~ Kengkawan ~

Monday, 11 March 2013

Rahsia Kecantikan Mas Idayu

Assalamualaikum ~


Di Malaysia, Siapa yang tak kenal Mas Idayu kan. Mas idayu yang senang membahasakan dirinya Mami, adalah penyanyi dangdut dan dikenal sebagai 'Ratu Gelek'. Kalau tanya pada semua orang, majoritinya kenal dengan penyanyi dangdut, Mas idayu nie. Yaa, termasuklah cik atynn juga. Hehe. Lagunya juga menjadi hiburan kepada peminat2nya seperti senggol-senggolan cubit-cubitan, Robek Hatiku, Hasrat perindu dll. Mas idayu yang pernah mencipta namanya dahulu sangat terkenal dengan trade marknya iaitu dengan memegang microphone keatas yang jarang dilakukan artis lain. 

Sekarang nie cik atynn bukan nak bergosip tentang kehidupan mas idayu sebagai penyanyi. Tapi cik atynn nak cerita tentang Rahsia kecantikan Mas idayu nie sehingga cik atynn terpanggil untuk menaip di blog nie. eceh ! Walaupun ramai diluar sana menulis tentang rahsia kecantikan artis yang gah2 seperti Fazura, Fasha Sandha, Dato Siti Nurhaliza, Julia ziegler, Datin Noniswara dll, cik atynn nak cerita tentang rahsia kecantikan mas idayu pulak sebab cik atynn salah seorang peminat mas idayu. Aci takk ?? hehe

So, walaupun usia mas idayu nie dah meningkat, tapi kalau kita tengok muka dia tetap maintain muda kan. *ke cik atynn sorang je yang perasan?* Haha. Tu lah salah satu sebab musabab kenapa cik atynn beria2 nak bercerita dengan korang tentang rahsia kecantikan mas idayu nie. Cik atynn ingat lagi, dulu cik atynn tengok NONA di tv3 dan mas idayu adalah artis yang di temubual untuk berkongsi tips kecantikannya. Dan bila cik atynn tengok dan dengar cik atynn terus rasa teruja dengan rahsia kecantikan dia. 

Mas idayu nie sangat mementingkan kulit wajahnya. Seriously, kalau mas idayu tak pakai make up, kulit wajah dia cantik sangat. takde pun kedutan, cela, bintik2 hitam apatah lagi jerawat. Memang cantiklah. Tapi, kecantikan mas idayu nie bukan disebabkan produk2 kecantikan, atau suntikan botox and vitamin C. Tapi kecantikan mas idayu nie adalah disebabkan dia lebih gemar melakukan rawatan tradisional ke wajahnya. Nak tahu apa rahsianya ?

Mas idayu suka makan *ratah* tomato yang muda atau belum masak penuh. Dan juga dia akan menggunakan tomato yang betul2 masak tu dengan cara tomato itu dihancurkan, diramas dan disapu ke muka. Macam pencuci muka (scrub). Setiap pagi. Wah, padanlah kulit muka mas idayu nie cantik walaupun usianya makin meningkat. Tak begitu?? Tak payahlah kita spend duit beratus2, beribu2 semata2 nak buat rawatan kecantikan muka kan? Jimat giteww ~

Selain itu, dia juga mengajar satu senaman yang dia akan buat sebelum dia tidur. Mula2 baring dahulu dan kemudian angkat kaki kita ke bawah punggung sedalam mungkin. Then, tarik kaki kita ke bawah punggung sampai badan terangkat. Dan kena ada rasa sakit. *cik atynn pun tak taw macam mana nak cerita-.-*

So, sebelum cik atynn undur diri dari menaip nie cik atynn sediakan korang satu video. Bagi mereka yang tidak percaya tentang apa yang cik atynn cakap tentang kulit wajah mas idayu, anda boleh lihat sendiri. :p


Nota Hati : Amacam korang semua, tak teringin nak mencuba ke TOMATO dijadikan pencuci muka (scrub)?? hehehe. cik atynn pun tak pernah try lagi sebab belum sempat  tomato tu di tepek atas muka, tomato sudah berada di dalam kuali yang sedang panas dan sudah bersedia untuk makan. Ngappp. tskk T_T

Jaga2, ada mata yang memerhati *kiah propa -.-''*


Thanks for reading ^_~

6 comments:

  1. Kalau kakak makan mentah tu oklah selalu tapi kena cecah sambal belacan baru sedap. Ramas ke muka pun tak pernah buat lagi. Macam sayanglah pulak sebab makan lagi sedap hihi...

    ReplyDelete
  2. Kena Cuba tu exercise yg dia buat mana tau berkesan

    ReplyDelete
  3. try la cik atynn buat senaman tu . haha

    ReplyDelete
  4. WANT TO HAVE A FAIR SKIN?
    INGINKAN KULIT CERAH?
    CALL / SMS 016 271 5447

    - Can be applied all over the body - face, hand, leg etc.
    - No exfoliation
    - Organic & Halal
    - Special Promotions offered

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Adakah isteri / suami anda bekerja di luar pejabat atau kerja lapangan? Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari? Adakah anda masih ingin kekal Cerah?

    Call / Sms: +6016 2715447
    Email: 772shine[@]gmail[.]com
    Google up: Shine FS

    ReplyDelete