~ Kengkawan ~

Saturday, 2 March 2013

Bebelan Di Pagi Buta.

Assalamualaikum ♥

And very good night kepada semua pembaca blog dan tidak lupa juga kepada my blog FANS ! Awww~ *Tangan dibahu mata keatas*

Dah lama cik atynn tak membebel kat blog nie kan. Dah lama cik atynn tak meluahkan isi hati kat blog nie. Nama blog pun CORETAN HATIKU *Disini hatiku berbicara* siap trademark lagi tu uolsss. Tapi dah lame coretan hati nie berkubur disebabkan busy yang melampauu. *busy sangat kerr?!* Maklumlah, lagi kurang 3 minggu je lagi budak2 Diploma UiTM nak FINAL EXAM. tskk T_T  Kalau tak entry sebelum nie main kopi kopi pastaa je. Main tepek2 je kat blog. Janji update kan. Haha :D

Anyways, sekarang nie heboh cerita kat Lahad Datu, Sabah. Kena Serangan dari sultan sulu kan kan?? *nampak sangat tak amek tau perkembangan -.-* Kita busy lah. Cik atynn ade sorang kawan kat uitm nie asal sabah and rumah dia kat lahad datu. Kesian dia. Tak dapat balik jenguk keluarga. Cik atynn doakan semoga orang di sabah selamat dan kembali aman seperti sediakala. InsyaAllah. Amin. ^_^

So, malam nie untuk entry kali nie cik atynn main conteng2 buat karangan dekat blog nie. Nak meluahkan isi hati yang dah expired sejak berpuluh puluh ratus ribu jam. Hmm, sejak cik atynn masuk uitm nie memang cik atynn Happy sangat. Macam2 cik atynn buat. Walaupun tak banyak aktiviti yang cik atynn join tapi cik atynn tetap ada kenangan manis tu walaupun sikit je. Yes, Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar ! Kalau cik atynn tak join aktiviti langsung dekat u nie cik atynn akan jadi seperti Katak dibawah tempurung. Tak tau apa2 tentang dunia nie. At least, kalau sedikit pengalaman tu dapat mengajar kita erti kehidupan pun dah dikira memadai kan?

Tipulah kalau cik atynn kata bila jadi seorang student yang dah dinaikkan pangkat dari student SPM kepada student DIPLOMA takde sebarang masalah. Masalah study tu biasalah kan. Semua orang yang bergelar student akan ada masalah belajar. Kalau takde masalah dalam study tu bukan Student namanya ! Tapi bila dah bergelar student dan dah mula duduk jauh jauh dari family tu agak sedih la jugak kan. Setiap hari dan minggu otak meradang2 nak balik rumah. tskk T_T okay. Cik atynn tak macam tu. Cik atynn lebih suka cuti duduk dekat uitm nie. Kenapa? Sebab kalau duduk rumah kerja makan dan tidur jee. Pastu tengok movie dan menggebu-gebukan lemak2 dibadan. Dan ternyata saya tetap slim giteww :p Haha

And, lagi satu kejadian dan masalah yang tak pernah cik atynn alami ialah ada seseorang yang SANGAT CARE pasal diri cik atynn. Lelaki ok ! *Tapi Bukan si Dia* cik atynn bukan rapat sangat dengan dia. Owh, memang TAK rapat pun. Tapi cik atynn pelik kenapa dia sentiasa sibuk nak jadi busy body terutama tang CGPA cik atynn tu -.- peliss lahh !


Ye, saya tau yang cgpa saya tak GEMPAK HABIS macam hang tu. Dan saya TAK DEKAN macam hang tu. Tapi tolonglah jangan aibkan saya depan orang dengan tanya cgpa saya. Kalau tanya slow2 takpe gak. Ni kalau boleh nak bagi satu uitm dan satu dunia dengar berapa cgpa cik atynn. Bila cik atynn tak nak bagi tau mula lah ceramah dia tu. cik atynn bukan tak boleh terima nasihat orang. Tapi agak2 lah kan nak bagi nasihat pun. Dalam Islam takde pun ajar bagi nasihat dekat orang sampai nak mengaibkan orang tu. Sebelum hang nak nasihatkan saya pasal study saya sila cari kat Mr. GOOGLE Cara2 Nasihat Orang Dalam Islam. 

Lagi satu kalau cakap tu cubalah jaga sikit perasaan orang sekeliling. Lagi2 dengan orang yang kau bercakap tu. Nie tak, main bantai je cakap. Tak fikir langsung pasal perasaan orang lain. Cakap pulak macam nak mengaibkan orang tu. Cuba kalau orang buat hang macam tu. Apa hang rasa? Fikir diri hang BAGUS dari orang lain. Macamlah diri dia tu BAGUS and PERFECT sangat ! NOBODY PERFECT okay ! Aihh, cik atynn malas lah nak cari gaduh dengan orang macam nie. Buang karan dan buang masa je cakap dengan orang yang tak paham bahasa macam dia tu. Kalau orang taknak bagitau cgpa tu means it's PRIVATE. SECRET ! yang hang nak menyebok pasal cgpa orang tu ape pasal? jaga hal sendiri sudah ! Memanglah selagi cik atynn  boleh diam, cik atynn diam. Tapi diam bukan bermakna hang boleh pijak kepala saya ! Saya pun ada tahap kesabaran. Haihh, rasa macam nak bako je mamat sorang nie. Dari sem 2 lagi cik atynn sabar. Dan sekarang dah masuk sem 4. Be matured lah. Hang tu lelaki. Takkan hang nak jatuhkan air muka perempuan depan orang kot. sangat tak matang okay !Cuba lah jaga sikit mulut tu. Cakap jangan main sebarang cakap je. Nie tak. Mulut cam mulut P***A. Macam mulut murai. Pot pet pot pet ! Geram pulak hati kita nie !

Sabar Fatin, Sabar ! Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, Hembus.

Tenang fatin. Takpe, selagi kau boleh elakkan diri dari dia kau elakkan. Walaupun dia satu kelas dengan kau. Tak payah kau nak bergaduh dengan orang yang macam tu. Buat sakit jiwa je. Buat masa sekarang perlu bersabar dan jangan pedulikan dia. *boleh pulak subjek LAW satu group dengan dia* adoiii -.- !! ignore ignore ignore ! 


Don't be such a busybody guy! It's my life. Cpga saya tak menyusahkan dan tak mengganggu pun cgpa dekan hang tu. grrrr. Saya susah nak benci orang. sekali saya benci, sampai bila2 saya benci ! Jangan sampai saya benci hang !

Nota Hati : Nak masuk class yang ada muka dia terus jadi tak bersemangat nak pergi class dan tak semangat nak belajar. Ya Allah, Jauhkanlah diriku dari hasutan syaitan. Amin..

Thanks for reading ^_^



1 comment:

  1. mmmm sultan sulu tu sultan tipu tu,ikut salasila mmg xade sesape bleh dakwa sultan sulu.tp xtau lah kan..pendapat masing2...artis kita pon ramai yg konon2 dpt gelaran datuk dari sana...ada agenda ke dorang ni? :)

    ReplyDelete