~ Kengkawan ~

Tuesday 19 February 2013

Buku untuk First Baucer RM50

Assalamualaikum ♥

Hello peeps.
Hari nie memang tetiba terasa rasa pulak kerajinan nak menaip satu entry. Kalau sebelum nie cik atynn manusia yang paling liat nak menaip entry yang merapu2 nie sebab ilek (takde) idea. Ha, kalau idea tu ada pun mesti akan lupa. Dia macam datang dan pergi takkan kembali. Touch n Go ! *apa kena mengena -.-?*

So, kerajinan yang membuak2 ini semua disebabkan oleh Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Jangan tersilap baca ok. Bukan BBM (Blackberry messanger). Tapi BB1M. Almaklumlah, orang tak pakai Blackberry memang macam nie kan. BB1M pun nampak macam BBM. Ha, tengok. dah melalut sampai ke paris dah nie. Lain yang cik atynn nak cerita lain pulak yang ditaip. Aishh, nakal betul tangan nie. Babap dia -.-

So, cuti CNY hari tu cik atynn tak kuar pun pergi ke MPH, Anugerah Bintang POPULAR and the last KINOKUNIYA Jepun -.- alah, memang tak keluar rumah pun. Baucer tu pun macam terbengkalai melayan hati dia sendiri sebab tuan dia nie asyik mengadap laptop tengok Setia Hujung Nyawa dengan Citer Korea  God of Study. Ehem, nak dimaklumkan saya nie bukan peminat tegar korea. Lee Min Ho, Kim Jong Kook, Jong Ki tu saya kenal la. *Mereka enchem ^_^* 

Dah masuk 3 perenggan baru nak cerita pasal buku yang kau beli ke fatin?? Haih~ sekarang nie kat UiTMN9 nie de buat pesta buku sempena BB1M.  So, cik atynn pun dengan rela dan terpaksa hati kena jugak lah keluarkan baucer tu. Nie bukan kes kena paksa. Cik atynn tak tau nak beli apa sebenarnya. haha. Hati berbelah bagi giteww uolsss. *tangan dibahu mata keatas* Kalau tahun lepas cik atynn dapat voucher g borong novel banyak2. Haha. Tapi tahun nie cik atynn ada anjakan paradigma ke atas diri sendiri. Buku yang cik atynn beli adalah buku :-

Buku pertama


Buku nie ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar. Tajuk buku nie yang membuatkan hati cik atynn tergerak untuk beli. Dan sesapa yang beli buku nie dapat menyumbangkan sedikit sumbangan untuk mengumpul dana pembangunan dan pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.

Harga : RM30

Buku ke-2


Buku nie ditulis oleh Imam Rofi'ie HN. Buku nie cik atynn selak2 pun best jugak. Tentang ramalan Rasulullah yang mula menjadi kenyataan.

Harga : RM10

Buku ke-3


Buku disusun oleh Mohd. Aiman Az Zuhairi.

Harga : RM10

Mai pakat2 guna voucher beli buku yang saya cadangkan ini. Terpulang pada readers semua nak beli buku yang mana. Ini cuma cadangan. Hehe. Jumpa dientry selanjutnya. Selamat Membaca

Nota Hati : Lagi RM200 voucher nak beli buku apa ekh? esok nak borong lagi lah. :)

Terima kasih kerana sudi membaca ♥

No comments:

Post a Comment