Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
Hye semua warga blogger. Sihat ? Yup, cik atynn taw walaupun dah terlambat, cik atynn tetap nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :) Cik atynn tau memang dah terlambat sebab raya hanya sehari je kan. Kalau macam tu cik atynn ucap SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL. Haa, boleh kan ?? haha. Mukaddimah je dah mula merapu. -_-"
Sekarang nampak sangat ke blog cik atynn tak aktif macam dahulu kala? Allah, maaf sangat. Cik atynn bukan sahaja busy, tapi ada sesuatu yang tak dapat dielakkan. Memang ku akui yang blog ini senang bersawang dengan sarang labah2. Tapi nak buat macam mana. Cik atynn takde benda nak dikongsikan sangat. Nak update hari2 dengan hasil copy pasta pun tak boleh juga. Confirm orang bosan kan? "Alah, aku dah baca dah cerita nie." "cerita nie dah berabad laa. Baru nak update ke?" Biasalah, mulut tempayan memang senang ditutupkan. Plus sem ini cik atynn sangat busy. Mana tak nya, naik cuti raya nie cik atynn kerja berjalan je ke syarikat2 kat luar sana untuk menemubual diaorang. Cik atynn pun tak tau lah sejak bila cik atynn ambil bidang dalam kewartawanan nie -.-''
Okay, semua orang akan ceritakan pengalaman raya mereka. Di kesempatan ini, kebetulan esok takde class, jadi masa yang terluang ini cik atynn nak bazirkan dengan cik atynn nak ceritakan pengalaman raya cik atynn. Walaupun takdelah seronok macam awak semua, tapi adalah juga benda nak dicoretkan dalam blog ini kan. hikhiks
Tahun nie first time cik atynn sambut first raya and pepagi raya dah ada kat kampung. Oppsss, lupa pula. Tahun nie cik atynn balik kampung dekat Duyong, Semabok, Melaka. Mana satu cik atynn? duyong ke semabok? Cik atynn pun tak tau. Tengah2 kot. Haha. Anyway, cik atynn balik dengan cousin cik atynn. Mak cik atynn datang dengan group lain. Haha. So, sampai melaka mestilah nenek suka, gembira sebab cucu kesayangan dia sorang nie balik. Yelah, dah lama tak balik kampung. Umpama kacang tidak melupakan kulit. apakah ? -.-''
So, dipagi raya nan indah lagi syahdu, inilah kerja cik atynn. Sesi photography. Haa, kau hengat senang eden nak bergambar dikampung ? haha. Raya pertama dan kedua tak raya banyak rumah cik atynn raya. Cik atynn pun tak tau berapa buah rumah cik atynn beraya. Nampak macam banyak tapi sikit. Tapi nampak macam sikit sebenarnya banyak. Wahh, apa yang kau melalut nie mak jemahhh ?
Duit raya pulak? alah, macam biasa lah bila dah besar2 nie. Muka nie mana laku lagi nak dapat duit raya kan. Kalau ada yang bagi pun mesti dia ingat cik atynn nie budak sekolah lagi ataupun bagi sebab kasihan takde orang dah nak bagi duit raya kepada mereka yang tidak mempunyai baby face. ehh ? :p
nie adalah duit raya pertama di awal 20-an. Terharu. sobss T.T |
Alhamdulillah sangat sebab raya pertama tu ada seorang sahabat cik atynn datang beraya kat kmpung cik atynn. Terima kasih kepada sahabat itu kerana sudi datang beraya di kampung cik atynn. Banyak yang kami borakkan. Sampai dia tahu kisah cik atynn waktu kecik2 dulu dan kisah lama cik atynn. Ya Allah, malu sangat waktu tu. Cousin pun punyalah tak cover line main cerita je semua. Walaupun lawak cerita lama dulu, tapi Memang rasa nak nagis je waktu tu. Malu sangat waktu tu. Awal raya dah kena buli. sobsobss T.T (Tak baik tau buli cik atynn)
Bergambar bersama My Grandmother, Mak long, Mak usu dan Cousin ^_^ |
With cousin Kak Arijah and Dayah :) |
Ini Budak cik atynn tak tau lahh sejak bila dia membajet jadi RETISS nie. Dia ingat ada paparazi datang nak amek gambar dia agaknya. -.-" (Hidayah, cousin) |
dapat tengok saat matahari terbenam depan mata walaupun dalam kereta. hikhikss =D |
And last sekaliii..........
Tak menyempat2 datang kat mak mohon ampun dan maaf walaupun tempat tak strategik -_-'' LOVE YOU MOM :) ♥♥♥ |
Kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN dan juga SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL ^_^v
Nota hati : Raya cuma 4 hari jee. Rasanya macam tak cukup je tempoh honeymoon kat rumah. T.T
Thanks for reading ^_^
hey selamat hari raya. maaf zahir batin
ReplyDeleteYa rabb. Yang hidayah tu, mula-mula ingatkan kawan sy lah. mula lah dah hati heksaited bgth yg kte ni kenai cousin dia. *ok, kepohchi sebentar :p * sekali tengok dekat caption nya nama hidayah. heh. bukan rupanya.
ReplyDeleteanyway, eid mubarak. :)
Salam Lebaran dan Salam Perkenalan :)
ReplyDeleteSinggah-singgah lahh ke Blog Saya ;)
taqabballahuminnawaminkum..
ReplyDelete