~ Kengkawan ~

Thursday, 21 February 2013

#Siri 2 : Buku "BB1M"

Assalamualaikum ♥

Kalau hari tu cik atynn dah kongsikan buku apa yang cik atynn beli kan ---> click >SiNi< Sekarang cik atynn nak bagitaw buku apa lagi yang cik atynn beli sempena BB1M. 

1. Aku Terima Nikahnya

  
Ditulis oleh Hasrizal Abdul Hamid. Buku ini mengisahkan kehidupan peribadi beliau di alam rumah tangga.

Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Harga : RM20.90

2. Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik


Buku ini ditulis oleh Dr. Hj. Zahazan Mohamed. Buku ini disusun berdasarkan kitab kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca.

Mungkin anda tidak pernah baca, mungkin juga anda tidak pernah dengar tapi... INI IALAH KISAH BENAR !

Harga : RM26.00

3. Amalan 24 Jam Wanita Haid


Sinopsis : Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah keatas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan IMAN. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat.

Oleh sebab persepsi yang mengelirukan ini, aktiviti mereka hanya berkisar pada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Walhal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Benarkah dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita dalam keadaan haid? Buku ini akan merungkaikan semua persoalan untuk wanita :)

"Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita." (Direkodkan oleh Bukhari)
Harga : RM6.50

4. Istikarah Cinta


Ditulis oleh Ummu Anas. Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar. Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, sehingga kadangkala terlupa, itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa. 

Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannnya, apabila dia sujud...
Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikarah...
Istikarah hati mendebungakan cinta dan menemukan jawapan...
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi.

Harga : RM12.50

5. Aku Bercerita


Dah lama cik atynn nak beli karya Ramlee Awang Murshid nie. Novel dia berunsurkan thriller dan lain daripada yang lain. Antara novel lain termasuklah Ungu Karmila, 9 Nyawa, Mikhail, Rayyan Fantasi, Sunan Musaffir, dll. Memang dah lama cik atynn nak beli buku hasil penulisan Ramlee Awang Murshid nie tapi novel cintan cintun lebih mengaburi mata dari novel nie. Haha. So, akhirnya dapat juga cik atynn beli walaupun ini adalah novel pertama Ramlee Awang Murshid yang cik atynn beli. huhu

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Harga : RM25

6. Jodoh Itu Milik Kita


Novel nie cik atynn beli sebab macam best je. Dan pakai ambik je. hehe. Berkisarkan pada sinopsis ini, dia agak menarik juga sebab Dahlia yang terpaksa menikahi abang kepada Syafiq, tunangnya yang melarikan diri pada hari pernikahan mereka. Aariz yang terkejut dengan permintaan ibunya terpaksa bersetuju dengan cadangan itu semata-mata untuk menjaga maruah semua pihak. Bermula lah kehidupan dua insan yang tidak pernah menyangka bahawa mereka akan bergelar suami isteri dalam sekelip mata. Mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai suami isteri walaupun janji telah termeterai bahawa mereka hanya bersahabat sahaja. Tanpa disedari akhirnya perasaan dan hati masing-masing telah terbiasa dengan suasana kehidupan mereka. Sedang elok mereka cuba untuk menerima kehadiran masing-masing, Syafiq kembali untuk menuntut haknya dengan menyatakan Dahlia adalah miliknya yang telah dirampas oleh Aariz. Apakah pengakhiran cerita ini?? Nantikan....

"Dahlia...dia isteriku, yang menghadirkan senyuman dan tawa riang dalam hidupku. Dia jugalah wanita yang mengajarku tentang cinta." - Aariz Danial

"Aariz Danial...dia suamiku, pemilik tulang rusukku. Juga pemilik hati dan jiwa ragaku." Dahlia

Harga : RM26

Nota Hati : Lagi RM100. Nak beli text pad dan alat tulis banyak2. hehe


Thanks for reading ^_^

1 comment:

  1. t dapat la sy gune baucer buku..beli buku banyak2.

    ReplyDelete