p
EXPIRED DATE : 19 Oktober 2012, 5 ptg.

*****
Okay, sebelum tu cik atynn nak minta maaf jika entry nie terlampau panjang ye Miz Ruha :D Disini ceritanya bermula. Nak kata sadis memang sadis. Kelakar memang kelakar. Tak tau nak cakap macam mana. Anda readers nilai lah sendiri ye. Dan jangan lupa comment sekali. HUHU. Dan juga cerita yang cik atynn nak cerita nie adalah KEJADIAN BENAR, dan TIADA TOKOK TAMBAH dan UNSUR-UNSUR PENIPUAN. Apa yang cik atynn cerita adalah pengalaman cik atynn sendiri yang hanya tersimpan rapi. Dan sekarang cik atynn nak  kongsikan cerita lesen nie dengan readers semua. *Muka excited >.<*

Okay, lepas cik atynn abes form 5, emak cik atynn suruh ambil lesen kereta dengan motor. Yeahh, sukanyaaa ! \(^_^)/ Tapi, *ada pulak tapi tu* cik atynn sebenarnya tak reti bawak motor langsung. NORMAL LAH TU KAN PERMPUAN TAK RETI BAWAK MOTOR? Normal ke? -..- *Abaikan muka itu* So, cik atynn pun cakaplah dengan emak yang cik atynn nak ambil  lesen kereta jee. Jujur cik atynn cakap cik atynn nie bukanlah peminat TEGAR motor. Bukan tegar je. Tapi tak minat langsung. Bukan benci yee :p Tu lah salah satu sebab cik atynn paling LOSER dengan motor. *Cik atynn minat kereta je :)* Then, nak dijadikan cerita emak cik atynn tak kasi. Emak cik atynn suruh juga cik atynn ambil lesen kereta dengan motor jugak. HUH! Perang besar beb. Sampai masuk parlimen semata-mata nak selesaikan hal nie :( *Ok, cik atynn tipu. HEE* Cik atynn pun ikut je lah cakap emak cik atynn. Nak buat macam mana. Syurga kan dibawah telapak kaki ibu :D

So, alhamdulillah sesi belajar dalam CLASS untuk kereta dan motor pun berjalan lancar. Test komputer yang macam kacang tu pun senang je. Tiba di hari kejadian. First sesi pembelajaran cik atynn bawak kereta. Semuanya berjalan lancar :) Lepas 5-6 hari cik atynn kena pergi class menunggang motor. ADUH ! Nie yang cik atynn LEMAH nie. Menggigil kepala lutut den. Tapi ditabahkan juga hati walaupun masa tu memang rasa tak sedap hati -.- Waktu cik atynn nak belajar tu waktu tengah hari. Of course lah SUNBURN kan. Habis kulit I terbakor-bakor. BENCI TAU ! *tangan dibahu mata ke atas :p* Waktu nak mula sesi class menunggang tu *jadah tah nama dia -.-* yang ada kat situ yang nak ambil lesen motor cuma 7 orang. 6 lelaki dan yang paling sadis cik atynn sorang perempuan. Ditekankan, CIK ATYNN SORANG JE PEREMPUAN ! HUUU :'( Kepala lutut memang dah menggeletar waktu tu.

Then, cik atynn pun buatlah muka riak biasa walaupun dalam hati cuak. Dah la cik atynn tak pernah bawak motor. Hari tu nak kena bawak motor. MEMANG KERJA GILA ! Jadi pembonceng tu pernah lah. So, pakcik yang jaga tu arahkan ambil motor sorang satu. Cik atynn pun ikot jela cakap pakcik tadi. Budak laki yang lain dah pergi kat motor belek minyak. Cik atynn yang sememangnya BLUR pasal bende tu tengok je diorang. Then, salah sorang tu tanya cik atynn. "Kenapa tak ambil motor?". Perghhh, SOALAN MAUT NIE. Tak pe lah, nak tak nak cik atynn terpaksa jugaklah hilangkan rasa malu tu dengan cakap "Saya tak tau pasal motor nie." Malu tahap gaban waktu tu. Dah lah semua lelaki tu pandang cik atynn dengan tanda soal dikepala. -.-? Agaknya dia kata perempuan zaman apa nie tak reti bawak motor? ZAMAN NEOLITIK?

Then, dia tanya lagi "Tak reti bawak motor ke?" Hamboii, dah pandai ye bagi soalan maut. Cik atynn juz geleng kepala je. Rasa waktu tu macam nak menyorok je bawah kereta. Then, diorang tolong cekkan minyak motor untuk cik atynn. Cik atynn pulak berdiri macam tunggul nyanyi lagu negaraku dekat situ. Tak tau apa yang diorang buat. Tetiba lelaki tadi cakap "Yang nie ada minyak. Ambil motor nie." Cik atynn pun pergilah kat motor tu. Then cik atynn tanya. "Motor nie berat tak?" Aduh, Fatin. Kenapa kau tanya soalan bodoh tu? -.-' Then lelaki-lelaki tadi pandang je, dengan tersenyum manis. Oh, Salah. SENYUM SINIS :p Diorang just geleng kepala.

Nak dipendekkan cerita, cik atynn tengok budak lelaki ramai-ramai semua dah pergi dekat litar. Cik atynn yang terkial-kial baru nak ambik motor nie pun turunkanlah stand. Cik atynn pun bawak lah motor tu. Opss, jangan salah sangka. Bawak bukan naik atas motor tu. Means cik atynn kena tolak motor tu. Lepas turunkan stand tu, BAPAK AR. Berat gila motor. Aduhai, cik atynn tolak motor tu sampai dengan cik atynn sendiri nak terjatuh. Pakcik tu pulak tengok je. Ada ke patut? Then, sampai depan pakcik tu dia suruh cik atynn bawak motor. Budak lelaki lain dah masuk litar. Cik atynn cakap lah cik atynn tak tau bawak motor dan tak pernah bawak motor. Pakcik tu pun sudi ajar.

Mula-mula pakcik tu ajar double-stand. Pergh, motor berat tu pun nak bawak tadi rasa macam nak mati nie pulak nak kena double-stand. Nak kena angkat lagi? Memang tak terangkatlah citer dia. Walaupun sedaya upaya cik atynn menggunakan seluruh tenaga untuk double-stand motor tapi ianya tetap tak berhasil. Sampai pakcik tu cakap "saya tengok dari tadi motor nie tak terangakat. Awak je yang terangkat." Sabo jelah dengan pakcik nie -..- Then, dia suruh cik atynn bawak motor pulak. Dia dah ajar enjin semua. Time cik atynn bawak tu dia suruh pusing bulatan je dekat-dekat situ. Dah la motor tu berat. Bila pusing je nak jatuh. Bukan nak jatuh, tapi dah beberapa kali jatuh and you know what. Pakcik tu tak tolong pun. Bukan nak tolong angkat motor. Dia sampai cakap "nanti waktu ujian, kalau awak jatuh, awak kena angkat motor sendiri. Orang lain tak boleh tolong." Sakitnya hati waktu tu hanya Tuhan je yang taw. 

Then dia suruh cik atynn bawak jauh sikit. Means main pusing-pusing tapi dalam jarak jauh. Mungkin dia tengok cik atynn da ada peningkatan lah kot. YEKE? Cik atynn pun ikut je lah. Best jugak pusing motor jauh-jauh nie. Dan paling penting jauh dari pakcik tu. HAHA. Waktu tengah pusing-pusing, tengah syok-syok melayan perasaan dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ditambah lagi berangan tentang puteri kayangan turun ke bumi dengan motor? erkk -.-? Tetiba tengah syiok-syiok bawak motor tetiba motor sangkut-sangkut. Arghhh, apasal pulak nie. Cik atynn dah la BLUR dengan motor. Tetiba tengah feeling-feeling boleh pulak motor sangkut-sangkut. Waktu motor sangkut-sangkut tu tangan dengan kaki cik atynn dah standby dekat break. SAFETY FIRST :) Dah agak makin teruk tu barulah cik atynn tekan break kaki. Break tangan cik atynn tak tekan. Tetibe pulak tepat je motor tu sangkut-sangkut yang terakhir break tangan PATAH. Huarghhh, apa nie?? Rasa macam nak nagis laju-laju kat situ. Memang waktu tu cuak gila lah ditambah dengan nak melalak nak balik waktu tu jugak. :'(

Then, cik atynn pun duduk jadi tunggul kayu dekat situ. Pondok pakcik tu pulak jauh memang tak lah cik atynn nak tolak motor tu :p Tak lama lepas tu, pakcik tu lambai tangan dengan cik atynn. Cik atynn pun buatlah muka blur -.- Agaknya pakcik tu dah bengang panggil cik atynn, cik atynn tetap macam tunggul dekat situ, pakcik tu pun datang bawak skuter dia. "Apasal nie?" Cik atynn dengan rasa cuak juz cakap "Tak tau. Tetiba motor nie sangkut-sangkut." "Habis minyak kot?" Pakcik tu cakap. "Tak tahu." Bila pakcik tu suruh turun cik atynn tunjuk break tangan yang dah patah tu. Takot lah jugak. "pakcik, nie tetiba patah. saya tak usik pun. waktu sangkut-sangkut tu dia tetiba patah." Nampak macam kenyataan tipu. Tapi tulah yang sebenar-benarnya. "Yeke? macam mana boleh patah? Awak nie tulang besi ke?" Aduh, pakcik nie. Cik atynn ingat dia nak marah sebab muka dia serius. Tapi rupanya dia gelak. Pakcik-pakcik~~

Tak lama lepas tu, ada sebuah kereta lalu berhenti betul-betul depan kita orang. Pakcik tu boleh pulak tunjuk break tangan yang dah patah tu sambil cakap "budak nie bawak motor sampai break tangan patah. Urat besi betul budak nie" Gilalah. Malu tahap gaban waktu tu. Dah la orang dalam kereta tu satu family. Anak dia sampai bukak tingkap nak tengok break tangan tu. Bukan tengok break tangan je. Dengan cik atynn pun diorang nak tengok. *cantik sangat ke aku?* Malu weyhh ! >.<

Then, cik atynn balik rumah cik atynn cakap kat mak cik atynn yang cik atynn tak nak bawak motor. Tapi ditentang keras. Dan ternyata kepala cik atynn lagi keras :O Dan disebabkan perkara itulah cik atynn jadi FOBIA nak bawak motor sampai sekarang. HUH ! Tu lah FIRST and LAST cik atynn bawak motor. Taknak lagi dah. Scaryy -.-! 

Sebenarnya cik atynn nak cerita version pasal kereta pulak. Karang satu blog nie tak cukup semata-mata nak cerita pasal lesen cik atynn aje. Nie pun lesen pasal motor nie seboleh dan sehabis daya cik atynn ringkaskan. Namun, apa daya ia tetap panjang. Maaf ye readers semua andai kisah yang cik atynn ceritakan ini membosankan. Itu saja lah cerita cik atynn mengenai lesen. TQ sebab sudi baca :D

*****

SEKIAN :D

19 comments:

  1. hai , join dari segmen yg sama..

    http://twentydotnine.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-l-lesen.html

    dah follow awk , kalau sudi follow sy jgak ye

    ReplyDelete
  2. cerita cik atynn sangat lawak... sory, tapi memang gelak habislah baca entri cik atynn ni.. :D :D

    thanks join.. ^_^

    ReplyDelete
  3. GreenSejukHati - dah folow kembali :)

    Miz ruha - Thanks sudi baca. Kalau diingat balik isah tu memang lawak. HAHA ^_^

    ReplyDelete
  4. Selamat berkenalan ^_^
    Kunjungan balas dari Wilma...
    Follower # 210 dan Like Page # 26

    http://duniawilma.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen/

    ReplyDelete
  5. untungnya .. yana dulu kene kje kumpul duit sdr utk amek lesen .. heheh alhmdlh

    dr segmen sama .. DONE follow

    jom ^^

    http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  6. Wah memang panjang berjela. Tapi berjaya gak saya habis membacanya. By the way nice story. saya datang dari segmen yg sama http://www.sembangcyber.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  7. Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

    ReplyDelete
  8. Entry berjela takpe.janji ayat yg disusun menarik...jadi readers tak jemu nak baca.. Hehe..nice story..kejam betul pakcik tu... Hehehe..

    Singgah dr segmen sama

    ReplyDelete
  9. Panjangnya...hehehhe
    saya dah join..

    ReplyDelete
  10. sama la...cuma minat kereta je.. =)

    ReplyDelete
  11. Memang anti motor juga...

    dr segmen yg sama

    http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruhalesen.html

    ReplyDelete
  12. Ok la tuww.. huhh jannah bawak besikal pun x penah.. klu motor apetahkan lagi la..so secara langsung memang tak akan ada lesen moto.. huhuhuhu =(

    ReplyDelete
  13. feel free baca mi punya pulak ! :)
    http://nsyammie.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  14. ekekeke... zaman Neolitik tu tak leh blah.. ekekek... ganaz tul lah brek tangan blh patah eekekek... pecah perut + sembelit baca hakhakahk.. lawak gak dia ni...
    http://www.silenceblogz.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  15. hihi..pjg & bermakna..
    done follow

    http://cikzaniff.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  16. ha,,ha,,pecah perut baca ...boleh ke macam tu...ha..ha.. http://kate-na.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  17. erkk..hand brake patah?ok itu memang kelakar..muehehehe

    aniway, wa join jugak..tapi xpost lagi :)

    selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
  18. Lawaklah kisah cik atynn ni.. hehe

    Dari segmen sama..
    http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  19. tak pernah lagi rase nye bawak motor sampai brek tangan patah.. memang betul2 kuat ni.. ish ish so last2 lesen motor tak amek r? tak dapat r race camni.. =P

    ReplyDelete