~ Kengkawan ~

Monday, 3 December 2012

I'm Back ^_^

Assalamualaikum,



Hello..Hello.. dan Hello semua readers :) I'm BACK ! hohohoho

setelah sekian lama cik atynn tak berblogging so sekarang nie adalah masa untuk membalas dendam. HAHAHA. gelak evil ! rasanya lebih dari sebulan kot  cik atynn tak update apa-apa kat blog tersayang nie. sobsob :( sorry lah readers yang telah berkunjung ke blog cik atynn tapi buka je blog cik atynn KOSONG~~ maap..maap

so, meniti hari-hari yang sepi tanpa blog sepanjang cuti semester agak membosankan ! -.- maklumlah, rumah cik atynn takde berokband. cik atynn cuba minta kat ayah suruh belikan berokband supaya senang nanti. tapi jawapan amatlah sangat unpredictable. nak tau apa jawapan ayah cik atynn? jawapannya adalah KENA CERAMAH ! dah la kena ceramah, then ayah cik atynn cakap "bole je kalau nak beli berokband, tapi yang bayar hanya sekali seumur hidup!" ada ke beroband yang macam nie? sadis betul :( HAHA. so, sekarang cik atynn amat fobia untuk minta apa-apa lagi dengan ayah cik atynn. HEHE.

so, cuti semester yang panjang ini memang tak boleh nak jumpa kawan2 yang dekat U lah kan. semua duduk jauh2. apa boleh buat. rindu pulak nak borak and bergosip2 dengan diorang. HAHA. cik atynn nak story pasal diorang yang satu rumah dengan cik atynn waktu cik atynn sem 3. tapi tak sempat pulak. InsyaAllah kalau cik atynn ada masa dan tenaga dari segi mental dan fizikal yang cukup cik atynn akan update pasal mereka. HOHO

actually banyak yang cik atynn nak cerita sepanjang cuti semester nie. banyak sangat. walaupun agak membosankan kehidupan hari-hari yang sepertinya kosong *tak tau nak buat apa sebenarnya* tapi ada juga cik atynn pergi melencong ke sabah bersama family. HUHU. cik atynn nak cerita pasal cik atynn melencong ke sabah nie. tapi gambar-gambar sabah cik atynn semua dalam phone cik atynn. cik atynn nak copy kat lappy tersayang pun tak boleh coz wayar USB cik atynn rosak. Tension betul ! 



so, my first time naik flight ke sabah amatlah SERONOK OK ! kecoh betul. naik flight je, bukan roket ataupun roket soyuz tma pun kan :p i don't care. cik atynn suka sangat waktu dia nak speed untuk terbang tu. sangat lah best. rasa macam nak terbang banyak-banyak kali jee. dulu waktu kecik cik atynn pernah bercita-cita nak jadi pramugari taw sebab nanti cik atynn boleh melancong ke seluruh pelusuk dunia. HAHA. biasalah waktu kecik-kecik dulu. fikiran tak matang lagi kan. bila kecik-kecik dulu tak matangkan. so, bila dah besar nie dah matured ke? sila abaikan soalan ini -.-

so, bila dah naik flight mestilah jumpa abang2 pramugara and kakak2 pramugari yang cantik2 dan kacak2 kan. HAHA. tak sempat pulak nak snap gambar dengan dioarang kan. HEE. Mr.Q jangan jeles yee :)

ada jugak cik atynn pergi memancing sungai dan laut dengan ayah dan ibu cik atynn. cik atynn tak suka memancing sungai sebab memang takkan dapat ikan punya. Stress betul ! ayah cik atynn kalau memancing boleh dapat dua skali ikan haruan. ikan tioman pun boleh dapat. semua ikan2 tu menjadi hiasan dalam rumah. HAHA. cik atynn mancing sungai memang tak pernah dapat. ceh ! nampak sangat LOSER kan.

 tapi cik atynn TERROR apa memancing laut. sekali memancing je boleh dapat banyak sangatttttttt TAPAK SULAIMAN -.-



apa jadahnya la cik atynn mancing dapat starfish nie. bukan sekali dua. tapi setiap kali pergi memancing laut je setiap kali tu tak pernah miss dapat si starfish nie walaupun dapat ikan kan. kadang2 bila baling boleh dapat sampai 4-5 ekor starfish kalau dikira2. so, bila ditambah, tolak, bahagi dan darab semua mencecah boleh mencecah hingga 20 ekor semuanya. memanglah cik atynn boleh bukak galeri cenderahati TAPAK SULAIMAN kann :p *suka bebenor tapak sulaiman tu dekat cik atynn. harap2 nanti ikan pari pulak suka dekat cik atynn. kan senang. sekali baling dapat seekor ikan pari. kalau 10 kali baling dapat 10 ikan pari. HAHAHA. kalau masak asam pedas SODAP tu. kenyang..kenyang ~~

so, sekarang nie cik atynn dah masuk U balik. Tahun ke-2, sem yang ke-4. cik atynn nak cerita banyak2 sangat pasal kehidupan cik atynn waktu cuti sem pun tak boleh sebab sekarang nie bila dah masuk sem nie dah mula busy sikit kan. so, agak susah nak cerita. cik atynn akan cerita di lain hari yee. InsyaAllah kalau cik atynn ada masa lapang. sekarang nie jadual cik atynn semuanya kelas waktu pagi. semuanya kelas pukul 8.00 dari hari isnin hingga jumaat. parah2 ! sekarang nie cik atynn dah jadi seorang student dan seorang komander di UiTM kuala pilah (beting). harap2 sem nie boleh berusaha lebih lagi. InsyaAllah :D Sekian.

1 comment:

  1. bila tgok tapak sulaiman tu teringat pd patrick star..hehe

    ReplyDelete