~ Kengkawan ~

Tuesday, 19 February 2013

Sadis : Kes Penderaan Kanak-Kanak

Assalamualaikum ♥

Hye peeps.
hahahaha *tetiba gelak -.-* Baiklah, sekarang nie kes penderaan kanak2 makin lama makin berleluasa. Tak paham cik atynn apalah yang digeramkan sangat dengan budak2 yang belum mumayyiz dan tak tahu apa2 tu sampai nak dera mereka teruk2 tanpa sebarang belas kasihan. Tak tahu nak nilaikan samada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk nie binatang or apa. Maaf, bukan nak bersikap kasar. Cuma cik atynn tak puas hati dengan mereka2 ini sebab menjadikan kanak2 ini sebagai medium dan tempat untuk melepaskan amarah mereka. Binatang pun tahu sayangkan anak ! Ini adalah antara kes2 penderaan kanak2 yang berlaku di Malaysia.

First Case

seperti kena kapan
Cerita tentang kisah nie dah lama dah. Sekitar dalam akhir bulan disember 2011. Tapi cik atynn nak cerita jugak. Kejadian nie berlaku di sebuah taska iaitu Taska Kota Masai. Allahuakbar! Hati mana yang mampu menahan bila melihat keadaan anak-anak yang di dera dan dizalimi sebegini rupa! Ibu bapa menghantar anak-anak ke pusat taska dengan harapan agar anak-anak di jaga dengan baik sementara ibu bapa keluar mencari rezeki, namun ini rupanya yang berlaku. Ada ke patut manusia yang berhati kejam seperti ini mengikat bayi seperti ini dan menampal mulut mereka dengan plaster. Kenapa? Mereka taknak bayi itu merangkak2 dan menangis? dan mereka malas nak menjaga bayi tersebut. Kalau malas nak jaga kenapa buka taska? 

Dari senarai taska berdaftar di JKM Johor ada satu taska yang seakan-akan nama sama. Adakah ini taskanya???
TASKA Permata DuaNo. 2, Jalan Pulasan 30, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang

 Second Case


Ha, ingat lagi tak dengan cerita yang hangat habis nie?? Seorang ibu tergamak mendera dan memukul anaknya. Di tepuk2nya kuat2 kepala budak tu, dicubit-cubit badan budak tu, ditendangnya dan budak tu juga dipukul dengan bantal oleh ibunya sendiri. Aksinya dirakam oleh seorang wanita. Wanita itu cuba untuk menghalang ibu nie, Tapi gagal. Maka, dia terpaksa rekod senyap2 dan tunjukkan kepada polis. Sekarang nie anak dia orang lain yang jaga. Kesian budak yang masih kecil tu. Trauma dengan perbuatan mak dia. Sampai sekarang ada orang nak pegang pun dia menangis. Apa punya mak lah macam gini. Kalau marah sekalipun, janganlah buat anak tu macam tu. Ditampar2 nya budak tu. Budak tu nak pergi dekat dia pun dia tolak2nya budak tu. Tah angin meroyan mane yang masuk dalam badan perempuan nie gamaknya cik atynn pun tak tahu lahh. Tergamak buat anak dia macam tu. Takkan sifat kasih sayang seorang ibu takde langsung waktu buat anak dia macam tu?? -.-

Third Case


Nie cik atynn tak paham. Kejadian nie Berlaku di Taman Bukit Minyak Indah, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Disebabkan satu keluarga menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan untuk menghalau hantu, 7 ahli keluarga iaitibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia menghempap atau menindih atas badan kanak2 itu sehingga kanak2 yang bernama Chuah Wan Xuan itu mengalami sesak nafas. Okay, nie cik atynn tak berani komen lebih2 sebab cik atynn tak tahu tentang ritual2 nie semua. Pelik je sebab ritual tu je seorang kanak2 mati dan seluruh keluarga kena tahan dengan polis. 

And, Kes Terbaru, 2013


Mesti ramai dah tahu dan dah tengok video baby Mohamed Hareez yang berusia 4 bulan yang telah dilambung dan dicampak oleh pembantu rumah yang pysco tu. Dia ingat baby Hareez tu anak patung yang boleh kau lambung2 and campak sesuka hati. Kau ingat budak tu tak sakit ke? Kau nak tau macam mane budak tu sakit? Meh sini aku lambung2 kau lepas tu campak dari tingkat 21 umah aku. Ha, takut tak dengar?? Maaflah, emosi sangat nie. Sebenarnya cik atynn tak tengok lagi video tu disebabkan line wifi yang macam siput sedut nie -.- Apalah salah baby Hareez tu sampai kau kerjakan budak tu macam tu sekali? Ya Allah. tskk T_T 

Nasib baiklah CCTV tu bersambung dengan Telephone Pintar. Kalau tak...tak tau lah apa akan jadi. Mesti parents baby Mohamed Hareez trauma dengan kejadian nie. Difahamkan...baby Mohamed Hareez mengalami kecederaan dalaman selain dari bengkak dan lebam. Ya! Allah...kesiannya. Semoga Baby Mohamad Hareez cepat sembuh dan kecederaan dalaman nya tak serious. Dan semoga kembali active seperti sedia kala.

Comelnyaa :D
--> PILU… Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA

*****
Pembantu Rumah Disyaki Lambung Bayi Ditahan Reman 
KUANTAN, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA

Dan sekarang nie Amah tu dijatuhka hukuman penjara 20 tahun !
*****

Tak sanggup cik atynn nak tulis banyak2 pasal kes penderaan kanak2 yang tidak berdosa ini. Apa salah mereka sampai mereka dibuat seperti boneka tak bernyawa? Cik atynn sekarang susah nak percaya dengan segelintir orang yang menjaga kanak2 ini macam pembantu taska, orang gaji dll. Di dalam mahupun luar negara.

Nota Hati : Hati mana yang tak tersentuh melihat perbuatan kejam segelintir manusia terhadap kanak2 yang tidak tahu apa2 tentang dunia ini. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas perbuatan mereka. :'(

Thanks for reading ^_^

2 comments:

  1. xde perasaan langsung. kenape la wujud manusia kejam seperti ini didunia ? kesian kat baby-2 tu semua .

    ReplyDelete
  2. salam...

    org2 yg wat cm ni,bg mas org yg sakit mental, gilew la sng..
    mmg tak de perasaan betol..

    ReplyDelete