~ Kengkawan ~

Monday 4 March 2013

Tolong Jangan Sebar Maklumat Palsu di Sabah !!!

Assalamualaikum ♥

LAHAD DATU: Maklumat palsu

Adalah dimaklumkan mesej yang dipaparkan ini adalah maklumat yang tidak benar sama sekali. Tiada KCKD benama sedemikian bertugas di kedua-dua tempat yang dinyatakan.

Pohon kerjasama semua supaya mengesahkan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber terlebih dahulu. Jangan melibatkan diri dalam menyebarkan berita khabar angin. Ia adalah satu tindakan menyalahi undang-undang.





Gambar Palsu !


Ini Bukan Kejadian Sebenar !



Gambar yang digembar-gemburkan sebagai pasukan keselamatan negara kita yang berlaku di Semporna. Namun, ternyata gambar dan info yang disebarkan oleh pengguna facebook tersebut dalah palsu..

Gambar tersebut berlaku di selatan thailand. dan gambar tersebut adalah gambar askar Thailand.



ASKAR THAILAND, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN INSIDEN PENCEROBOHAN ASKAR SULU

kepada pengguna facebook tolong beri kerjasama jangan sebarkan gambar dan berita palsu ini kerana implikasinya amat teruk:

Pohon kerjasama semua supaya mengesahkan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber terlebih dahulu. Jangan melibatkan diri dalam menyebarkan berita khabar angin. Ia adalah satu tindakan menyalahi undang-undang.

Jika yang telah terlajak menyebar berita palsu tersebut. tolong remove dari profile masing-masing. Terima kasih.




Nota Hati : Kenapalah orang yang membuat berita sebegini nak sebarkan maklumat yang tidak betul. Yang PALSU ! Apa yang orang tu dapat dengan menyebarkan maklumat palsu nie? Kepuasan, kegembiraan sebab dapat kenakan orang? Anggota ATM dan PDRM tengah bertarung nyawa demi nak selamatkan negara kita, orang yang post pasal bende nie boleh pulak merepek2 cipta berita palsu macam nie. Kalau ye pun nak popular, tak payahlah sampai nak sebarkan maklumat palsu macam nie. Buang masa je. Patutnya orang yang buat nie berdoa semoga segalanya selamat dan kembali seperti sediakala. Nie tak, bagi maklumat kena penggal kepala lah, itulah, ini lah. Tak cukup dengan tu buat STATUS PALSU, kononnya diri dia ada dekat sabah dan alami sendiri benda tu. Be matured ok ! Orang yang buat cerita nie tak takut dosa ke sebarkan benda yang tak betul??


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”



Thanks For Reading ^_~

1 comment:

  1. yup... tlg jgn sebar maklumat palsu... dan juga jgn sebarkan maklumat yg belum disahkan oleh pihak polis... pendedahan maklumat yg tidak tepat akan memburukkan lagi keadaan...

    ReplyDelete