Assalamualaikum,
Hari nie cik atynn nak berkongsi dengan readers semua tentang hukum menampar atau memukul muka. Ianya juga sama dengan hukum menolak kepala.
Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,sama ada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan-tujuan yang lain.
Nabi SAW bersabda:
Nabi SAW bersabda:
"Apabila seseorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)
Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana:
1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota pancaindera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.
Imam Ibnu Hajar Asqalani berkata:
"Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."
Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):
Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):
"Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Nasihat cik atynn kepada anda semua, tolong jangan sekali-kali menghukum sesiapa di kepala. Apa juga bentuk denda, perbuatan termasuklah tampar, tolak, ketuk, baling dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi dari memukul muka sama ada kepada isteri, anak, pelajar-pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin akan menyebabkan anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.
Ini juga adalah kerana kepala itu merupakan anggota paling mulia yang dianugerahkan Allah, tempat sujud kita kepada Allah. Dan tempat di mana letaknya otak yang BERFUNGSI mengawal atur segala pergerakan badan. HORMATLAH manusia mengikut acuan dan akhlak Rasulullah. ♥
nak kopi tak leh ka...ilmu kan milik ALLAH...
ReplyDelete