~ Kengkawan ~

Tuesday 12 March 2013

Syndrome Baby Elephant !

Assalamualaikum ~

Readers semua sihat? cik atynn pun sihat jugak. So, hari sabtu dengan ahad hari tu cik atynn ada pergi Kem Bestari anjuran Faculty Business Management. Ok, banyak input yang cik atynn dapat dekat sana. Macam2 lah. Biasalah kalau pergi kem motivasi nie kan. Mesti berbakul2 motivasi yang kita akan bawak balik untuk dijadikan pembakar semangat. Betul tak? eceh ! tetiba bersemangat pulak nie kan. Haha. So, salah satu semangat yang cik atynn bawak balik dan tertarik untuk menulis di blog nie adalah semangat SYNDROME BABY ELEPHANT ! Korang pernah dengar dan taw tak syndrome baby elephant tu apa? Betul ! Ia sejenis penyakit yang paling merbahaya sekali untuk kita. Nak taw kenapa? sila baca dibawah :)


Di dalam sebuah hutan yang tebal, terdapat sekumpulan gajah yang hidup bebas berkeliaran, makan dan beranak pinak. Di dalam kumpulan gajah itu terdapat sepasang gajah yang terdiri daripada Ibu gajah & anaknya yang masih kecil. Sering bersama ibunya, menjadikan anak gajah itu berasa selamat.

Pada suatu hari anak gajah betina nie terpisah dengan mak dia. Taw2 je la anak gajah kan, mesti asyik mengekor je dengan mak dia. Then, bila dia terpisah dengan mak dia dia tak tau nak pergi mana. Dia pun berjalan2lah didalam hutan yang tebal tu sehingga dia terjumpa dengan orang sarkas. Then, bila dia terjumpa dengan orang sarkas nie, orang sarkas nie pun bawaklah dia balik ke sarkas dan ikat kaki dia dengan rantai besi yang sebesar lengan manusia dan rantai besi  itu diikat dekat tembok atau tiang yang besar. *boleh bayangkan tak?* 

Ehsan dari Mr. Google
So, bila anak gajah dah ditempat sarkas macam biasa lah kan, anak gajah nie akan diajar buat sarkas macam duduk lah,angkat benda2 yang berat, melukis dll. Anak gajah nie dah bosan hidup terkongkong dan terikat so, dia pun try untuk melepaskan diri. First, cubaan dia try rentap rantai besi sebesar lengan yang diikat pada kakinya. Tak boleh ! Anak gajah terus usaha cuba dan terus mencuba beribu2 kali. Agak2 dia berjaya tak?

|
|
|
|
|
|
|
|

Dia tak berjayaa. Sebab yelah cuba fikir. Anak gajah yang dirantai kakinya dengan rantai besi sebesar lengan manusia. Boleh ke dia rentap dan terus terlerai rantai tu? Mestilah tak boleh kan. Akhirnya anak gajah itu PERCAYA dan berkata “Selagi rantai besi ini diikat di kaki aku, pasti aku tidak akan berjaya melepaskan diri.” Then, Hari berganti hari dan tahun pun berlalu. Anak gajah diberi makan tebu dan makanan2 gajah dan akhirnya dia menjadi besar dan menjadi seekor mak gajah. Dan rutin harian dia macam biasa. Makan, tidur, buat latihan dan pertunjukan sarkas. Satu hari dengan takdir Allah jua, sarkas tu terbakar. Dan haiwan lain yang ada didalam sarkas tu semua melarikan diri. Korang agak2 lah kan anak gajah yang dah menjadi mak gajah tu akan melarikan diri ke tak ?

Jawapannya TAK !

Nak taw sebab apa? Sebab, sejak dari kecil lagi anak gajah nie dah mindset dalam kepala otak dia yang dia takkan dapat lepaskan diri selagi rantai besi tu ada kat kaki dia. Maka anak gajah tadi pun mati terbakar dalam sarkas tu. Kesian kan. :'( Kalaulah anak gajah tu ada terfikir walaupun CUMA SEKALI nak melepaskan diri dan mencuba untuk melepaskan diri dengan merentap rantai besi yang ada dikaki dia tu rasanya dia kan selamat. Sebab, dia dah jadi mak gajah dah waktu tu. Dia bukan anak gajah yang kecik molek, comel lagi. Dia dah besar ! Taw jelah tenaga seekor gajah yang besar tu macam mana kan. Kalau pokok yang besar gedabak tu pun boleh tumbang kalau gajah besar nie tolak apa lagi rantai besi yang besar mana je lah kan dimata dia bila dia dah besar. Kalau sekali je dia rentap rantai besi yang ada dikaki dia tu rasanya memang rantai besi tu akan putus dan tercabut dan anak gajah nie akan selamat.

Readers semua paham tak disebalik cerita syndrome baby elephant nie?

sebenarnya dalam kehidupan kita sendiri, kita memang ada syndrome baby elephant nie. Betul ! Awak tak percaya? okay, contohnya dalam study, kalau korang semua belajar sesuatu subjek yang susah then mesti cakap yang "owh, subjek nie susah, aku tak boleh buat lah. Dah cuba tapi still tak boleh. Tak boleh, tak boleh tak boleh tak boleh............." Tu yang korang akan cakap. Dan benda nie pun terjadi dekat cik atynn. Ini semua disebabkan MINDSET. Jika kita asyik kata tak boleh je, memang lah otak kita dah diprogramkan untuk kita tak boleh buat. Cuba kalau kita ada usaha yang berterusan dan percaya pada diri yang kita boleh buat. InsyaAllah, pasti kita boleh buat punya. Betul tak? 

Nota Hati : So, cerita diatas adalah satu nasihat kepada diri cik atynn juga dan cik atynn nak berkongsi dengan rakan blogger semua. :) So, janganlah kita mudah berputus asa selagi kita tidak mencuba sedaya upaya. Walaupun tahun berubah, masa berjalan, hari berganti kita tetap kena usaha walau apapun jenis cabaran yang datang. Cabaran mematangkan diri kita. Tak gitu ? So, marilah kita berusaha bersama2 yee :)

Janganlah kita jadi macam baby elephant, yang cepat berputus asa sebelum berjuang untuk diri sendiri. Lagipun....

 Allah swt takkan mengubah nasib seseorang hambaNya melainkan hambaNya itu mengubah nasibnya sendiri. 


Thanks for reading ^_^

2 comments:

  1. satu cerita yang menarik dan patut di baca oleh smua org :)

    ReplyDelete
  2. cerita yang menarik dan byak pengajaran :)

    ReplyDelete