~ Kengkawan ~

Tuesday 5 March 2013

Jimmy Neutron Si Budak Comel ^_~

Assalamualaikum ~

Haa, korang pernah tengok tak cerita JIMMY NEUTRON? Alah, budak  bijak yang kepala dia besar tuu ! Mak minah kat kampung pun tahu tau siapa Jimmy Neutron nie. Siapa pernah tengok duduk diam diam. hehehe. Nway, nie lah cartoon kegemaran cik atynn. Dah lama cik atynn tak tengok cerita nie. Dulu sebelum masuk U selalu tengok petang2 kat TV9. Walaupun cerita tu ulang2 sampai 1000 kali pun tetap tak bosan kan. Haha

Nak tahu kenapa cik atynn minat sangat dengan cerita Jimmy Neutron nie? 

wekkkkkkk :p
Anjing robot (godot ?!), Carl llama, JIMMY NEUTRON, Shine dan Cindy (buah hati jimmy -.-)

Sebab cerita nie kan ada macam tunjukkan science technology kan kan? Sejak cik atynn sekolah rendah, sekolah menengah dan sampailah sekarang cik atynn minat sangat sangat sangat dengan subjek science. Bila kena buat experiment je cik atynn lah manusia dalam kelas tu paling berkobar-kobar nak buat. Sampai semua peralatan nak amek sendiri. Tak menang tangan. Kalau buat kerja group tu memang rasa nak buat sorang2 je experiment tu. Sampai pernah ada satu piring kaca tu pecah waktu letak atas api sebab bukak api kuat sangat. Eksited sangat kan nak buat experiment. Nasib baik bonda (cikgu) tak marah. Sweet memories ^_^ ~

Tapi kalau suruh buat Lab report cik atynn memang akan lari dulu. Malas lah nak buat lab report. Kalau buat experiment best la sikit kan. Eksited -.- Cik atynn suka tengok cerita nie sebab tu lah. Sebab de science. Cik atynn suka bila dia cakap FIKIR..FIKIR.. FIKIRRR... haha, omey angat ! -.-'' 

Namun, sekarang nie dah tak dapat tengok cerita tu. Tah ada lagi ke tak cerita tu dekat TV9 kan. Walaupun cerita tu macam sengal sengal selenga sikit, lagi2 kawan jimmy iaitu shine, dan carl llama tapi cerita tu tetap ada tarikannya. hehe. Jimmy Neutron is the best cartoon ever :D

Nota Hati : Minat dekat subjek science tapi dapat course business. Rindu dekat cikgu science sekolah menengah dulu 'bonda'. tskk T_T


Thanks for reading ^_~

3 comments:

  1. kwan cindy yg suke dgar lagu tu name ape ntah . lame tak tngok cite ihh

    ReplyDelete
  2. Adik saya suka tengok Jimmy Neutron, tapi sekarang macam dah kurang ditayangkan je

    ReplyDelete