Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum...
wah wah, Gambar Mat Luthfi lawat gereja di pagi raya telah mencetus kontroversi dikalangan peminat2 Mat Luthfi nie. Tadi cik atynn tengah blogwalking terbacalah entry di sini. Dan dengan pantasnya cik atynn mencari fesbuk mat luthfi nie. First things yang akan cik atynn buat baca caption mat luthfi nie and cik atynn akan baca komen2 dibawah. Banyak komen yang positive and ada juga yang memberi komen negative dan berbentuk sarcasm. Memang typical malay suka benda kontroversi macam nie kan ??
Inilah gambarnya |
Tidak beraya di masjid pagi ini kerana ada site visit di sebuah katedral milik Anglo-Katolik. Mak cik ni jemput datang Ahad nanti untuk ceramah dan muzik.
"We welcome everybody. Doesn't matter who you are.""So does my religion." :)Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf zahir batin.
Ini adalah caption yang ditulis oleh mat luthfi di gambarnya. Menurut Matlufti, dia hanya melakukan site visit ke gereja tersebut untuk tugasan beliau. Selain itu dia juga dijemput untuk melakukan ceramah pada ahad nanti. Disebabkan perkara ini ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan mat nie. Dia dikatakan berbangga bergambar dalam gereja. Hello Malays. Please open your mind. Perlu ke mat luthfi nie besarkan caption dia supaya orang lain terang2 baca apa yang ditulis oleh mat nie. Or perlu tak mat luthfi nie tulis penerangan panjang2 untuk menyatakan maksud caption dia tu. You all dah besar panjang kan. Boleh paham apa yang cuba ingin disampaikan oleh mat luthfi nie. Or ada yang tidak paham apa maksud
"We welcome everybody. Doesn't matter who you are."
"So does my religion."
mungkin juga ada yang tak paham apa maksud 'SITE VISIT'. It's normal lah kalau student architecture kena pergi tempat2 macam tu untuk tugasan mereka. Yang kita duduk di malaysia nie kenapa perlu kata yang mat luthfi nie menghina islam la, beraya di gereja salah la, murtad lah segala bagai tuu?? come on lahh, ubah diri tu dulu. Jangan jadi terlalu negative. Jangan selalu berfikiran negative.
Mesejnya mudah. Jika kristian mengalu2 kan orang lihat agama mereka, dia mahu tunjukkan Islam juga sangat mengalu2kan orang lihat dan menganut Islam.
Cik atynn thumbs up la kat mat luthfi nie. Bukan dia saja2 nak letakkan gambar dia di gereja untuk mencetus kontroversi nie. I think dia nak tengok mentality rakyat malaysia, especially kaum melayu yang mudah melatah nie. TYPICAL MALAY. Bila lagi orang melayu yang macam katak bawah tempurung nie nak keluar dari tempurung nak explore benda2 kat luar sana ? open your mind. Malays suka membuat conclusion dengan melihat sesuatu tanpa mengkajinya terlebih dahulu. It's TRUE !
Antara komen2 di fesbuk mat luthfi ini
1) Matlamat tidak menghalalkan cara. Kesimpulannya, jangan mudah berhujjah dengan matlamat yang baik untuk menghalalkan sesuatu wasilah, kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
2) Ya Allah, manusia akhir zaman. Memilih gereja daripada masjid. Berbangga bergambar di dalam gereja. Ya allah bukakanlah pintu hati orang-orang jahil yang membandingkan satu kejahatan dengan kejahatan yang lain. Sebagai contoh, "Orang merogol kau tak kecoh ini orang merompak kau nak kecoh". Amatlah jahil orang yang berfikiran sebegini.
3) Kat FB hari ni bersepah pakwe dan makwe duk upload gambar raya bersama.puii. Tu baru menghina Islam!
4) Hahaha lawak betol yg melenting. Tp bila nampak jantan ambk gmbr dgn awex dkt fb x ttp aurat bangga pulak eak.. X melatah pulak!
5) "we welcome everybody.doesnt matter who you are" means in terms of the study / learning esp for architecture laa.bukan nk memurtadkan spa2.pihak church mengalu2kn kpd spa2 utk dtg & study architecture.buka mata & minda.pegi tmpt org,blajar budaya org janji hati & iman tu teguh.
6) ada yang tk paham kot maksud site visit.Terus melulu mengeluarkan fatwa itu dan ini.Mengelupur bila melihat seorg muslim bergambar dalam gereja lalu dengan mudah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.Tipikal melayu memang asasnya suka melihat sesuatu perkara itu dari satu sudut pandangan sahaja.Mereka enggan memikirkan apakah natijahnya berlaku sesuatu perkara itu.Hal remeh temeh dijadikan isu yang besar dan dibesar besarkan.Fikiran mereka jumud, ,beku, kaku dan kolot lagi sempit.Mereka malas berfikir di luar kotak. Kalau selamanya kita berfikiran tipikal seperti ini, nescaya hingga akhir zaman kita akan menjadi katak dibawah tempurung.
7) Dulik laa mat apa diorg sume nk kta.janji hang terus dakwah.nak dakwah semestinya kn pkai serban, pakai jubah then pegi ceramah.ape yg kita buat tp menunjukkan akhlak dan keindahan islam,itu pn dh kategori dakwah.kurang2nya esok2 kat sna bila Allah tnye adakah kau dah dakwah? Kau dh bleh jwb.xmcm org2 yg asek nk kondem tp aptb.kipidap mat! Msia needs youngster mcm hang ni laa
8) Senang ceqita kebanyakkan Umat Islam Di Malaysia tidak mesra alam, mereka mengangap semua orang bukan Islam adalah jahat. Inilah yang berlaku bila subjek Pendidikan Islam tidak dijadikan teras wajib lulus dari subjek2 lain. Senang ceqita budak2 lha pandai bab belajaq tapi bodo dari segi Agama , bagi mereka jika kita berada di church aadalh salah satu tindakan y amat berbahaya bagi umat Islam. Bertapa lemah nya Iman umat Islam di Malaysia. Semoga kita menjadi Umat Islam yang terdahulu, pandai , kuat , beragama dan sentiasa menghormati serta beradab dengan semua manusia di dunia. Salam Aildilfitri dari ceq :d
9) Cmne la islam nk brkembang n mudah dterima oleh non muslim klw hal sekecik ni pn nk jd isu...come on la... xde slh pn jejak kaki masuk gereja.. dorg pn xde slh jejak kaki masuk msjd... just jg adab msg2 je... jgn la jd sinikal n overly sensitif pd yg xperlu... pi sebok dulu pd isu org xsolat 5 waktu... isu simple tp lgsg xde org nk pndg walau sebelah mata..
10) Hoho! Nak backup Abg Mud lah. WOI! Abg Mud masuk gereja pon nak jadi hal ka? Yang hat dok masuk disko minum arak pastu pos dalam fb apa cerita? Hat tu hampa takmau bukak mulut pulak. Come on la wey, site visit kot... untuk ilmu der, ilmu. Lagipon, kalau tak solat sunat hari raya pon, apa salah dia? Solat sunat jer pon. -.- Ini ilmu, ilmu, ilmu. Berdosa kalau seseorang tu tak ada ilmu.
Nak tengok banyak lagi pergilah ke facebook pages mat luthfi. Korang boleh tengok macam2 komen kat situ -_-"
Bila jadi benda macam nie macam2 yang keluar macam2 nak di komennya. Nak cakap berdosa lah, itu lah ini lah. Mat luthfi nie dah besar dan boleh berfikir baik dan buruk. Bukan dia saja2 pergi ke gereja tu kan. Doesn't mean dia pergi ke gereja tu dia akan memburukkan agama islam. Malah, ia akan meningkatkan lagi martabat agama Islam dan mat luthfi nie boleh berdakwah memperkenalkan Islam dengan cara dia tersendiri. Tak semestinya pendakwah atau ahli ulama sahaja yang boleh berdakwah. Semua umat islam digalakkan berdakwah walaupun dia bukan seorang ustaz, ustazah.
Bila jadi benda macam nie macam2 yang keluar macam2 nak di komennya. Nak cakap berdosa lah, itu lah ini lah. Mat luthfi nie dah besar dan boleh berfikir baik dan buruk. Bukan dia saja2 pergi ke gereja tu kan. Doesn't mean dia pergi ke gereja tu dia akan memburukkan agama islam. Malah, ia akan meningkatkan lagi martabat agama Islam dan mat luthfi nie boleh berdakwah memperkenalkan Islam dengan cara dia tersendiri. Tak semestinya pendakwah atau ahli ulama sahaja yang boleh berdakwah. Semua umat islam digalakkan berdakwah walaupun dia bukan seorang ustaz, ustazah.
Sebenarnya, menjejakkan kaki di gereja dan ada niat atau tujuan tertentu memang tidak salah namun jika mengikuti upacara keagamaan itu adalah salah. Apapun, memang terbaik Mat luthfi kerana dengan ayat ” We welcome Everbody. Doesn’t Matter Who You Are”. Menghormati antara agama lain adalah nilai paling penting dalam Islam.
Kita boleh memberi nasihat. Tapi sebelum itu berfikir sedalam2nya. Apa yang membuatkan perbuatan mat luthfi nie salah? adakah sebab dia pergi ke gereja? adakah sebab dia tidak pergi ke masjid untuk solat sunat aidilfitri dan pergi ke gereja untuk membuat tugasan? adakah sebab dia berbangga bergambar didalam gereja? kita tau tak sebab kenapa mat luthfi nie tak pergi solat sunat aidilfitri dan pergi ke gereja pagi raya? So, you all dah taw kan apa yang cik atynn cuba sampaikan disini ? mengetahui perkara sebenar tu penting. Kalau kita membuat conclusion tanpa mengetahui hal sebenar boleh jatuh sebagai fitnah. Wallahuaalam.
Islam itu mudah, kenapa kita perlu merumitkan ia? Dan Islam itu mudah, cuma kita yang suka merumitkan ia, merumitkan kemudahan yang Allah dah bagi. Apa2 pun Mat luthfi, Allah tahu apa yang kita buat. Allah tahu sebab kenapa kita buat macam tu. Allah tahu niat kita. Allah tahu tujuan kita. Just buat apa yang Allah suka, yang akan mendapat keredhaan Allah. Tak perlu rasanya kita membuat sesuatu perkara yang orang suka sebab manusia takkan pernah puas untuk mencari kesalahan orang lain. So, please open your mind sebelum korang judge or buat sebarang konklusi.
Nota Hati : Manusia suka menghukum tanpa mengetahhui cerita sebenar, tanpa mengetahui hal yang sebenar. (Maaf jika entry kali ini ada kekasaran bahasa. Peace no war ^_^v)
Thanks for reading ^_~
itulah pentingnya English education :) hehe
ReplyDeletehehe yeah, ada kntroversi haritu. matlutfi ni educated, takkan dia nak buat benda bukan-2 naa
ReplyDeleteitulah.. sstgh org ni.. modern dlm gaya hidup.. up2date dlm fashion.. canggih bab2 gadget.. tp syg 'kuno' dlm cara berfkir.. prkara ni normal bg student 'Architecture'.. ssh la klau masyarakat x blh nak beza dan menilai dgn rasional.. ikut sedap depa ja nak mnjatuhkn hukum.. nasib baik sya bkn selebriti.. apa agaknya yg jd klau sya upload kat instagram gmbar sya pkai jubah n tudung kat dlm tokong dn kwsn jirat cina.. msti dah kna cerca dn maki hamun.. silap2 d tuduh hina Islam.. padahal situasinya sya sdg mghadiri majlis pgebumian datuk dn nenak sya yg bkn bragama Islam (hanya tgok tanpa ikut serta dlm upacara).. sbb itulah yg mmbezakan mnsia dn haiwan adalah akal fikiran.. tp kdg2 dlm situasi lain pula.. haiwan lbih brakal dn lbh bijak dr mnsia.. apapun ALLAH itu Maha Mengetahui di atas sgala ssuatu.. Wallahualam Bisawaf..
ReplyDeletetak salah kalau nak melawat untuk ilmu pengetahuaN. Yang membezakan muslim sejati dan typical malay ni cara mereka sendiri berfikir.... anon rasa malu jugk kkdang dengan orang malaysia yang selalu berfikiran sempit ni. Tapi kalau nak masuk gereja kena ada iman dan ilmu yang uat jugk.. kenal2 btul2 dengn islam dulu. Golongan yang murtad tu pun sebab kurang mengenali agama islam tu sendiri... kalau iman kuat, insyaallah, tak jadi masalah.. setuju sangat2, matluthfi post gambar tu sebab nak tgok respon masyarakat Malaysia sendiri... :)
Deletesaya mmg suka matlutfi dulu kini dan selamanya..
Delete