Assalamualaikum ♥
hye peeps. Holla, holla holla ~
New entryy ! Tak payah nak new entry sangatlah atynn oii. -.- Hari nie tetibe pulak mood gatal nak menaip cik atynn datang kan. Walaupun idea tengah kosong nie, tapi cik atynn tak peduli. Tulis je la apa yang terlintas kat hati nie kan. Ha, tu lah yang dikatakan Hasil penulisan yang ikhlas dari hati kan. haaa, giteww uollsss *tangan di bahu mata ke atas* :p
So, tajuk utama cik atynn hari nie adalah PMS. Ha, korang tau tak apa maksud PMS? Eh, bukan Pertandingan Masak Satay lah ! -.-'' Tapi Pre Menstrual Syndrome. Dalam bahasa melayunya 'Sindrom Pra Haid'. Dah lama cik atynn nak kupas mengenai tajuk nie. Eh, ingat nie bawang ke nak main kupas2 -.-'' Tapi baru sekarang tangan mengada2 nak menaip. haha.
Watch out ! |
Ha, yang perempuan mesti dah sedia maklum kan mengenai PMS nie? hehe,malu lahh itew nak ceritaa ~ *lempang muka berkali2* okay, dah baik dah. So, yang perempuan, taknak lah perempuan, nak wanita, ayu sikitkan. Hahaha, So, bagi yang wanita kebiasaannya beberapa hari sebelum kedatangan haid mesti agak sedikit pemarah kan. Asyik nak marah2 je. orang buat itu salah, buat ini salah. Adik datang mintak tolong ajar pun kena marah. ada je tak kena. Orang tu tak buat salah pun dikira salah. Sikit2 nak Marah, marah, marah! Emosi je lebih. *Ya, itu berlaku dekat saya -.-'*
Ketahuilah Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya.
Tanda2 anda PMS ialah :-
1. Emosi tak menentu.
Korang mungkin akan jadi sangat emosi. Kejap happy, sedih, gelisah lepas tu rasa geram and nak marah orang je. Orang tu tak buat salah pun korang nak sentap tak tentu pasal. Kadang2 bende yang kecik pun boleh jadi sebesar2 isu yang boleh di debatkan. Lepas tu korang akan rasa macam nak nagis. Perkara remeh pun akan menyebabkan korang menangis. Then, tetiba happy tak memasal. kan? Haha, ingat lagi dulu someone kena dengan cik atynn time dia datang pilah nak jumpa dengan cik atynn. Kesian dia, dia tak buat salah pun and malam tu dia nak sambut bufday cik atynn and dia belikan kfc untuk cik atynn. Tapi, hari yang patutnya happy jadi macam angin lalu jee. Muka takyah cakaplah. Berkerut habis Senyum pun sekejap je. Macam tak ikhlas. Then, tetibe jadi cengeng tak tentu pasal kan. tskk T_T Esoknya terus minta maaf berkali2 kat si dia. Nasib baik si dia paham. TQ. hehe
2. Selera makan bertambah & Mengidam !
Korang akan tetibe je berselera makan. Makanan tak sedap pun korang bedal. Apa yang ada depan mata semua ambik masuk pinggan. Sebelum nie kalau makan setengah pinggan tetiba je tambah nasi sampai 3 pinggan kan. Mak mentua lalu belakang pun tak nampak kan. Haha. Ha, yang nie memang betul pun. Tapi kalau tak disebabkan PMS pun memang selera makan cik atynn hari2 sama je. Tetap banyak kan. Hehe. Ha, yang part mengidam nie pulak dah macam orang pregnant kan. semua dia teringin nak makan. Nak makan bukan yang biasa2. Nak2 mintak 3 mangkuk lagsane, speghetti bolognese, pizza hut. Melampau betul kan. Tu okay lagi. Nak nya dia mintak paku, besi, batu semua naya je. Haa, amek kau. Tak melopong mulut tu? hehe. Mana berat badan tak bertambah. Baru je ingat nak diet kan. Korang jugak mungkin akan mengidam benda yang masam atau manis.
3. Sakit di sesetengah tempat
Ha, yang nie orang perempuan faham lah kan. Biasanya dia akan sakit di pinggang. Lagi2 kalau first day datang. Lenguh je memanjang lagi2 time berdiri. Kalau boleh dalah seminggu tu nak baring je kat katil. Haha. Then diikuti sakit perut yang amat sangat. Senggugut dalam saintifik sainsnya adalah DYSMENORRHEA. *sejak bila budak business pakar dalam sains nie?* Bukan sesungut okay ! tu ayat cover. Ada certain yang sakit sikit dan sakit sekejap je. *macam saya* Ada certain pulak yang kena sampai menggigil2 dan tak boleh bangun. Dia kena baring dan tidur je. Tapi bagi kami wanita nie normal la bende tu.
4. Tahap konsentrasi yang lemah.
4. Tahap konsentrasi yang lemah.
Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas. Nak buat tu malas nak buat nie malas. Yelah, dah takde mood kan. Nak buat apa semua malas. Sampai jadi pemalas. ekh -.-??
5. Timbul Jerawat.
Yang nie satu problem. Kalau waktu2 macam nie lah dia sebok nak menonjolkan dirikan. Kalau diri tu kecik tak pe jugak. Nie, dah la besar kena pulak setempek dekat muka. Orang tengah Bad mood bertambah2 bad mood dengan munculnya jerawat yang tak diundang nie kan. Mau hari2 pakai sabun papaya tenyeh2 kat muka nak bagi dia kecut dan hilang. huhu. -.-
Antara tanda-tanda yang lain :-
- Abdomen rasa penuhhhh, rasa bergas.
- Abdomen rasa bloating
- Breasts tenderness
- Clumsiness
- Sembelit atau cirit birit
- Food cravings
- Headache
- Less tolerance for noises and lights
- Confusion
- Difficulty concentrating
- Fatigue
- Feelings of sadness or hopelessness (See also: Premenstrual dysphoric disorder)
- Feelings of tension, anxiety, or edginess
- Forgetfulness
- Irritable, hostile, or aggressive behavior, with outbursts of anger toward self or others
- Loss of sex drive (may be increased in some women)
- Mood swings
- Poor judgment
- Poor self-image, feelings of guilt, or increased fears
- Sleep problems (sleeping too much or too little)
- Slow, sluggish, lethargic movement
Sebab PMS ?
- Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.
- Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.
- Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu.
- Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS.
So, lastly jom kita layan video Kak Maria Elena nie. Tentang Pre Menstrual Syndrome. Memang kelakar dan itulah hakikat yang terjadi kepada mereka yang bergelar wanita ^_^
Nie kenapa cik atynn tetiba story pasal PMS nie? Entry kali nie hanyalah untuk menambah pengetahuan disamping berkongsi ilmu dengan rakan2 wanita dan gadis seperti saya. *sila muntah hijau sekarang* So, sesapa yang dah baca dan nak kongsi pengalaman, amatlah dialu2kan dan dipersilakan komen anda dibawah entry ini. hehe
Nota Hati : "Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita." (Direkodkan oleh Bukhari)Thanks for reading ^_^v
nono komen pasal ni.. hehe
ReplyDeleteJemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^
http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html