~ Kengkawan ~

Thursday 7 February 2013

Wig Hijab Instant

Assalamualaikum,


well, ramai yang dah tau pasal WIG HIJAB INSTANT kan? Dah heboh satu dunia pasal tudung yang direka macam rambut palsu nie. Kalau tak silap benda nie dah popular dekat Indonesia. Mungkin kat malaysia bakal jadi ikutan lagi2 budak2 remaja kat luar sane tu yang gilakan fesyen. Wait and see !

Cik atynn sendiri pelik kenapa lah orang zaman sekarang nie suka benda2 pelik macam nie. Bende alah nie nama je hijab. Tapi macam rambut palsu dan mungkin benda nie memang betul2 rambut palsu yang dibuat daripada kain. erkkk -.- dan palingggg cik atynn tak suka sekali sebab dia tak tutup dada. And bentuk dia sangat pelik keyh ! Kalau nak buat hijab tu buat le betul2. Yang mengikut syariat Islam. Nie tak ikut langsung. Harap tang nama je ada HIJAB. Patutnya jangan diguna perkataan hijab tu kalau bende tu tak berfungsi sebagai hijab.

Maksud HIJAB itu sendiri ialah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang bersifat menutup, melindungi, dan mencegah. 

Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). 

Tapi yang kat atas nie bukan dikira hijab sebab dia tidak menutup pun anggota2 macam leher dan dada. So, kepada anak2 muda sekarang, janganlah terikut2 dengan benda pelik macam nie !

Kawan cik atynn cakap "baik pakai rambut palsu terus !"

p/s : pandangan korang pulak macam mana mengenai hal ni?

Salam~

8 comments:

  1. hmm ni la salah satu cara yahudi nk jatuhkan islam

    ReplyDelete
  2. berhati-hati dengan benda camnie...

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH benda cm gini pon ada ke ??? taktik guna awek comel ..adehh

    ReplyDelete
  4. Moga kita dijauhkan dari hati yg rapuh dan terikut2 dgn trend terkini. Ntah hapa2 tah.

    ReplyDelete
  5. pakai tudung la sangt.perempuan zaman sekarang dah salah erti tutup aurat.tutup aurat bukanlah pakai tudung je,ia bermaksud menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja.kalau tengok perempuan muslimah zaman sekarang ,kebanyakannya salah cara mereka
    'menutup aurat" harap jangan terasa tapi inilah kebenarannya.saya berdoa agar gaya ni tak menjadi trend di malaysia kerana ia akan memalukan umat islam.......

    ReplyDelete