~ Kengkawan ~

Tuesday 11 June 2013

Panduan Mudah Buat Pemakai Hijab

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, semua rakan2 blogger yang dikasihi sekalian.

Rasanya dah lama benar cik atynn tak update blog since cuti semester yang lalu. Yeah, tepukan gemuruh buat diri sendiri sebab menahan nafsu dari berblog dengan begitu lama. Ihik -.-  Last update pun yang pasal Komander Kesatria Endurance Challange (KKEC). Korang dah baca ke belum? Hikhikhik. Memang biasanya cik atynn akan jarang update blog ataupun takkan update langsung blog waktu cuti semester. Biasalah uolls. Rumah takde internet wireless berbayarkan. Memang macam tu. Takkan hari2 nak untungkan tauke Cybercafe tu. Sejam pun rasa macam membazir duit je kat tauke tu. Kalau dikira sedekah macam mana pulak? Okay, tu bukanlah tujuan utama cik atynn menulis blog nie.


Nie dah lama dah kejadian nie berlaku. Cik atynn ada belek2 satu majalah dan ada satu tajuk menarik. Tajuk dia sama dengan tajuk iolls kat atas tu. Hikhik -.-! So, cik atynn nak share uolls dekat rakan2 blogger kat luar sana. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Kankankan?? Dah lama sebenarnya cik atynn nak update cuma malas untuk menaip macam karangan je. So, check it out ~ ~

Ehem ! Anyway, ramai yang berpendapat mengatakan rambut lebih mudah dijaga apabila seseorang memakai tudung. Tapi, sebenarnya apabila seseorang wanita itu bertudung, kita akan lebih sukar untuk menjaga rambut. 

Cuci Rambut Setiap Hari.

Sesetengah orang berpendapat, lebih baik jika cuci rambut setiap hari sekiranya bertudung kerana peluh akan menyebabkan rambut lembap terperap lama dalam tudung boleh meninggalkan bau yang kurang enak ya ibuk ibuk sekalian. Faktor ini yang menyebabkan ramai wanita yang terdorong untuk bersyampu setiap hari.

Sebenarnya, tak salah untuk bersyampu setiap hari tapi kenalah kena dengan caranya uolls. Cuci rambut bukan hanya dengan sekadar bersyampu dan membilas sahaja. Ia lebih daripada itu. Penting bagi kita untuk  mengetahui cara yang betul kerana tinggalan sisa syampu dikulit kepala akan menyebabkan masalah kelemumur... yang teruk (penambahan) -.-

Bersyampu setiap pagi bukannya bagus. Membiarkan rambut dalam keadaan lembap dan diikat sebelum mengenakan tudung adalah tabiat yang tidak baik. Selain masalah rambut berbau, masalah rambut 'berbuah' juga akan terjadi. Penggunaan pengering rambut juga adalah tidak elok sebenarnya.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan mencuci rambut setiap tiga hari sekali. Waktu yang dicadangkan adalah pada waktu petang selepas balik dari kerja, kuliah dan sebagainya. Malahan, jika korang nak bersyampu setiap hari sekalipun, inilah masa yang sesuai. Korang boleh mengambil masa yang lama untuk mengeringkan rambut korang. Elakkan membalut rambut dengan tuala dalam tempoh yang lama. Sebaik baiknya biarkan dalam tempoh 15 minit dan kemuadian korang keringkan dengan membiarkan ia terurai dengan bebas. Sekian...

Nota Hati : Sharing is Caring uolls.


Thanks for reading ^_~

3 comments:

  1. nice sharing untuk muslimah bertudung .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Info yang menarik.
    Boleh apply dlm kehidupan seharian ni. ^^

    ReplyDelete
  3. ye betul!
    zaza memang syampu time blik keje.. hehe
    thanks for info!

    ReplyDelete