~ Kengkawan ~

Sunday 22 July 2012

Liat Nak Bangun Sahur??

Salam,


readers... Amacam puasa pertama nie?? okay tak?? ke ade jugak tangan tu gatal nak capai makanan dalam rak or peti ais?? hahaha... NO, TAK MO, TAK MO !!


Harapnya semua okay lah pada puasa pertama dan seterusnya... okay, kalau kita tengok dekat rumah kita waktu nak sahur siapa yang paling susah sekali nak bangun sahur?? abang, kakak or adik2?? kalau kat kolej pulak mesti ada sorang dua housemate yang liat gila2 nak bangun kan?? ke korang yang susah nak bangun sahur?? hahaha


biasa kita akan dengar ayat yang macam nie...


BABAK PERTAMA (Di Rumah)

si W : weyh bangunlah... sahur...
si X  : Alah, 10 minit je...lagi 10 minit aku bangun... *sambil peluk bantal
*pukul 10.10 pagi baru bangun... pastu sebok mencari makanan dekat dapur sebab lapar... bila orang nampak mulalah bagi alasan tak sihat lah, lupa nak niat lah... padahal tak bangun sahur.... =,=

BABAK KEDUA (Di Kolej)

si A : akak, bangun sahur...
si B : Okay... *bangun dengan senyuman hingga ke telinga seperti kerang busuk... :3
*si B pun bangunlah dengan mata yang kuyu...bila si A blah si B pun perlahan2 tarik selimut hingga ke dada dan tidur semula...

betul tak bende nie pernah jadi kat korang?? baik mengaku cepat...jangan tipuu...kuikuikui

okay, sekarang aku ade petua nak kejut hamba Allah yang liat nak bangun sahur tuhh... petua nie taklah mencabar sangat... sonang yo nak buek nie... beginilah caranya...


TIPS NAK KEJUTKAN ORANG BANGUN SAHUR...

Pertama sekali,

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond..
6. Gegar katil dia..



Tapi kalau still tak ada effect,


1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami! atau Jerit api, api, api !!*sambil loncat2*



Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka ! sambil seru nama dia banyak2 kali... 
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin! 

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...


Ha, kan dah bangun !! BERKESAN TAK??
sonang yo kan?? trylah kalau nak tau keberkesanannyaa :)

p/s: aku pun susah jugak nak bangun... budak housemate aku kejut pun kadang2 tak lut...tapi den raso lah kalo ado yang buek camnie kek den memang den bangun toruih bukak langkoh silat yo...janganlah poie buek bondo kek atas tuh dokat den...memang cari nahas le kann...hahaha...

Haiyakkk !! Habik ko... kacau lagi aku tido :p
*********************
HADIS TENTANG SAHUR

Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meneguk setengah air, kerana Allah dan malaikatNya berselawat kepada orang-orang yang sahur"

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”  (HR al-Bukhari & Muslim)

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”  (HR Muslim)

 Sabda baginda s.a.w: 
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad

Abdullah bin Harits r.a meriwayatkan dari salah seorang sahabat : Suatu ketika aku mengunjungi Rasulullah SAW ketika sedang makan sahur. Kemudian Rasulullah SAW bersabda,”Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan yang telah dikurniakan Allah kepadamu. Janganlah kamu meninggalkannya. “ 

Dalam riwayat lain Baginda bersabda
“Jika tiada apa-apa, maka bersahurlah walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air”

Dalam sebuah hadits yang lain dikatakan 
“Bersahurlah sehingga engkau mendapat kekuatan dalam puasamu. Dan tidurlah setelah tengah hari (qailulah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah)”

KEBERKATAN SAHUR :)
  • Dengan bersahur bereti kita mengikuti Sunnah.
  • Dengan bersahur kita membezakan diri kita dengan cara berpuasa Ahli Kitab. Kita selalu diperintahkan agar berbeza dengan mereka semampunya.
  • Sahur akan menambah kekuatan untuk beribadah.
  • Sahur akan meningkatkan keikhlasan dalam beribadah.
  • Sahur menolong menghilangkan amarah akibat perasaan lapar.
  • Waktu sahur adalah waktu mustajab doa.
  • Dengan bersahur akan menyebabkan seseorang mendapatkan taufik untuk berdoa dan beribadah kepada Allah SWT. 
*********************

So, betapa pentingnya makan sahur nie... so, lepas nie kepada cik kakak dan cik abang yang sangat liat nak bangun and nak makan sahur tu kalau boleh bangun dan makanlah sahur walaupun dengan hanya meneguk air atau sebiji kurma... itu sudah memadai...kita ikut cara dan ajaran Nabi Muhammad...Dapat PAHALA :))


jangan tak sahur pula...
yang membezakan kita dengan ahli kitab (yahudi & kristian) ialah kita mengambil sahur manakala mereka tidak mengambil sahur...


hehehe...Salam :D


7 comments:

  1. haha dulu masa kecik memang lah bangun 10 pagi pun dah mintak2 makanan . katanya tak tahan >.<

    belum lg masa kt sekolah , konon mintak kebnaran kt ckgu nak g tandas , padahal nak memonteng dlm tandas . huhu kelakar lah zaman dulu

    insyAllah tahun ni akan puasa penuh , haaa memang banyak manfaat nye sahur ni

    ReplyDelete
  2. hahaha...kantoi pulak cerita kat sinie...tulah...kalau boleh jangan poteng sahur... :)

    insyaAllah...sy ingat pun kalau boleh nak pose pnoh taun niee...kalau bole lahh...hahahak..

    ReplyDelete
  3. dulu kcik2 mmg liat nak bgun..huhu
    tapi da beso2 ni terlebih rajin pla..alhmdllh la kan..hehe ^_^
    slmt mjalni ibdh puasa ye cik atin..^_^

    ReplyDelete
  4. Samalah dengan kita cik yaya... dulu kecik2 mak kejutkan meradang2 xnak bangun...haha...sekarang dah dok jauh dr keluarga bwu teringin nak mak kejut.. *mengada2* kehkehkeh :)

    selamat berpuasa juga cik yaya...dan salam ukhuwahh :D

    ReplyDelete
  5. nice entry..bleh cuba ni..hehe

    ReplyDelete
  6. bgus tip2 tu , boleh dipraktik kan , haha

    ReplyDelete
  7. hahaha...cubalah Fatin n syaa Amir...insyaAllah berkesan :) hueheheheheh

    ReplyDelete