~ Kengkawan ~

Wednesday 25 September 2013

Isteri Mat Yo Maki Pengawal Keselamatan (Lupakah Dia ??)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum ~

Alhamdulillah, dapat kita bertemu kembali di ruangannn coretan hatiku. ehek ! dah lama tak blogwalking. tadi cik atynn blogwalking, ramai jugak la yang update pasal isteri Mat Yo, telah memaki seorang pakcik pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas. cik atynn pun baru tau sebenarnya pasal cerita nie. mungkin ramai yang dah tengok video ini kan.




Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun polis Penyebaran sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair. Video berkenaan dimuatnaik semalam menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Ekoran itu, Shahrul telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai. Rata-rata komen peminat tidak senang dengan tindakan tersebut dan meminta Mat Yo agar menceraikannya. Kemarahan isteri bekas penyerang Kelantan itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan menegurnya kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah.

hokay, tujuan cik atynn tulis entry kali nie bukan nak marah2 or maki2 isteri mat yo nie. tapi cuma nak cakap lah, walau apa pun darjat kita semasa hidup di dunia nie, sama ada anak raja, anak kerabat, anak menteri, anak orang kaya billionaire and so on, kita sendiri tak pasti apa darjat kita di sisi Allah. Lupakah isteri mat yo nie yang harta kekayaan yang dia ada sekarang ini adalah kepunyaan Allah SWT?? Kalau lupa meh sinie cik atynn nak ingatkan. Hidup nie tak lama. setiap yang kita buat pasti ada balasan. Hukum karma. kalau buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat. Kalau Allah nak tarik apa yang dia dah beri kepada kita, sekelip mata je kita boleh jatuh miskin tau. 

Sifat riak, bongkak, sombong sebab diri mereka lebih berharta tu rasanya tak perlulah kot ada dalam diri sebab kita sendiri pinjam harta dari Allah walau bagaimana kuat usaha kita untuk mendapatkan harta tersebut. Status "pinjam" tu memang tak boleh nak dielakkan lagi. Harta yang kita ada bukan kepunyaan kita. itu semua pinjaman daripada Allah kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasanya, perkataan yang dikeluarkan oleh isteri mat yo nie sangat biadap ! rasanya, walaupun dia kerabat diraja ke, hape ke, tak patut kot kalau kau cakap dengan orang yang lagi tua dari kau dan boleh dikatakan seperti pangkat ayah kau sendiri. tak reti hormat orang tua ke ? walaupun dia kerja pengawal keselamatan, perlu ke kau nak hina dia? cakap bodoh, dayus semua ? haa ? pangkat kau tu besar sangat ke sampai kau nak hina orang yang pangkat dia lagi rendah dari kau ? hello, pakcik tu cuma menjalankan tugas jelah. bukan susah pun kalau kau call suami kau cakap nak alih kereta tuu. susah sangat ke ? berat sangat ke badan tu ?

yang cik atynn tak paham tu, si mat yo nie pun boleh join sekaki sekali dengan bini dia tuu. bukan nak tegur, or hentikan perlakuan bini dia tuu. even kalau sayang bini sekalipun, kalau bini tu tindakannya salah, kau sebagai suami perlu betulkan. bukannya isteri kau dah buat salah, then maki2 orang tua, kau pun join sekaki sekali. actually, walau pun kau tak maki pakcik tu, tapi perlakuan kau yang menolak pakcik tu lepas bini kau sepak pakcik tu memang sangat kuangajoooo. seriously, sangat biadap ! 

i think both of you need to learn about how to respect people especially older than you !!! 

ingatlah, tak payah kau nak mengagungkan sangat harta, pangkat dan darjat yang kau dapat kat dunia nie. tak ke mana pun kalau kau dok agung2kan benda tu sampai kau jadi lupa siapa yang empunya semua benda di dunia ini. even, kalau kau mati pun, harta benda kau semua takkan masuk kubur sekali dengan kau. yang kau akan bawa hanyalah amalan kau sewaktu di dunia. Astaghfirullah ~ 

Nota Hati : What you give, you will get back ! Allah itu Maha Adil. 



Thanks for reading ^_~

No comments:

Post a Comment