~ Kengkawan ~

Friday 8 February 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum ♥


well well well~~ akhirnya drama Setia Hujung Nyawa yang diadaptasi dari novel hasil karangan Fatin Nabihah Nabilah dah melabuhkan tirainya semalam. Semalam kann?? al maklum lah, cik atynn tak tengok tv kat sinie. nak harap kan online yang macam kura2 lumba lari dengan arnab tu, memang tak lah kura2 tu menang kan? Yang kura2 menang tu sebab rezeki dia. haha. So, insentif yang tepat bila duduk dekat kolej nie adalah dengan mengopy paste dari pendrive ke lappy. huu~

Walaupun dah ramai yang update pasal cerita nie, cik atynn tetap nak tulis jugak entry nie. Cik atynn takdelah nak mengutuk or nak memuji setinggi langit tentang cerita sehingga hujung nyawa tu. cuma nak beri sedikit luahan perasaan kan. hewhewhew

 Even though, drama setia hujung nyawa nie citer dia ala2 romantik, kiut miut, omey2 giteww kan uollss, tapi cik atynn tak suka sangat dengan watak Zain Hakimi tu. Ehem, maaf lah kepada peminat SETIA SHN. jangan ler sesapa menghentam cik atynn disebabkan korang terlalu fanatik dengan drama setia hujung nyawa atau korang peminat fanatik Amar Asyraf. Ini adalah pendapat cik atynn. Cik atynn pun ada hak bersuara untuk menyatakan pendapat cik atynn. hehe. *Sejak belajar LAW nie bukan main lagi -.-* 

Budak rumah cik atynn suka sangat dengan cerita tu. sebelum cik atynn tengok cerita tu kan, cik atynn pelik sebab housemate cik atynn akan cakap sorang2 waktu tengok cerita tu. Dah le cakap sorang2, jerit lah ap lah. Apa yang dia cakap kadang2 cik atynn pun tak paham. Dah macam orang tak betul pun ada gak. bhahaha. Lepas je cik atynn tengok cerita tu, baru cik atynn sedar yang cik atynn juga dah berjangkit dengan Housemate cik atynn. sama spesis macam dia. tskk T_T

so so so, first2 tengok cerita tu memang lah kan. Hati berbunga-bunga di taman nan syahdu. *sila muntah hijau sekarang*  bwuekkk !! bila part yang Zain dah tau Ersalina rupanya pregnant sebelum diaorang menikah lagi tu start tu lah Ersalina didera mental dia. Eeeee, geram nya waktu tu. rasa macam nak hempuk hempuk hempuk dan hempuk je Zain Hakimi tu. Ade ke dia buat isteri dia macam sampah ! Yang paling cik atynn geram part dia tonyoh kek dekat Ersalina waktu Ersalina nak sambut bufday dia dengan part yang Zain tonyoh isi durian dekat Ersalina. geramnya geramnya geramnya !! Emo nie -.-

actually, cik atynn tak tengok sampai habis lagi. *baru episod 16* hehe. Memandangkan ramai yang dah update cerita tu Happy Ending so taw lah cik atynn. Lagi pun busy sikit. So bila cerita tu ada dekat lappy, senang nak tengok bila2 masa dan dimana jua anda berada. hohohoh

lagi satu perkara. Cik atynn tak paham dengan budak2 zaman sekarang. Mesti ramai yang dah tau kan pasal sorang budak terlalu taksub dengan setia hujung nyawa nie sampai dia post benda yang merepek2 dekat FB dia kot -.-


cik atynn rasa budak yang post bende nie budak bawah umurlah yang terikut2 dan taksub akan cerita SHN tu. yelah, takkan lah orang dewasa kan yang nak post  benda2 macam nie. Harap budak nie cepat sedar dan dia tak maksudkan apa yang ditulis tu. tapi memang post tu nampak semacam je.Haih~ Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang nie. Fikir2kan lah baik dan buruknya okay dik? Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Nasi dah jadi bubur nanti menangis air mata darah sekalipun tak guna lagi.

p/s: esok balik KL.. weee~ ^_^

Salam.

3 comments:

  1. Terikut-ikut sangat tu dear...tak kan citer nie tak bagi pengajaran buat mereka...

    ReplyDelete
  2. Macam tada iman je budak tu. Ish! Say NO to Valentine's Day Part 1, Jom bace, tambah ilmu pengetahuan. Kekening ^^
    http://akudot.blogspot.com/2013/02/say-no-to-valentine-day-part-1.html

    ReplyDelete