SalamAlaik,
Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau ada meninggalkan wasiat untuk anak muridnya. Dan wasiat tersebut secara amnya boleh dijadikan panduan kepada kita semua.
10 Wasiat Imam Syafie
Kepada Muridnya.
Sebelum Imam Syafie kembali ke rahmatullah, beliau sempat
berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan
kepada umat Islam.
Wasiat yang
dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai. Berikut
ialah antara kandungan wasiat itu:
“Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Jom kita lihat
apakah 10 wasiat tersebut di bawah ini.
Pertama: Hak kepada diri
–mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada
malaikat maut
–mengqadakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan
dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada
Allah.
Ketiga: Hak kepada
kubur
–membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada
Munkar dan Nakir
–tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat
dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada
Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat)
–menahan kemarahan, banyak
berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada
Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
–membuang tabiat suka
mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada
Malik (Malaikat Penjaga Neraka)
–menangis lantaran takut kepada Allah SWT,
berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi
dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada
Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
–berasa reda kepada qada Allah, bersabar
menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak
Kepada Nabi saw
–bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari
kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh: Hak kepada
Allah SWT
–mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada
keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment