~ Kengkawan ~

Thursday 28 February 2013

"Saya Islam Tapi Saya Gay"

Assalamualaikum ♥


Homoseksual iaitu hubungan seks antara lelaki dengan lelaki. Homoseksual adalah perbuatan yang menyalahi fitrah, kerana sesungguhnya Allah menjadikan berahi yang normal itu adalah berahi antara lelaki dan perempuan. Maka perbuatan homoseks adalah sungguh-sungguh suatu keingkaran yang keji terhadap fitrah manusia dan keruntuhan akhlak yang sangat rendah. Homoseksual merupakan perbuatan keji yang dimurkai Allah. Sebagaimana yang dicontoh oleh Allah di dalam Al-Quran tentang kehancuran umat nabi Luth a.s. disebabkan mengamalkan perbuatan homoseks.

 Mengenai perkara ini Allah SWT berfirman maksudnya; “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”. (Asy Syuraa ayat 165-166)

*****
Fahamilah perbualan yang korang akan baca selepas ini dan renung-renungkanlah.

Another current issue yang memang dah lama aku cuba nak ketengahkan. Tapi maklumlah, dengan orang-orang yang kononnya bijak pandai ni bukan mudah nak lawan. Kena bagi yang kaw-kaw baru kasi dia terdiam. Orang macam ni dia rasa dia menongkat langit. Rasa dialah paling cool dengan buat semua benda tak senonoh tu. Padahal pada hakikatnya, mereka belum kenal bagaimana hebatnya KUASA ALLAH SWT. Bila dah tersungkur, baru kau tahu erti penyesalan....Korang baca dan nilaikan sendiri, betapa bangsa kita memang dah hancur dan menuju kemusnahan....

"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"

Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah (dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"

Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang.

"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"

Anda keliru?

Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.

Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"

Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.

Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.

"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"

Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya.

"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"

"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"

Saya padamkan rokok yang dihisap.

"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas".

"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"

Dia terdiam seribu bahasa.

"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami".

Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.

"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".

Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.

Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar? Hampeh !!

Seriusly, aku respect 5 bintang pada Bro Adam Vai ni. Golongan ni nak kita hormat mereka sebab hak kebebasan asasi yang mereka manipulasi tu. Tapi macam mana dengan hak asasi kita? Hak asasi agama kita, bangsa kita. Cakap jelah memang nafsu kau tak dapat kawal. Tak payah nak berdolak dalih. Cukup!

*****

Bila baca cerita kat atas cik atynn teringat tentang kaum Nabi Luth a.s. Kaum mereka dilaknat oleh Allah swt disebabkan perbuatan Homoseks ini.

Allah SWT Berfirman : 

“Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu? * sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”

Daripada Ibnu Abbas.sabda Nabi s.a.w....“Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)

 Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW...“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada dijelaskan: “Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah. Lalu ada yang bertanya; “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ? Baginda menjawab; “Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)”. (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi) 
Nota Hati : Apa nak jadi lah dengan manusia zaman sekarag nie. Cakap main sebarang cakap je. Tak pikir dulu. Mengaku islam, tapi gay ! Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah swt. sekarang bolehlah cakap tak kena balasan apa2 lagi. takkan nak tunggu balasan Allah baru nak sedar, baru nak taubat? Fikirlah guna otak, bukan guna nafsu ! (maaf jika cerita diatas ada ayat yang kurang enak dibaca)

7 comments:

  1. apa lah bodoh sgt jadi gay.dorang ni suka bagi alasan je tau..mmg betul.kalau boleh halau je dorang ni dari tanah air kita...geram ni geram

    ReplyDelete
  2. semntara itu kita doakan mereka diberi hidayah oleh allah. itu dugaan buat mereka. kte biler2 mse allah bole bolak balikkan hatikan hati. semua ini adalah ujian Allah untuk menilai keimanan hambanya. semakin besar dugaan semakin besar ganjaran. alhamdulillah ada golongan seperti bloger ini yang sudi membantu mereka, kte sme bntu dn mohon Allah jauhkan drpd kte, Amin!!!

    ReplyDelete
  3. semntara itu kita doakan mereka diberi hidayah oleh allah. itu dugaan buat mereka. kte biler2 mse allah bole bolak balikkan hatikan hati. semua ini adalah ujian Allah untuk menilai keimanan hambanya. semakin besar dugaan semakin besar ganjaran. alhamdulillah ada golongan seperti bloger ini yang sudi membantu mereka, kte sme bntu dn mohon Allah jauhkan drpd kte, Amin!!!

    ReplyDelete
  4. doakn mereka dapat hidayah dari Allah. itlah yg terbaik, bukan apa itu semua ujian drpd Allah untuk uji keimanan . kalau golongan mereka dapat berubah , insyallah Allah bg syurga yg terbaek buat dia. dan kite semua ini masih belum terjamin. biler2 masa Allah bole jadikan kte seperti mereka. kte haruslah berdoa mge Allah jauhkan kte menjadi kaum nabi Luth yg tidak beriman> amin!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    aq ni gay, tapi xde lah seteruk org tu yg mempersendakan agama Islam. Yang aq nk ckp ni aq nak berubah. Dah bertahun-tahun aq menyembunyikan perkara ini drpd keluarga dan kwn2. Nafsu pon asyik teringatkan pasal lelaki je. Tolong la, aq mmg ingin berubah. aq x nk jadi mcm lelaki tu, menafikan kewujudan Allah. Kalau aq bagitau sume org yg aq ni gay, sah2 depe kutuk aq dan xnak dkt dgn aq sbb aq ni menjijikkan. nnti xde sape yg nak kahwin ngn aq. kalau la aq kahwin nnti, aq takot yg aq xkan ade nafsu dgn isteri aq. Ya Allah, x sanggup aq nk menghadapi semua itu ... hgpe x fhm bertapa risaunye aq terhadap masa depan aq ... mcm mane ni ... Mmg x boleh ke nak hilangkan gay ni ? Hmm, mesti hgpa igt yg aq ni meloyakan ... :(

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    aq ni gay, tapi xde lah seteruk org tu yg mempersendakan agama Islam. Yang aq nk ckp ni aq nak berubah. Dah bertahun-tahun aq menyembunyikan perkara ini drpd keluarga dan kwn2. Nafsu pon asyik teringatkan pasal lelaki je. Tolong la, aq mmg ingin berubah. aq x nk jadi mcm lelaki tu, menafikan kewujudan Allah. Kalau aq bagitau sume org yg aq ni gay, sah2 depe kutuk aq dan xnak dkt dgn aq sbb aq ni menjijikkan. nnti xde sape yg nak kahwin ngn aq. kalau la aq kahwin nnti, aq takot yg aq xkan ade nafsu dgn isteri aq. Ya Allah, x sanggup aq nk menghadapi semua itu ... hgpe x fhm bertapa risaunye aq terhadap masa depan aq ... mcm mane ni ... Mmg x boleh ke nak hilangkan gay ni ? Hmm, mesti hgpa igt yg aq ni meloyakan ... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Hamba Allah.

      Pertama sekali, syukur Alhamdulillah sebab saudara ada niat ingin berubah. saya tidak berfkir yang saudara ini menjijikan atau apa pun.semua manusia akan melakukan kesilapan. Pada pendapat saya, Jika saudara ada niat ingin berubah ke jalan Allah, saudara haruslah berniat ingin berubah lillahitaala (kerana Allah swt) dan perubahan itu hendaklah betul2 dan secara istiqamah (berterusan). Bertaubatlah dan minta ampun kepada Allah atas dosa2 lama saudara. Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan saudara kena sentiasa berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat. InsyaAllah. Saudara, kita sebagai seorang manusia yang hidup diatas bumi Allah ini pasti akan melakukan kesilapan. Tiada seorang pun yang akan terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh sebab itu, kita wajib memohon ampun kepada Allah atas segala kesilapan kita. Jika saudara benar2 ingin berubah, jumpalah ustaz, atau ahli ulama untuk meminta pandangan dan nasihat dari mereka. kita juga harus lah lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan membuat segala suruhan dan meninggalkan apa yang oleh Allah. Bertaubat, Memohon ampun dan Berdoalah kepada Allah dan sentiasa dekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, dengan izin Allah, gay itu dapat dihilangkan. Bila kita memilih untuk berubah, pasti akan ada kutukan, hinaan, cacian yang akan diberikan kepada kita. saat itu kita akan merasakan kita tidak punya siapa siapa yang ada disisi kita. Saat itu kita perlu ingat, hanya Allah swt sahaja yang sentiasa ada disisi kita waktu kita susah ataupu senang. jika datang ujian dan dugaan saat saudara ingin berubah, ingatlah Allah sentiasa ada bersama hambaNya. Berdoalah selalu kepada Allah. Dan jangan lupa, solat tu wajib dilaksanakan. Baca Al- Quran dll. Wallahuaalam.. :)

      Saya berdoa dan berharap, saudara akan berubah suatu hari nanti. InsyaAllah. Maaf jika ada pendapat saya yang tak lengkap. Yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. :)

      Delete