~ Kengkawan ~

Friday 15 March 2013

Psikologist Mengatakan .......

Assalamualaikum ~

Fuhhh ~ Lama betul cik atynn tak update blog. Hari tu cik atynn ada buat entry pasal Syndrome Baby Elephant ! Korang dah baca ke belum? Kalau belum jemputlah baca entry tu. Ada sesuatu yang ingin disampaikan. Dan entry kali nie takde kena mengena dengan Baby Elephant ye tuan2, puan2 adik2, kakak2 dan abang2 sekalian. Entry kali nie cik atynn nak berkongsi tentang apa yang psikologist yang katakan bila melihat perlakuan kita. Sekadar perkongsian bersama :) Check it out ~~


1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yang sangat sunyi

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia orang yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yang kecil sahaja, dia seorang yang berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu.

Nota Hati : Hanya untuk suka-suki :)



Thanks for reading ^_~


No comments:

Post a Comment