~ Kengkawan ~

Friday, 5 October 2012

Friends Until Jannah :D

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, Cik atynn masih bernafas dibumi Allah ini. Dan Allah masih memberikan cik atynn peluang untuk hidup untuk meneruskan ibadah kepadaNya. :D Readers semua macam mana? Sihat? Alhamdulillah jika anda semua sihat. 

Korang pernah dengar tak tentang

 "KAWAN KETAWA SENANG DICARI, KAWAN MENANGIS SUKAR DICARI." 
Maksudnya, ketika kita sedang senang kawan sentiasa ada dengan kita. Tapi bila kita ditimpa musibah mereka akan lari tinggalkan kita begitu je. But, tak semua orang macam tu. Betul tak?

First, cik atynn nak ucapkan Terima Kasih sangat sangat sangat kepada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat handai yang sentiasa berada di sisi cik atynn jika cik atynn sedang gembira, ketawa, menangis, berduka, ada masalah, rasa macam down gila. HAHA -,- mereka selalu ada di sisi cik atynn dan always memberi support kepada cik atynn. Dan juga sanggup dan tabah menadah telinga untuk mendengar luahan hatiku. HEE :O

Alhamdulillah, sejak cik atynn masuk UiTM nie ramai kawan yang cik atynn jumpa. Macam-macam perangai, sifat yang sentiasa membuatkan cik atynn HAPPY :D Mungkin nie lah hikmahnya bila cik atynn melangkah ke UiTM nie. Cik atynn bukan sahaja ada Family Tersayang dan Yang Tersayang yang sentiasa menyokong cik atynn tapi juga cik atynn ada sahabat yang sejati. Terima Kasih Ya Allah :')

First of all, cik atynn nak kenalkan sahabat cik atynn di dunia dan insyaAllah juga sehingga akhirat juga nanti. :'D

First ranking, Nurul Fatin Zafira. Nama dia sama dengan nama cik atynn. Cuma yang membezakan Nabihah dan Zafira and of course lah binti pun lain kan. HUHU. Anyway, Fatin nie sebenarnya kawan cik atynn yang paling rapat since tadika sampai sekarang. Korang percaya tak? Tak percaya? Silalah percaya :p Fatin nie orangnya gila-gila. EH, bukan GILA lah. Tapi gila-gila. Sifat dia yang comel tu buatkan dia lebih comel. Erkk -.-? Dulu cik atynn selalu jugak melepak dengan dia. Mana tak nya. Dialah satu-satunya kawan yang cik atynn paling rapat waktu sekolah. Sampai ada orang ingat kami kembar sebab asyik berkepit je. *Ada orang cakap muka kitaorang sama :p* HAHA. And now kami dah berpisah. Opss, Bukan CLASH yee tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Cuma berpisah untuk menyambung pelajaran. HUHU. Dah lama cik atynn tak jumpa dia. Rindu pulak nak berborak dengan dia macam dulu :( I hope one day we will meet again.

Second ranking is Norsyuhada. Cik atynn juz panggil dia Ada je. ADAAAA !! HAHAHA. Ada nie sebenarnya kawan cik atynn dari sem satu kat UiTM nie. Ada nie waktu sem satu dengan sem dua kita orang sama bilik. HUHU. Tapi masuk je sem tiga dah tak sama lagi. Sedihnyaa. Sobsob :( *maklumlah, kita dapat kolej sebab rayuan je :p* Cik atynn senang dengan Ada nie sebab dia nie lembut je orangnya. Lembut ke? Entahlah. Cik atynn pun tak tau. Ramai yang cakap dia lembut. Tapi kenapa dengan cik atynn dia kasar? Tak aciiiii. HUH ! Kalau dengan Ada nie cik atynn boleh cakap apa je sebab dia nie pulak jenis melayan jugak. Kalau cik atynn ada masalah, tak puas hati ke semua cik atynn akan cerita kat dia. Kita orang saling berkongsi cerita. Pasal BF pun kongsi sama. OPSSSS, HEHE -,- But memang bestlah kawan dengan Ada nie. :D

Third ranking ialah Madiha Nabiha. Haa, cerita pasal Madiha nie pun agak menarik bagi cik atynn. Madiha nie cik atynn kenal sejak masuk komander lagi. Dulu kitaorang takde la rapat sangat. But sekarang kita orang memang rapat. Madiha nie orangnya lembut je dan dia juga seorang muslimah :) Kalau cik atynn rasa down ke, sedih ke, cik atynn akan cerita dekat dia dan Alhamdulillah dia akan bagi semangat kat cik atynn. Dan semangat dia tu adalah nasihat yang amat berguna untuk cik atynn sebab nasihat dia adalah nasihat yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah :D Sukalah kawan dengan Madiha sebab dalam kelembutan dia pun dia satu kepala dengan cik atynn. Baik pulak tu. HUHU. Dan cik atynn bercita-cita nak jadi macam dia, SEORANG MUSLIMAH. InsyaAllah, cik atynn tengah mencuba. :)

Walaupun ada tiga ranking dekat sini, tapi dia orang semua adalah kawan NO.1 dekat hati cik atynn. Thanks to you all because you always support me when I have a problem. Thanks juga kerana sentiasa menyokong cik atynn dan mereka sentiasa ada when I need their shoulder. Dah macam artis pulak -.- 


InsyaAllah, kita akan berkawan sampai bila-bila until JANNAH. ^_^v
Thanks Fatin, Syuhada, and Madiha. *terharu* sobsob :')

2 comments: