Assalamualaikum ♥
Iblis laknatullah
membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada
kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita
masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi
yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian
Tangan
Kebiasaannya telapak
tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada
sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak
tangan).
"Ah!Tidak apa-apa,
kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita
menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik,
"Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan
Dada
Setelah menampakkan
tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru
lagi.
"Kini buka tangan
sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi,
iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian
terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang
pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian
fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah
lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi
Telanjang
Syaitan berbisik lagi,
"Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus!
Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah
dan cantik
dipandang."
Maka tergodalah si
wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang,
hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,"
begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka
wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi
telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah
mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti
ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah
hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru
itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau
mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki
kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah
dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para
wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu
pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu
cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan
menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata
selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea
lagi.
"Rambutmu sangat
cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba
fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang
kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi
syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali
berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu
cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual
di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja.
Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan
syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai
pakaian terdedah.
Terkadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan
menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin
moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini
tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau
kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan
mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi,
kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang
seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti
membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam
itu.
Hingga pada suatu ketika
nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara
terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan
buah dada!!!
Ingatlah, syaitan
laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus
dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu
dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
Nota Hati : Sama2lah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar kita terhindar daripada bisikan dan godaan syaitan.
Assalamualaikum..perkongsian yang menarik utk memulakan hari.Thanks dear.semoga kita terhindar dari godaan syaitan laknatullah.Amin
ReplyDeleteKak Fahz : InsyaAllah :)
ReplyDeleteinfo yg baik :)
ReplyDelete